HOT : RAHSIA TERBONGKAR..DR RANI DALANG UTAMA MENYEBABKAN DR HASAN ALI DIPECAT DARI JAWATAN EXCO


Patutla Dr Rani beria-ia nak menyingkirkan Dr Hasan Ali..Rupa-rupanya udang disebalik batu..Walaupun Dr Hasan Ali dipecat daripada menjadi ahli PAS..tetapi dia mempunyai tempoh masa tertentu untuk membuat rayuan..Jadi kenapa PAS terburu-buru memecat Dr Hasan Ali daripada menjadi Exco..melainkan terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Dr Hasan Ali...

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan.
HOT : RAHSIA TERBONGKAR..DR RANI DALANG UTAMA MENYEBABKAN DR HASAN ALI DIPECAT DARI JAWATAN EXCO HOT : RAHSIA TERBONGKAR..DR RANI DALANG UTAMA MENYEBABKAN DR HASAN ALI DIPECAT DARI JAWATAN EXCO Reviewed by Empayar Pemuda on 3:44 PM Rating: 5

1 comment:

  1. wahai orang selangor yang tidak suka Islam dipermainkan..sila UNLIKE DR. RANI ni bila PRU13 nanti..sebab dia ni pendokong kuat Khalid gagap dan Teresa Kok yang cuba menidakkan kes murtad DUMC hari tu..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.