Saturday, January 28, 2012


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan.

Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Presiden universiti itu, Prof Dr. Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr. Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka.

Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir di atas penganugerahan itu.

Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990.

Bagi EP dengan pengiktirafan ini sekali lagi nama negara Malaysia diharumkan oleh pemimpin ulung yang datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Bukan macam Anwar, hanya tahu memburukkan nama Malaysia untuk kepentingan dirinya..

Bayangkan bangsa lain dan negara lain boleh mengiktiraf Tun Dr. Mahathir bangsa kita sendiri kerana keupayaan dan sumbangan besar beliau bukan saja terhadap negara Malaysia bahkan diakui seluruh dunia.

Tapi bangsa kita sendiri masih tidak mahu mengakui malah mengherdik serta mencaci kepimpinan negara seolah-olah mereka ini langsung tidak berjasa.Lupakah kita apabila Azmin Ali yang begitu lantang dan celupar sentiasa mencaci Tun Dr. Mahathir.

"Kepala Hotak Kau" adalah satu kenyataan yang cukup biadap dilontarkan oleh seorang manusia bernama Azmin Ali yang jelas jika di bandingkan sumbangan diantara beliau dan Tun umpama langit dan bumi.

Siapakah Azmin Ali ? Apakah sumbangan beliau terhadap negara ? Kalau setakat berjasa kepada Anwar Ibrahim dengan merelakan segala-galanya lebih baik diam daripada bercakap. MMI

8 comments:

Anonymous said...

Depa dua oghang tu dapat gelaran Dr. juga dari Universitasi Pattpantatphong dengan gelaran Sondolpattbalakang!!!

Anonymous said...

bro, aku setuju tu.....siamdol pon ok le

Anonymous said...

YB AZMIN ALWAYS REMEMBER YOU HAVE TO EARN RESPECT.....BUKAN MINTA MINTA2 UNTUK DI HORMATI

TAHNIAH TUN YOU DESEVERED THE RESPECT AND THE HONOURS.

Anonymous said...

AMBIK KAU AZMIN......OTAK KAU! WHERE DO YOU PLACED THEM....JANGAN TERLEBIH MAKAN OTAK OTAK.

DOK KATA TUN TAK ADA OTAK....SEKARANG LU FIKIRLAH SENDIRI...THE RECOGNITION AWARDED TO TUN.

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

TAHNIAH .........

Anonymous said...

ooooi azmin, tengok laaaa ooooi..

kepala hotak sape yang hebat?? kepala hotak Tun M diiktiraf tau. hebat bukan???

kepala hotak kau ada ke orang iktiraf azmin ooooi..?

anwar pulak?? bukannya dapat ijazah kedoktoran..yang dpt ijazah perfileman siam doll la pulak..aduhai..camni ke pemimpin pakatan???

Anonymous said...

tahniah Tun..

apapun.. layan radio dengan tv live lagi best..

http://liveradio.super-resources.com/category/tv-channels/

http://liveradio.super-resources.com/category/live-radio-all/

Anonymous said...

Tahniah Tun

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.