Monday, January 30, 2012


Percaya atau tidak..mungkin inilah cara yang diguna pakai oleh Anwar dan konco-konconya untuk membersihkan pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi penghalangnya dan DAP untuk mencapai impian mereka. 

Apa pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Azizan untuk melepaskan jawatannya.

Tidak cukup setakat itu Aziz Bari juga menyifatkan Azizan sebagai ‘menyerupai’ Barisan Nasional apabila mengambil keputusan tersebut.

Ini adalah kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.

Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you? 

Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran ‘pakar perlembagaan’ kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.

4 comments:

Admiral Alexander Ancia said...

Aziz Berry bkn pakar pelembagaan tp paka lembaga...

Anonymous said...

Aziz ni profesor kangkong paling biadap. Setuju...'who the hell he think he is? 'MB ada hak dan kuasa dia le nak ikut mana yg baik bukan mcm dia benda yg baik dikatakan tak baik sbb tak nak ada anak2 melayu berjaya. Takut pulak lebih bijak dari dia kot. Ngok punya profesor, patut dah lama dulu dihumban keluar dari UIAM tu

Anonymous said...

uish anon JANUARY 30, 2012 12:47 PM itulah dia hak asasi aziz bari, kalau nak komen kena pastikan semuanya salah orang BN...walupun terang2 BN takder kena mengena...contohnya bila aziz bari kutuk sultan tapi dia tak nak pulak kutuk LGBT bila berceritakan pasal hak manusia yang lain...

Anonymous said...

Aziz Bari nih kalau kita lihat.. xpenah nak komen pasai Parti Keadilan langsung.. Semasa Pemilihan Parti Keadilan pun Cacamerba, ketelusan konon.. Porahhhh la.. Prof Kangkung yg melata tepi jamban... ada apa2 kot dgn Anwar.. Masukk ka Sedapp..

Varto Loc0s..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.