Sunday, January 22, 2012


EP agak tertarik dengan perbincang yang sedang berlaku di forum cari mengenai perjuangan Anwar dan EP merasakan perkara ini patut dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita dapat mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Yang paling penting kita tahu bagaimana nak menjawab pada pakcik-pakcik taksub dengan Anwar apabila mereka disajikan dengan cerita yang baik-baik mengenai Anwar..

Ini versi cerita orang yang taksub pada Anwar...dan cerita-cerita seperti ini sering disajikan di kedai kopi yang terletak di kampung-kampung.. bercakap bab perjuangan dan agama..


Saya dah lama ikut perkembangan brader Nuar nihhh, dari masa dia jadi studen leader ketika demo tahun 1974... Berani saya katakan dia nihh pejuang bangsa Melayu malah hingga kini dia nih seolah-olah dah jadi pejuang bangsa Malaysia...

Kalo Indonesia bangga dengan Soekarno. Di India bangga dengan Mahatma Ghandi. Di Filipina bangga dengan Jose Rizal. Malah Afrika Selatan bangga dengan  Nelson Mandela.
 
Ciri yang aku letakkan seorang pejuang bangsa dia sanggup memikul tanggungjawa sebagai ketua ketika berhadapan pihak berkuasa. Brader Nuar sanggup ditahan oleh polis selama 20 bulan semata-mata mengaku ketua demontrasi pelajar tahun 1974.

Ketika habis belajar dia dikebanyakan hari memakai baju melayu lepas dengan seluar slek serta sandal. Mengajar budak-budak di kelas Yayasan Anda. Sedangkan rakan-rakan lain menjawat jawatan hebat disektor awam dan swasta.

Lepas itu dia bergerak dalam aktiviti ABIM. Masih memakai baju Melayu lepas dan seluar slek serta pakai sandal.  Malah melalui pergerakan ABIM yang diterajui brader Nuar ramai gadis-gadis Islam khususnya orang melayu dah menutup aurat.

Tokoh-tokoh yang disebut di atas telah melalui seksaan semasa dalam tahanan oleh pihak berkuasa iaitu bangsa penjajah. Namun brader Nuar ditahan oleh pihak berkuasa ketika negara dah merdeka. Nuar ditahan semata-mata kerana mempertahankan prinsip perjuangan.
 Dan ini jawapan bagi kenyataan itu...

Ini cerita yg kurang enak kerakusan + ketamakan sekau duit melalui network dia di pertengahan 90an. Tanya balik mereka adakah mereka benar-benar mengikuti perjuangan Anwar atau sekadar dengar cerita orang je dari sumber pembangkang.

Kau cerita macam mana Anwar pakai seluar slek dgn sandal. Kenapa kau tak cerita yang lepas Anwar jadi menteri, dia ni femes sebab dia selalu kelihatan pakai sut-sut mahal seperti Armani.


Kenapa kau tak cerita macam mana dulu orang ABIM ingat dia nak join PAS, tapi las-las kali dia join UMNO.


Kenapa kau tak cerita macam mana Anwar boleh jadi timbalan presiden UMNO. macam mana dia boleh jadi TPM. Kenapa kau tak cerita apa yang wartawan-wartawan antarabangsa sendiri pun nampak. yang beg-beg penuh berisi duit ubah tangan time perhimpunan agong UMNO 1993, yang menyebabkan Anwar menang tanpa bertanding. (rujuk buku Ian Stewart: The Mahathir legacy)


Kenapa kau tak cerita macam mana bapak Anwar boleh dapat berjuta-juta saham IOI time dia jadi menteri kewangan. macam mana bapak dia sampai boleh jadi chairman dalam syarikat IOI sedangkan dia hanya seorang attenden hospital . Macam mana adik-beradik dia jadi kaya dapat saham peruntukan bumiputera. macam mana syarikat kroni-kroni dia dapat projek berbillion ringgit.

Kenapa sehingga kita kita tidak pernah melihat kelibat adik beradiknya yang kaya raya mempertahankan nasibnya atau mereka ini diarahkan untuk duduk dibawah rada supaya orang tidak perasan kewujudan mereka dalam dunia politik Anwar??

13 comments:

Anonymous said...

elok ahli politik ada jawatan dlm parti dan kerajaan declare harta diri,anak bini dan sanak saudara!!!d

Anonymous said...

betul2 aku setuju dgn kenyataan jawapan yg diberikan.......

Anonymous said...

Sume org umno mcm tu..bkn anwar jek...

Anonymous said...

semua sama aje............

Anonymous said...

entah.. yg umno pun skrg ni byk lagi yg korup..
x yah kecoh pasal anwar la weiii

Anonymous said...

Betul tu EP...
Saya rasa anon-anon di atas cuma baca apa yang disajikan oleh Mohd. Omar Sayuti yang cukup2 membela Saudara Anwar. Cuba baca tulisan Yahya Abu Samah pula. Macam histeria mereka serang balik si Yahya. Macam hilang akal dan tak percaya dengan tulisan beliau.

Tulisan Yahya dan Omar ini disiarkan dalam Majalah Tamadun around tahun 1998-1999 (saya tak berapa ingat). Dan rencana kedua-duanya berturutan sebelah-menyebelah. Disebabkan Tamadun ini milik PAS maka bulan berikutnya editor tidak menyiarkan lagi tulisan Yahya kerana mendapat bantahan para pembaca yang langsung tak nak percaya kekayaan Anwar yang tak masuk dek akal. Tak masuk akal kerana saya sendiri pun musykil macam mana dia boleh jadi begitu kaya secara tiba-tiba.

Pakaiannya dari top to toe semua berjenama. Walhal semasa menjadi Pengetua YAYASAN ANDA cuma bersandal dan berpakaian ala punjabi. Ini bukan isu nak memburukkan Anwar. Tapi kita perlu lebih bersikap realistik. Sedangkan anak sungai pun berubah, ini pula hati orang... mengapa kita asyik nak memuja-muja Anwar. Agak2nya kalu Anwar ni mati kiamat ke satu Malaysia?

-jln.ledang ke kg.gelam-

Anonymous said...

Tambahan ... zaman Anwar jadi TPM dan memegang portfolio Menteri Kewangan memang terkenal dengan istilah 'kroni pink form'. So TST jelah sapa-sapa yang dapat 'pink form' tu dan selepas tu hidup pun berubah yang tiada apa-apa tetiba jadi sangat 'berada'.

So kalu nak percaya atau tidak terpulang. Asal jangan tergadai satu Malaysia dijual Si Anwar sudahlah. Fikir-fikirkan ...

-jln.ledang ke kg.gelam-

Anonymous said...

Betui 2. Jgn nanti Malaysia tergadai. Dia anak beranak selamat mcm Shah Iran. Kita nanti mcm Palestin. Jgn taasub sgt dgn pemimpin . Org yg percaya dgn anuwar ni org muda yg tak tau ape2 juga org yg kecewa, gila kuasa dan org yg tamakkan jawatan. Yg tolong dia sekarang ni semua golongan mcm tu. Cuba fikir... Azmin Ali (gila kuasa) Karpal Singh (Mengudakan Anwar- lepas ni dia pun lari sebab dia tau anwar dah nak kalah, dia lepas tgn le. lantak le kamu anwar dlm penjara)husin ali (dah tak larat nak buat ape2 dah termalu le tu ikut aje le). Wan Azizah ---- tuhan aje le yg tau. Izzah ---- Kalu mak dia lari, dia lari juga.Tunggu mak dia kata lari, dia pun lesap.

Anonymous said...

memang apabila sibangang berhujah pasai sejarah,,lebih2 lagi yang pro umno,maka jadi lagi haramjadah lah ceritanyaa,,,

Anonymous said...

bnyk memberikan persoalan. Jawapan x bagi. X pandai tulis blog ke?

Anonymous said...

siapa2 yang jd pemimpin pun klau nmpak duit semuanya buta mata. skurang2nya negara taklah terjual dengan dek penangan papa sorang nie. korunk sanggup ke neegara huru hara.ambe x sangggup...

Anonymous said...

udah la jangan nak membongak lobih...kalau babak kau jadi monteri pong...tah2 lagi teruk daripada apa yang kao mengata orang...eangkao pong baru beranak..dah nak jadi anjing menyalak bukit,,,berapa riban kau dapat..

Anonymous said...

Anuwar mabuk ketum..sume nk d sondolnya

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.