Friday, January 27, 2012


SAYA ingin mendapatkan penjelasan siapakah yang telah memberikan pengiktirafan kepada Prof. Dr. Aziz Bari sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan?

Adakah pengiktirafan ini telah diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), tempat beliau pernah berkhidmat atau oleh lain-lain universiti di dalam atau di luar negara atau pengiktirafan ini diberikan oleh hanya sebuah akhbar yang beliau pernah menulis.

Saya tidak mempersoalkan sekiranya pengiktirafan ini diberikan kepada Shad Saleem Faruqi, Profesor Emeritus Undang-Undang UiTM yang juga Profesor Pelawat USM yang setiap minggu saya membaca tulisannya dalam akhbar The Star.

Suatu masa dahulu seorang yang bukan doktor telah dianggap sebagai doktor Al-Arqam, sebuah pertubuhan agama yang diharamkan oleh kerajaan kerana media perdana telah menggunakan gelaran itu dengan sewenang-wenangnya tetapi kemudian terdedah bahawa beliau sebenarnya tidak menghabiskan pengajian perubatannya.

Tujuan Al-Arqam mempromosikan gelaran itu adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa seorang doktor telah menyertai Al-Arqam.

Bagaimanapun saya percaya bahawa Profesor Dr. Aziz Bari memang berkelulusan undang-undang tetapi saya tidak tahu bila beliau mendapat pengiktirafan sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan dan siapakah yang memberikan kepadanya?

Saya pernah juga membaca tulisannya tetapi telah berhenti daripada membacanya kerana mendapati bahawa beliau seorang yang tidak bebas, cenderung kepada parti pembangkang dan tulisannya selalu berat sebelah berasaskan kepada kecenderungan dan persepsi politiknya. Maka itu timbul keraguan saya terhadap kedudukannya sebagai pakar undang-undang.

Maka itu saya ingin mendapat penjelasan rasmi UIAM dan juga pandangan Majlis Peguam ataupun pihak yang telah memberikan pengiktirafan itu. UM

3 comments:

hisham said...

majlis peguam....???...lebih tanya babi kat bukit pelandok..berapa kali setahun babi beranak..

Anonymous said...

Aziz beli ijazah kot

Anonymous said...

Majlis peguam? Baik tanya monyet..satu hari berapa biji pisang dia nak makan...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.