Monday, January 9, 2012


Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.

"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.

Di akhir tulisannya, Mohd Saiful berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah.

6 comments:

Anonymous said...

Jika hakim berpendapat bahwa Saiful adalah saksi kredibel, atas dasar itu saja tidak salah disisi undang-undang utk hakim menyabitkan OKT.

Persoalan seterusnyanya, apakah ianya selamat untuk OKT disabitkan. Undng-undang keterangan jelas dalam perkara ini, jika Hakim telah mengambil kira bahaya menggunakan keterangan seorang accomplice (orang yang bersubahat - Saiful orang tersebut), sabitan itu bukan sahaja tidak salah disisi undang-undang, tetapi dikira selamat juga.

Adalah penting utk kita faham bahawa OKT berdiam diri bila dipanggil membela diri.

Keterangan-keterangan saksi-saksi yang lain juga menyokong keterangan saiful termasuk keterangan DNA juga.

Pun begitu, pandangan hakim betul atau tidak, ianya mengikat pihak-pihak tertakluk kepada rayuan.

Pada saya, OKT tidak boleh terlalu bergembira.

ini adalah pandangan kasar sahaja kerana perlu teliti nota keterangan dan alasan penghakiman terlebih dahulu.

Pensyarah undang2 (keterangan dan prosedur jenayah)

Empayar Pemuda said...

Terima kasih diatas komen tuan/puan. Bagus juga ada informasi seperti ini bagi tatapan EP dan pembaca blog

Anonymous said...

KALAU SUKA SAMA SUKA, MEMANGLAH LIWAT BERLAKU. AKU BENCI KEDUA2 MEREKA.

TAPI KAN...SORANG DAH BERTAUBAT. DAH PEGI HAJI PUN..MALAH BERUSAHA HENDAK MENUNJUKKAN SIAPA GERANGAN PASANGAN DIA..LAGIPUN DIA BUKANNYA BERCITA2 NAK JADI PM...TAKKAN NAK BENCI DIA LAGI?

YANG SORANG TU..DAHLAH TAK NAK MENGAKU..SAMPEL DNA TAK NAK BAGI..ENTAH DAH TAUBAT KE BELUM..NAFSU BESAR NAK JADI PM..YANG MAMAT TU MEMANG PATUT DIBENCI. TAK LAYAK DOWH JADI PEMIMPIN KAMI!

SO, JANGAN JADI MUNAFIQ LAH WAHAI PENCACAI PEMBANGKANG!

Anonymous said...

setuju.......

saiful teruskan utk menegakkan keadilan...

perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan...

Anonymous said...

Kuatkan semangat saudara Saiful... Allah SWT lebih tahu segalanya...Semoga saudara dapat pembelaan sewajarnya...

Anonymous said...

Saya masih ingat soalan si kapir Karpal Singh kpd Saiful.....kamu mengaku tidak mandi,berak dan basuh punggong selama 2 hari setengah...jadi macammana kamu sembahyang waktu dan bagaimana kamu menunaikan solat waktu dan Jumaat? si alim ni menjawab YA saya tak mandi tapi pergi solat Jumaat...soalan saya siapa lebih mengetahui hal rukun solat,SI Karpal Singh ke atau si alim Saiful? ada sesiapa nak jawab.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.