Friday, January 27, 2012


Anwar sibuk nak mempertahankan hak dan nasib golongan ini dengan alasan undang-undang yang diguna pakai di Malaysia bersifat kuno dan mendiskriminasi terhadap kemahuan mereka walaupun dia sedar apa yang dilakukannya bertentangan dengan ajaran Islam. Semua ini dilakukan hanya semata-mata untuk mendapat sokongan dunia dan undi daripada golongan ini supaya impiannya untuk menjadi PM dapat tercapai..

Anwar sepatutnya berasa malu dengan laporan berita dan video dibawah ini kerana golongan  yang mendapat perhatian istimewa daripadanya ini pun sedar apa yang mereka lakukan ini salah dan bertentangan dengan Islam dan bertindak untuk berubah..tapi Anuwar pula sibuk nak dapatkan hak mereka..hak mereka ke atau haknya..??

Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.

Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.


Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.



Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.


“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.



“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.



Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.


Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.


Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.


“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.