Wednesday, January 11, 2012


DUA peristiwa menarik berlaku di awal 2012 adalah pemecatan Dr. Hasan Ali daripada Pas dan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Banyak pengajaran boleh didapati melalui peristiwa ini. Untuk sampai kepada suatu titik hukuman terhadap kes Anwar ia memakan masa hampir tiga tahun dengan lebih 50 kali penangguhan.

Itu pun sebelum hakim membuat keputusan mahkamah dituduh tidak berjalan secara adil dan Anwar seringkali mencuba supaya hakim itu disingkirkan.

Tetapi keputusan terhadap Hasan tidak pula begitu. Ia berlaku secara drastik dan mengejutkannya. Lazimnya apa pun peruntukan dalam peraturan parti surat tunjuk sebab diberi dulu. Selepas itu kalau ada kes barulah Hasan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin supaya tindakan boleh diambil. Apakah tindakan itu dibuat hasil tekanan Azmin Ali. Apa hak untuk Azmin campur tangan isu rumah tangga parti lain.

Anwar suatu ketika dulu sebelum dipecat daripada UMNO diberi peluang untuk mempertahankan diri. Dia telah bercakap dan menyatakan pandangannya di Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum penyingkirannya berlaku. Paling tidak cara begini memberi ruang kepada keadilan mengambil tempat.

Tetapi Hasan tidak menikmati peluang itu. Kritiknya terhadap demonstrasi 901 menyebabkan tindakan memecat terjadi. Hasan memberi pandangan secara peribadi kerana Pas mengamalkan politik demokrasi.

Janganlah sistem syura yang ada digunakan untuk menyekat pandangan peribadi di kalangan ahlinya. Kalau isu begitu pun nak dirujuk pada syura yang dikuasai oleh kelompok tertentu, pandangan yang berbeza tidak mungkin akan diraikan.

Dengan pihak lain Pas mahukan ketelusan terjadi. Tetapi dengan diri sendiri, Pas membelenggu pandangan yang berbeza dan menyebabkan konflik terjadi. Pas mahu apabila syura memutuskan sesuatu, setiap anggota kena patuh. Tetapi kalau yang dominan membuat keputusan dalam syura ialah pihak yang berkepentingan bagaimana ketelusan boleh terjadi.

Kepatuhan kepada perjuangan organisasi memanglah baik. Tetapi harus ada ruang berbeza pendapat supaya sesuatu isu dapat didekati secara pro dan kontra. Maka baru lahir idea-idea segar dan kebebasan.

Tetapi apabila pandangan berbeza dilontarkan lalu kuasa digunakan untuk memecat orang yang berkaitan maka kaedah autokratik mengambil tempat.

Kes Anwar ini menjadi lebih menarik lagi kerana ia dikaitkan dengan isu konspirasi. Kerajaan dan UMNO dituduh melakukan konspirasi yang berniat jahat terhadapnya. Lalu tuduhan itu dianggap sebagai fitnah jahat untuk menghapuskan riwayat politik Anwar.

Dalam kes liwat ini jika konspirasi benar-benar berlaku bakal melibatkan para doktor, pakar forensik, ahli politik, ahli undang-undang, para hakim dan ramai lagi. Kalaulah ia suatu konspirasi tidak mungkin Anwar terlepas daripada hukuman. Sudah tentu konspirator dan sekutu-sekutunya akan menjalankan kerja sehingga kesudahannya memihak kepada mereka.

Keputusan yang ada ternyata memihak kepada Anwar. Apakah dakwaannya dulu direka cipta untuk menamatkan karier politik dan menyekat beliau untuk sampai ke Putrajaya. Ternyata fitnah itu meleset.

Yang berlaku di sebaliknya. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus walaupun penerimaan pro dan kontra adalah suatu perkara biasa.

Kalau begitu tuduhan terhadap kerajaan dan mahkamah selama ini adalah tidak betul. Sejak kes liwat pertama dulu, isu konspirasi berbangkit. Malah pihak yang menuduh tidak pernah ada bukti yang nyata dan kukuh. Ia digunakan sebagai senjata politik untuk membina persepsi buruk terhadap orang lain.

Menariknya kenyataan Hasan di rumahnya selepas dipecat menyatakan faktor Anwar menjadi sebab dirinya disingkirkan. Hasan tidak rela menjadikan Anwar sebagai pemimpinnya. Ini adalah suatu kenyataan yang berani walaupun Abdul Hadi Awang tahu sedikit sebanyak siapa Anwar itu sebenarnya.

Keberanian seperti inilah yang perlu ada dalam Pas supaya menegakkan kebenaran sentiasa menjadi obor perjuangan yang tidak ada tolak ansurnya.

Dengan pemecatan Hasan itu, kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan agama akan terjejas. Beruntunglah pakatan pembangkang di Selangor kerana manusia yang prihatin tentang isu pemurtadan sudah disingkirkan.

Berbahagialah Pas Selangor kerana orang yang berani menghadapi kemungkaran najis arak dan maksiat sudah tidak lagi berperanan. Dan lebih berbahagia lagi adalah DAP yang tidak lagi berhadapan dengan orang yang selalu melakukan social policing di Selangor sudah tidak mempunyai kuasa lagi.

Lebih-lebih lagi Anwar yang tidak bersetuju dengan tindakan Hasan bersama dengan JAIS cuba menangani isu pemurtadan DUMC pada 3 Ogos 2011 akan berasa lega dengan ketiadaan Hasan.

Kalau Anwar tidak menyenangi Hasan boleh difahami. Tetapi sikap rakan-rakan dalam Pas Selangor tidak bersamanya, ia adalah suatu hal yang menyedihkan. Tambah pula kepimpinan Pas Pusat yang dikuasai oleh pihak Anwarinas, sudah tentu Hasan mudah menjadi mangsanya. UM

9 comments:

Anonymous said...

Pada 1998 bila Anwar dipecat Mahathir... Hassan Ali, bekas PTD, Pengarah BTN... bagaikan pelarian politik .. terutama ketika diktator Mahathir mula melakukkan tangkapan politik melalui ISA..

Hassan akhirnya berkata Allah memberi petunjuk untuk bersama perjuangan Islam melalui PAS... PAS memberi kedudukan kepadanya, NP.. MP Parit Buntar & ADUN Sg Burung,.... ADUN Gombak Setia....

Pada 2008 bila hasrat jadi MB tipis, suara hassan agak sumbang senada dengan tempo UMNO.... dan 2011 beliau seakan2 menyesali bersama PAS...

Pada saya, disaat2 gentir UMNO hari ini.... mereka sedang mencari setiap dahan untuk dipauti walaupun dahan yg dah reput.... ketika ini sahan diri Hassan dah sikit naik.. jika hassan nyatakan untuk bersama UMNO sekali lagi.......prospektif kerjaya, ekonomi & glamour dikaca TV untuk dirinya amat baik ...

Anonymous said...

Tak payah cari alasan la Hassan Ali oii..... rakyat dah nampak gelagat sumbang & bahasa berbunga2 tapi 'kontang' isinya...... UMNO sokong & janji sikit .... dah mabuk kepayang dan tak dengar kata dah....... bahkan nampak sangat berwala'kan UMNO yg ditolak rakyat tuuu......

Anonymous said...

Yang penting jangan asyik dok ganggu, kacau, sabotaj perjuangan parti dan perjuangan rakyat demi kejar habuan & glamour dari kaca mata UMNO!............ perangkap JAIS, UG cukup berbisa!

Anonymous said...

TAHNIAH PAS.. ahli2 yang mengutamakan agenda peribadi mengatasi kepentingan jemaah & parti seperti Hassan Ali walaupun telah berkali2 ditegur, dinasihati amat wajar dikenakan tindakan tatatertib yg tegas.

Hassan ali sejak selepas pru12.. amat sumbang tindakannya. Selepas pru12 imej hikmah & toleransi PAS dikalangan bukan melayu meningkat. Masyarakat Malaysia sudah tidak termakan dengan propaganda UMNO yg PAS ini ekstrim.. Penjelasan konsep Islam syumul yg didokong oleh PAS mula diterima oleh rakyat Malaysia. Itulah yang mengerunkan UMNO hari ini!

Tapi Hassan ali bertindak sebaliknya... tindakan & perjuangannya seiras Islam yg dibawa oleh UMNO dengan menakut2kan orang bukan Islam terhadap Islam! Selama ini UMNO mengaut keuntungan politik dari ideologi nasional berkonsep rasis, fasis & 'divide & rule' dikalangan rakyat pe lbagai kaum /ethnik diMalaysia. Tindakan Hassan ali nampak macam Islam tetapi uslub dakwah yang kurang hikmah! Sedangkan dalam berurusan dengan masyarakat majmuk Rasulullah amat strategik & berhikmah tindakannya! Bahkan para ahli ikhwan didunia Arab amat inovatif dalam tindakan & gerakkerja mereka hari ini dan berjaya memenangi hati rakyat masing2.

Hassan ali ..mungkin ego dengan kehebatan diri sendiri dan berwala' kepada perjuangan Islam ala-UMNO,.. membelakangkan keputusan jemaah melalui muktamar, syura, JKP & kepimpinan parti!

Semoga Hassan dapat keinsafan & kembali bersama jemaah Muslimin. Jika tersilap, kami pohon keampunan & petunjuk Allah untuk diri2 kami, tuan & seluruh ummah. Amiin

Anonymous said...

Muhasabah diri, Hasan kena insaf ke kita yg kena insaf, apapun dia sebagai bekas exco agama, letih tahu drp kita diluar...

Anonymous said...

Kasihan nasib Dr Hasan ali, bila dah dipecat tiada ahli Pas yang simpati, terus mengutok beliau. Ukhuwah saudara seagama luput.
Itulah ahli Pas yang ta'asub telah menjadi buta.Sifat ta'asub sememangnya membutakan.
Sedarlah ikhwah sekalian setelah saudara kita jatuh janganlah dilanyak.

Anonymous said...

PAS atau UMNO sama sahaja.. saya eksekutif muda, orang kelate. Untuk pengetahuan tuan-tuan/puan-puan, yang dah tua-tua semua, tiada satu pun wakil rakyat PAS atau UMNO yang melawat kg saya selepas PRU yang lepas..Jadi wakil rakyat untuk apa?? Untuk Agama, Untuk Bangsa ???
Yang pasti..korang semua gilakan kuasa dan duit. FULL STOP. Kalau benar untuk ISLAM, mengapa adanya konflik yang dahsyat seperti ini.Jika benar-benar anuti ISLAM, Semua perbalahan boleh selesai.. FIKIR2 kan.

teja said...

Untuk parti yang mengaku memperjuangkan islam.Ini jawapan Allah dlm firmannya 'Hai org2 yg beriman!Jgnlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu jadi pemimpin!Kamu tunkukkn kasih sayang,sedang mereka menyangkal kebenaran yg telah dtg kpdmu.'(surah al-mumtahanah).'Org2 yg beriman jgnlah mengambil org2 kafir menjadi pemimpin,selain org2 yg beriman.Siapa yg brbuat begitu,akan tidak ada perhubungannya sedikitpun dgn Allah.(Surah Ali Imran).Dlm islam,dgn kafir zimmi pun kita kena brhati-hati,apalagi kafir yg benar2 terang2 memusuhi islam.

Anonymous said...

PKR dan PAS ada isu sangat menurun populariti kedua parti tersebut.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.