Thursday, January 19, 2012


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim merampas portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin Pas dalam satu rombakan exco negeri semalam sebagai satu penghinaan nyata kepada Pas.
Tindakan tersebut tegas beliau jelas menunjukkan DAP yang menguasai Selangor dan pimpinan PKR dalam hal ini hanya mengikut telunjuk kerana inginkan undi dari penyokong DAP.
“Adalah suatu penghinaan yang nyata kepada Pas kerana portfolio hal ehwal Islam yang sepatutnya mereka pegang tetapi kini sudah tidak diberi kepercayaan lagi di Selangor.
“Mereka (terutama DAP) tidak mahu Pas mengacau kerja mereka lagi seperti kes Exco DAP Ronnie Liu tentang penjualan arak dan kes JAIS memeriksa gereja DUMC yang tentunya merungsingkan lima Exco DAP iaitu Xavier, Ean, Ronnie, Theresa & Elizabeth”, katanya dalam Majlis BR1M RM500 untuk Parlimen Pontian di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata keadaan ini sepatutnya memberi kesedaran kepada pendokong Pas khasnya dan orang Islam umumnya bahawa perjuangan yang benar akan diranapkan oleh pihak-pihak yang mempunyai serampang banyak mata yang akhirnya akan merugikan usaha mendaulatkan kesucian agama.
“Jika itu tidak disedari, entah petaka apa lagi yang boleh memberikan kesedaran kepada mereka.
“Walaupun Datuk Dr Hasan Ali ditendang keluar dari Pas adalah masalah dalaman parti, tapi sudah tentu antara sebabnya ialah ketegasan beliau ketika menjadi Exco Hal Ehwal Islam telah menyulitkan banyak kerja pihak-pihak tertentu untuk menjalankan dakyah mereka”, ujarnya. -MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.