HOT : LIM GUAN ENG BETUL- BETUL BENGANG DENGAN MAMAK NI SEBAB BOCOR RAHSIANYA?


Rakyat Pulau Pinang harus mengkaji semula dan tidak mempercayai sepenuhnya kenyataan pemimpin pakatan pembangkang mengenai kejayaan yang kononnya dicapai mereka sepanjang mentadbir negeri ini sejak Mac 2008.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, berkata ini disebabkan pemimpin terbabit 'menyembunyikan' sesetengah fakta yang tidak populis untuk mereka, sekali gus mengelirukan rakyat demi meningkatkan populariti semata-mata.

Contohnya, beliau berkata, dalam isu pengurangan hutang sebanyak RM600 juta yang kononnya berjaya diselesaikan kerajaan DAP Pulau Pinang selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, mereka tidak menjelaskan kepada rakyat bahawa ia adalah disebabkan penghijrahan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

“Mereka juga tidak menjelaskan bahawa rakyat Pulau Pinang sendiri sebenarnya harus membayar RM14 juta setiap tahun kepada Kerajaan Pusat bagi tempoh 45 tahun yang berjumlah RM630 juta sebagai bayaran pelupusan hutang.

“Bagaimana hendak membayar hutang penghijrahan aset air ini? Sudah tentu rakyat yang menanggungnya apabila terpaksa bayar RM14 juta semata-mata untuk meningkatkan imej kerajaan negeri. Mengecewakan apabila mereka menggunakan isu mengurangkan hutang sebagai modal untuk berpolitik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada ceramah Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Bukit Mertajam, baru-baru ini, pemimpin pakatan mendakwa, kerajaan DAP Pulau Pinang mengurus tadbir ekonomi yang baik dengan kejayaan mengurangkan hutang kerajaan negeri daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta.

Shaikh Hussein berkata, satu lagi contoh tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyembunyikan fakta sebenar, mengenai wang terkumpul berjumlah RM1 bilion diperoleh hasil daripada pelbagai bayaran antaranya premium tanah. “Mereka melaung-laungkan jumlah itu tetapi mereka tidak menjelaskan bahawa RM847 juta itu hasil dikumpul kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu, bukan semuabya oleh mereka.

“Rakyat seharusnya menilai semula dan tidak mempercayai sepenuhnya kenyataan pemimpin pakatan pembangkang itu,” katanya.
HOT : LIM GUAN ENG BETUL- BETUL BENGANG DENGAN MAMAK NI SEBAB BOCOR RAHSIANYA? HOT : LIM GUAN ENG BETUL- BETUL BENGANG DENGAN MAMAK NI SEBAB BOCOR RAHSIANYA? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:37 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.