Thursday, January 26, 2012


Menfailkan saman menjadi amalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau tidak pernah pun mengemukakan saman terhadap rakannya terutama bekas ahli PKR kerana khuatir lebih banyak pendedahan yang akan terbongkar.

Tindakan terbaru Anwar memfailkan saman terhadap Utusan Melayu dan ketua pengaranganya adalah untuk mengalihkan tumpuan terhadap kenyataan yang dibuatnya ketika sesi temubual bersama BBC berhubung cadangan beliau ingin meminda undang-undang membabitkan hubungan sejenis di negara ini.

Ahli Majlis Tetinggi, Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata, ini bukanlah pertama kali Anwar memfailkan saman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap boleh menjejaskan nama baik serta kredibilitinya sebagai ketua pembangkang.

“Memfailkan saman sudah menjadi kebiasaan kepadanya, malah dia juga pernah menyaman Tun Mahathir, saman itu diadakan adalah untuk memastikan perkara yang disaman itu tidak dibincang secara terbuka.
“Begitu juga dengan apa yang berlaku dengan Utusan, beliau memfailkan saman terhadap akhbar itu kerana penyiaran berita berhubung temu bualnya dengan BBC itu adalah fitnah dan mempunyai niat jahat terhadap dirinya.

“Sedangkan apa yang dilaporkan oleh Utusan adalah berdasarkan kepada laporan temu bualnya dengan BBC, Anwar cuba menutup kesilapan itu dengan menyaman Utusan supaya perkara itu tidak didebat secara terbuka kerana sudah jadi kes mahkamah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, sudah banyak kali Anwar memfailkan saman kepada beberapa individu tetapi sehingga kini beliau tidak pernah menyaman rakan-rakannya termasuk mereka yang berjuang dalam PKR dahulu.
“Anwar tidak menyaman mereka itu kerana khuatir lebih banyak pendedahan dibuat oleh rakan-rakannya, sama seperti  apa yang berlaku kepada Datuk Eskay yang mendedahkan video seks Anwar yang heboh seketika dahulu.

“Jika benar Anwar merasakan apa yang didedahkan oleh Datuk Eskay itu suatu fitnah, Anwar sepatutnya memfailkan saman seperti apa yang dilakukan kepada Utusan, tetapi sehingga kini tiada saman dikemukakan kepada Datuk Eskay,” katanya.

Dr Norashikin berkata, tujuan sebenar Anwar memfailkan saman itu hanya untuk memastikan apa yan g didedahkan itu tidak terus menjadi bualan ramai kerana mengetahui apa ia boleh memjejaskan sokongan terhadap dirinya terutama dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Tegasnya, cara terbaik untuk mengekang perkara itu adalah dengan memefailkan saman dan perkara itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

Beberapa bekas pemimpin PKR hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum. -MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.