Sunday, January 22, 2012


Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta berhenti daripada mengeluarkan perkataan celupar yang boleh mengelirukan rakyat seperti yang mereka lakukan dalam isu tanah Tan Hak Ju sebelum ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, rakyat Pulau Pinang tahu keadaan sebenar yang berlaku dalam pentadbiran mereka sejak lebih tiga tahun lalu.

"Mereka juga perlu memohon maaf kerana mengeluarkan perkataan penipuan dan skandal berkaitan isu tanah itu seperti yang dikeluarkan dalam Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini kerana mengikut keputusan Mahkamah Rayuan, pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Hak Ju hanyalah RM500,000.

"Sehubungan itu, adalah perlu untuk mereka menarik balik perkataan tipu dan skandal berkaitan isu tanah tersebut," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Barisan Nasional (BN) negeri yang mahu DAP menarik balik penggunaan dua perkataan tersebut.

Mengulas lanjut, Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri berkata, penggunaan dua perkataan itu dalam jawatankuasa berkenaan hanya bertujuan "membersihkan" imej kerajaan negeri dengan memberi persepsi buruk kepada kerajaan terdahulu.

"Sebenarnya, DAP hendak tunjukkan bahawa merekalah yang paling bagus dengan melabelkan perkataan kurang sopan seperti itu kepada pihak lain," katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 Januari lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar kerajaan membayar pampasan sebanyak RM40 juta kepada Hak Ju.

Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.

**Dah dasar lidah biawak..nak buat macam mana...cakap pun mesti bebelit ler..Kalau 10 dia cakap selalunya 1 je yang betul..yang lain tu mungkin faktanya sudah diputar belit..

1 comments:

Omar Ja'afar said...

tapi masih ramai yg mempercayai khalifah Umar ini, kesian mereka senang2 di perbodohkan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.