Monday, January 16, 2012



Pas Selangor mencabar  Hasan  Ali untuk mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas. Dr Rani berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.  
Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya..tetapi Dr Rani sudah terlupa yang dalam Islam juga menyatakan setiap pertuduhan yang dibuat perlu ada pembelaan supaya ianya adil dalam membuat sebarang keputusan..tetapi perkara ini tidak berlaku pada Hasan Ali yang dipecat dari PAS tanpa sebarang perbicaraan untuk mempertahankan diri..
Jadi wajarkah Nik Aziz menyuruh Hasan Ali tutup mulutnya supaya keburukan yang berlaku dalam PAS tidak didedahkan kepada umum...
Respon daripada kenyataan yang dibuat oleh Dr Rani, Hasan Ali telah membuat  sidang media dan memberitahu nama-nama parasit  akan didedahkannya dalam siri ceramah di seluruh negara yang akan bakal bermula 2 minggu dari sekarang...

Bekas anggota majlis kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah mempengaruhi parti itu.

Katanya, perkara itu hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan bergerak dengan tujuan tertentu dalam parti itu dan turut menduduki jawatan penting dalam PAS.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan berkenaan merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu. Tambahnya, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan. "Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim,".

Dan sebelum ini Nik Aziz ada memberi amaran kepada Hasan Ali supaya menutup mulutnya..

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya “jaga mulut” daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.
Mursyidul am PAS berkata, tindakan Dr Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang “tidak cerdik”, lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.
“Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,
“Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah,” katanya.
Sama-sama kita nantikan siapakah parasit yang dimaksudkan oleh Hasan Ali dan beranikah PAS mengambil tindakan keatas parasit-parasit yang bakal didedahkan ini...

12 comments:

Anonymous said...

YANG KAU NAK TANYA DIA BUAT APA...DIA DAH TAK ADA KENA MENGENA DENGAN PARTI KAU LAGI LAH BODOH...KAU DAH BUANG LEPAS TU NAK TANYA PLAK BOLEHHHHH LAK MACAM TU....MEMANG SAH ORANG BODOH BELAKA

Anonymous said...

BAB YANG KENA BATANG HIDUNG KAU (PAS) SEMUANYA FITNAH.....KALAU ORANG LAIN KAU FITNAH SIANG MALAM TU APA BENDANYA MUSIBAT

Anonymous said...

PAS tidak lagi perjuangkan Islam...sebaliknya mendukung Anwar pejuang gay sbgai pemimpin

Tokek Man said...

Mati lagi bagus....makin panjang umur...makin rosak Islam kat Malaysia

Anonymous said...

isa tlh dihapuskan maknanya tiada lg tahanan tanpa bicara berlaku di malaysia, tetiba ada parti yg mengaku perjuang islam mempraktikkan apa yg kerajaan hapuskan cuma bezanya dia tak tahan tanpa bicara tp dia pecat org tanpa bicara..apa beza dia dgn kerajaan..selama ni tuduh kerajaan semua tak betul dia saja betul sampai apa yg kerajaan buat semua salah walaupun kerajaan buat masjid sekalipun akan dicari seribu alasan tuk haramkan pembinaan masjid tersebut, itulah parti tg mengaku dialah paling islam tiada lg yg islam dr dia dimuka bumi ini...ahli dia memaki hamun org seperti mana yg dilakukan oleh timbalan presidennya dan juga salah seorg naib presidennya tiap kali adakan ceramah, islam betulkah klu mcm tu...sedangkan islam suruh menjaga tertib pertuturan tp adakah dua pemimpin besarnya itu ikut...pada aku parti ini bukanlah parti islam sebenar mereka cuma parti politik semata2...harap Allah akan turunkan bala pd mereka yg selewengkan islam ini...

Anonymous said...

PAS parti politik duniawi yg mempergunakan Islam untuk mencapai cita2 menjadi pemerintah

Anonymous said...

lagi cepat mampos lagi bagus si tua kutuk n.ajis merangkap wali syaitan ni...tengok muka dia pun macam tengok muka musibat...hari dia mampos, esok konfirm aman bangsa dan agama..insyallah...

Anonymous said...

ORANG PAS SILA BUKA TELINGA!!!!

NIK AZIZ MINTA DR HASSAN JAGA MULUT. SEBAB? SEBAB KENYATAAN DR HASSAN MERUGIKAN PAS.BUKAN KERANA LAIN, BUKAN !!!!.

TAPI!!... KALU UNTUNGKAN PAS, SIAPA PUN BOLEH KATA..KATAKAN APA SAJA, KEPADA SIAPA DAN BILA-BILA MASA. ITULAH TOK GURU YANG ADA TOK AJE, BUKAN ADA GURU.

Anonymous said...

SEMUANYA KERANA DIA EKSPORT SAJA, TAK PERNAH IMPORT.

EKSPORT AKHLAK SYAITAN TAK IMPORT AKHLAK NABI.

Anonymous said...

Selalu sangat membahasakan AMbo AMbo,akhirnya Nik Aziz jadi hamba kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Anonymous said...

N.Ajis dah nyanyok ke? Apa kejadah dia suruh Hassan Ali tutup mulut... apa kena mengena Hassan ALi dengan PAS lagi?

Anonymous said...

Pas ada Perlembagaan Parti ke tidak...Setiap arahan keluar dari Nik Ajis...YDP menikus sahaja...dan setiap orang boleh buat Kenyataan Akhbar...tak ada protokal...Tak ada etika...tak malu ke Parti yg bertunjangkan Islam...Ahli-ahli dipukau supaya Taklid...dahlah memang para ahlinya tak belajar Tauhid....Inilah Parti riak...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.