HOT : "SAYA SENDIRI TERPERANGKAP DAN TERTIPU" - TUN DR MAHATHIR


“Saya sendiri pun terperangkap. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul-betul warak, sebab itu saya bawa masuk Umno, ingat boleh bawa nilai Islam di dalam parti,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, katanya selepas Anwar menyertai Umno, beliau menyedari tujuan asal Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Beliau masuk Umno, kerana kalau (masuk) Pas tak mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri. Beliau punya cita-cita satu saja,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Anwar yang menyokong penuh kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

“Beliau memang dekat dengan Israel. Beliau nak dilihat sebagai seorang yang moden dan mengikut trend, sebaliknya kita ini dianggap lapuk, memang beliau tak setuju dengan cara kita,” katanya.


Sementara itu, Dr Mahathir dalam syarahannya mengingatkan, pemimpin berkualiti ialah mereka yang sentiasa memikirkan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan sendiri.

Malah, katanya, pemimpin juga sentiasa menerima kritikan daripada orang lain demi kepentingan negara.

“Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran dalam semua bidang termasuk ekonomi dan kewangan, tak cukup hanya tahu mengenai dasar semata-mata supaya kelak boleh membuat keputusan terbaik demi negara.

“Pada masa sama, pemimpin berkualiti juga perlu mendapatkan idea atau pandangan orang lain mengenai sesuatu perkara, sebelum membuat keputusan.

“Idea boleh datang dari banyak pihak, tetapi yang penting kita sendiri sebagai pemimpin perlu membuat keputusan bijak,” katanya.
HOT : "SAYA SENDIRI TERPERANGKAP DAN TERTIPU" - TUN DR MAHATHIR HOT : "SAYA SENDIRI TERPERANGKAP DAN TERTIPU" - TUN DR MAHATHIR Reviewed by Empayar Pemuda on 8:44 AM Rating: 5

6 comments:

  1. Sekiranya Tok Det tidak mengambil Anwar sebagai ahli kabinetnya, negara yg kita cintai mungkin akan terjajah oleh Israel dgn pertolongan Anuar dgn menggunakan platform Pakatan Rakyat - DAP/PAS . Begitulah rahmat yg diberikan Allah untuk rakyat M'sia melalui Tok Det. Allah berkehendakkan kita melihat siapa itu pengkhianat sebenarnya biarpun masa yg diambil agak lama, namun akhirnya kita dapat melihat jua akan kebenarannya.
    sekian.

    ReplyDelete
  2. anuar memang celaka cepat la tuhan hukum dia

    ReplyDelete
  3. AKU TERKESIMA DENGAN SIKAP MERENDAH DIRI NEGARAWAN INI. BELIAULAH PENYEBAB AKU HINGGA SEKARANG MENJADI PENYOKONG K'JAAN. DAN KERANA BELIAU JUGALAH YANG MENYEBABKAN AKU AKAN MENJADI ORANG YANG TIDAK SEKALI-2 MENYOKONG DAN MEMUJA ANWAR YANG BONGKAK, GILA GLAMOUR DAN YANG PALING PENTING ADALAH PROKSI YAHUDI DI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  4. Melayu mudah lupa...


    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete
  5. tun seberanak lagi warak..

    ReplyDelete
  6. rakyat pun dah banyak kali kena tipu dgn umno ni...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.