HOT : MALUNYA HADI AWANG JADI PRESIDEN PAS..BAIK LETAK JAWATAN JE?


PENYINGKIRAN Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai ahli PAS, disusuli pemecatan beliau sebagai EXCO Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terus menjadi kontroversi, bukan saja dalam pentadbiran Selangor, malah dalam PAS sendiri. Bagi sebahagian besar ahli PAS, langkah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dianggap satu penghinaan dan sukar diterima ahli akar umbi dalam PAS.

Tindakan itu terus menimbulkan persoalan dan tanda tanya, mengapa portfolio itu harus diserahkan kepada Abdul Khalid, sedangkan masih ramai wakil rakyat PAS yang arif dalam selok-belok Islam berbanding Abdul Khalid? Tindakan itu jelas membuktikan pemimpin pembangkang kini memandang rendah kepada ulama PAS, sehingga Hasan berkata maruah PAS sekarang bukan saja dihina malah dipijak-pijak pihak tertentu. Apakah tindakan itu tidak memberi tamparan atau memalukan pemimpin PAS? Sejak PAS berada dalam pembangkang bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, banyak pendirian dan keputusan pemimpin PAS tidak seiring dengan kehendak ahli.

Malah umum mengetahui, dasar perjuangan PAS juga sudah terpesong daripada matlamat asal penubuhannya. Perubahan dasar paling ketara ialah ‘meninggalkan’ perjuangan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan serta hukum hudud yang semakin samar hala tujunya. Perubahan itu menguatkan lagi dakwaan Hasan sebelum ini bahawa parti itu kini dipengaruhi golongan parasit. Malah Hasan turut mendakwa pemecatan beliau juga disebabkan pengaruh golongan parasit sehingga menyebabkan pucuk pimpinan PAS tunduk kepada kehendak mereka.

Anehnya, pucuk pimpinan PAS seolah-olah merelakan perbuatan golongan ini yang semakin berpengaruh tanpa mencari jalan menyekat penguasaan mereka yang lambat laun boleh merosakkan parti itu sendiri. Kita tidak menolak kemungkinan pimpinan PAS mengetahui keadaan itu tetapi sukar bertindak kerana mungkin antara mereka adalah kalangan pemimpin PAS sendiri.

Akibatnya, setiap pendirian dan keputusan PAS lebih mengutamakan rakan dalam pembangkang sehingga sanggup mengorbankan kepentingan parti dan dasar perjuangan. Perubahan ini nampak jelas selepas pemilihan barisan kepemimpinan baru PAS Pusat 2011/2013 tahun lalu, apabila ramai pemimpin yang terpilih bukan lagi daripada golongan ulama, sebaliknya golongan profesional yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi.

Ekoran itu, maqasid atau hala tuju perjuangan PAS mulai tergelincir daripada landasan sebenar sehingga mudah tunduk kepada kehendak parasit yang mengikut telunjuk DAP dan PKR, termasuk dalam soal kepentingan umat Islam. Hakikatnya, hala tuju PAS kini sudah banyak menimbulkan kekeliruan, bukan saja dalam kalangan ahli parti, malah umat Islam umumnya.
HOT : MALUNYA HADI AWANG JADI PRESIDEN PAS..BAIK LETAK JAWATAN JE? HOT : MALUNYA HADI AWANG JADI PRESIDEN PAS..BAIK LETAK JAWATAN JE? Reviewed by Empayar Pemuda on 5:41 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.