Monday, January 9, 2012

HOT : SAIFUL AKAN KEMUKAKAN RAYUAN???




Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas dan melepaskan Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.

Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belummemutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.

12 comments:

Anonymous said...

adakah sample B akan digunakan, masih sah ke sample B, tapi aku yakin ada 3GP akan keluar tak lama lagi.

kalau tak ada apa-apa yg di atas, mungkinkah mahkamah rayuan akan membebaskan nuar, dan mahkamah persekutuan yang akan mensabitkan kesalahan tersebut.

kalau ikut teori terbalik, kes dahulu salah, salah, bebas dan teori sekarang bebas, bebas, salah.

Anonymous said...

tak tahulah macam mana lagi.kalau dah mangsa liwat atau rogol nak bergantung pada bukti siapa lagi?kalau dna tak boleh diterima?nak tunggu saksi lain yang tengok?!mustahil la pulak kalau ada org lain mesti dah tak berlaku kejadian tu.nak harapkan keterangan tertuduh tak mungkin sebab tertuduh tak nak beri kenyataan bersumpah di kandang saksi!so wllahuallam moga ALLAH yang MAHA KUASA menunjukkan kebenaran yang hakiki.

Anonymous said...

pening pening... hopefully ada keadilan untuk saiful. maruahnya tercalar.. semoga tuhan akan menunjukkan kebenaran tak lama lagii...

Anonymous said...

Kebenaran mende...takyah nak selongkar seluar dalam orang lain.. macamana amalan kita..Allah nak nilai nanti diri kita sendiri bukan orang lain.. apakah kita dah habis mendalami agama kita sendiri..apakah bekalan yang nak kita bawa nanti..
Saya sendiri masih menuntut ilmu agama islam yang masih cetek diminta saya..

Anonymous said...

ya ampun c hakim ni.n nk ckp psal xde bukti lain.circumstancial evidence bukn main byk n saiful s single witness is undoubtedly a credible witness.ape lg yg dia dok korner sane sini hakim ni.stress ak kalo hakim kt m'sia mcm ni.

Anonymous said...

insyallah

Anonymous said...

pelik juga ek? bagi kes rogol yang berlaku berulang kali tu macam mana mahkamah putuskan sipolan bin sipolan bersalah atas setiap pertuduhan? atas bukti apa? bukan bukti mangsa jek ke? mana nak dapat bukti dna bagi kes yang dolu-dolu. liwat tanpa kerelaan pun rogol jugak apa????

Anonymous said...

Kalau gitu semua peliwat yg didapati bersalah boleh membuat rayuan sbb tak boleh terima saksi yg dirogol atau diliwat. Biar terburai seluar ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yg bahlol tu....
Hakim yg mendengar kes ni pun patut disiasat sbb rasa2nya ada keraguan melebihi batasan atas keputusan yg dibuat.Tak jelas penyampaiannya

Anonymous said...

Disebabkan bab teknikal ini anwar dibebaskan..Harus diingat keputusan hakim ini,beliau akan dipertanggungjawab kelak di depan allah swt..
Anwar kamu dibebaskan bukan kerana kamu tak bersalah kejadian liwat memang telah berlaku..

Anonymous said...

sudahlah.. buat apa berpanjangan

Anonymous said...

dibebaskan atas dasar suka sama suki

Anonymous said...

kiamat sudah dekat...bertaubatlah....mahkamah akhirat lagi hebat....mulut yg petah terkunci ketat...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.