Friday, January 20, 2012


EP pasti selepas ini puak-puak yang menjilat Anwar mengetahui berita ini mereka semestinya akan meroyan. Mangsa yang paling utama akan dipersalahkan dalam hal ini ialah UMNO. Mereka akan tuduh UMNO cuba mempengaruhi Peguam Negara untuk menfailkan rayuan kes liwat tersebut..
Tapi bagi EP lantaklah apa mereka nak kata sebabnya puak-puak bangang ini tak mana pernah puas hati jika apa-apa saja keputusan tidak menyebelahi mereka..ada saja yang salah..Apa saja yang berlaku di Malaysia pastinya salah UMNO..Sampai Anuwar balun Saiful dan Chinadoll pun salah UMNO...
Apa yang penting pihak mahkamah perlu memberi ruang pada Saiful untuk mendapatkan keadilan..

Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan pada Jumaat berdasarkan keterangan dan undang-undang.
Jabatan itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.
Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

huhu, memang jadi gila supporter Anwar selepas ini

Anonymous said...

padan muka ko anwar dan konco2. tak senang duduk ye bang?hahha

Anonymous said...

TIDAKKAH KITA TERFIKIR, MUNGKIN INI BALA YANG ALLAH TURUNKAN KEPADA MAMAT TU..HIDUP TAK TENANG SENTIASA DIHIMPIT RESAH, SENTIASA DIBURU GELISAH, SENTIASA TURUN NAIK MAHKAMAH, TAK DAPAT HIDUP AMAN TENTERAM TANPA GANGGUAN? BAYANGKAN JIKA DIA TERUS MASUK KANDANG BESI, SUDAH TENTU SEMUA INI AKAN TERUS FULL STOP..

Cinta_damai said...

selepas ini kita akan lihat isi-kandungan pembelaan dan pendakwaan, dan anwar juga berpeluang untuk mengemukakan saksi alibi (izzah dan jijah) yang telah mengaku bahawa anwar ada bersama mereka ketika kejadian itu...

Nota: ada rakaman youtube tentang pengakuan ni yang dibuat oleh nurul izzah - ketika wartawan bertanya kepada wan azizah alibi anwar semasa kejadian ...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.