HOT : MAJLIS PEGUAM SETUJU SAIFUL KEMUKAKAN RAYUAN.....??


Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

Katanya, Majlis Peguam seharusnya bersikap neutral dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

"Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian individu-individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?"

"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam dalam kes ini yang ikut rekod telah kemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali?

"Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah dihalang," katanya pada satu sidang media, di rumahnya di Bandar Utama petang ini.

Beliau mempersoalkan mengapa berlaku 'double standard' dan adakah kerana anaknya seorang insan kerdil, bukannya seorang VIP, ahli politik sehinggakan haknya dinafikan begitu sahaja.

"Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat panegadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau juga seluruh keluarga saya," katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
HOT : MAJLIS PEGUAM SETUJU SAIFUL KEMUKAKAN RAYUAN.....?? HOT : MAJLIS PEGUAM SETUJU SAIFUL KEMUKAKAN RAYUAN.....?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:36 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Justice for Saiful....AllahuAkbar !!!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.