HOT : PERNIAGAAN YANG MENAJA POLITIK PARTI RASIS DI MALAYSIA MAKIN MEKAR? TAKKAN TENGOK SAJA?


Membongkar isu atau mencari bahan berita bukan mudah. Pelbagai pengalaman dan halangan perlu ditempuhi wartawan khususnya di Meja Jenayah termasuk berdepan bahaya ketika menyamar di pusat hiburan atau pelacuran.

Sepanjang minggu lalu, saya bersama rakan setugas termasuk seorang editor diminta membongkar kegiatan maksiat membabitkan aktiviti pelacuran menggunakan modus operandi menarik pelanggan dengan mempamerkan puluhan wanita dalam cermin kaca atau dikenali sebagai ‘akuarium’.

Namun, lain yang kami cari, lain pula dijumpai. Beberapa pusat hiburan dikunjungi dengan menyamar pelanggan tidak menggunakan modus operandi dikehendaki, sebaliknya kebanyakan wanita pelayan pelanggan (GRO) termasuk warga asing menghiburkan pelanggan dengan tarian berahi atau dipanggil tarian tiang.

Berdasarkan maklumat beberapa rakan dan pembaca Harian Metro mengenai lokasi pusat hiburan yang menyajikan wanita gebu dan seksi sebagai tarikan, malah ada yang menawarkan khidmat seks, saya bersama rakan ke lokasi dimaksudkan sekitar Cheras dan Jalan Kuchai Lama di ibu negara.

Sebelum memasuki premis itu, saya menyiapkan diri dengan peralatan diperlukan termasuk perakam video tersembunyi bagi merakam gambar dan video sebagai bukti kegiatan haram berkenaan.

Di lokasi pertama, sebaik memasuki pusat hiburan, perasaan berdebar dan takut diserang pengawal atau ‘bouncer’ mula terasa, lebih-lebih lagi saya memakai perakam video tersembunyi dan pelanggan lain semuanya bukan Melayu.

Pengamatan saya di pusat hiburan berkenaan mendapati ramai GRO berpakaian seksi berkonsepkan rama-rama dengan setiap daripada mereka menyanyi di pentas khas manakala pelanggan mengalung bunga kepada penari kegemaran sebagai bayaran tip. Menurut seorang GRO yang melayan kami, lebih banyak kalungan bunga, lebih banyak tip diterima penari, malah pelanggan boleh mendapatkan khidmat seks jika pandai menawar dengan bayaran tertentu.

Setengah jam berada di situ, selepas pasti tiada aktiviti seperti dikehendaki, saya dan rakan memasuki beberapa lagi pusat hiburan di kawasan berhampiran, namun kesemuanya tidak menepati matlamat utama kami.

Tinjauan kemudian kami alihkan ke pusat kecantikan dan kesihatan (spa) serta rumah urut. Rumah urut pertama yang kami cuba masuk tidak berjaya mungkin kerana penjaga premis sangsi dengan kehadiran kami yang tidak pernah mereka lihat, namun di spa yang kami masuk selepas itu memang terdapat aktiviti pelacuran, tetapi pelanggan tidak dibenarkan memilih wanita.

Hampa pada hari pertama, kami kemudian berpecah kepada dua kumpulan untuk ke beberapa lokasi lain pula pada hari berikutnya, malangnya aktiviti pelacuran menggunakan modus operandi yang kami cari masih tiada.

Saya difahamkan banyak pusat hiburan yang menjalankan kegiatan sedemikian sudah ditutup atau menukar cara berikutan serbuan pihak berkuasa yang kerap dilakukan bermula awal tahun ini.

Bagaimanapun, pemantauan akan terus kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan kegiatan berkenaan sekitar ibu negara. HMetro
HOT : PERNIAGAAN YANG MENAJA POLITIK PARTI RASIS DI MALAYSIA MAKIN MEKAR? TAKKAN TENGOK SAJA? HOT : PERNIAGAAN YANG MENAJA POLITIK PARTI RASIS DI MALAYSIA MAKIN MEKAR?  TAKKAN TENGOK SAJA? Reviewed by Empayar Pemuda on 2:01 AM Rating: 5

1 comment:

  1. setiap pembongkaran demi untuk kebaikan akan mendapat ujian dan juga keberkatan serta perlindungan dari ALLAH TAALA...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.