HOT : HADI AWANG AKUI DIA TELAH MEMUNGKIRI JANJI YANG DIBUAT PADA 2008..


Rombakan portfolio Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak.

Bekas penyandang portfolio itu, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perkembangan itu lebih menyedihkan apabila kepimpinan Pas Selangor dilihat reda dengan rombakan tersebut serta menyanjung tinggi keputusan berkenaan tanpa sebarang bantahan.
Katanya, perkembangan itu menggugat kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang serta menggambarkan ADUN parti itu di Selangor tidak layak untuk memikul portfolio penting tersebut.

“Portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan Pas sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan PKR.

“Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasan yang disingkirkan daripada Pas Jumaat lalu mengulas rombakan portfolio Hal Ehwal Islam yang disandang beliau sebelum ini diambil alih oleh Abdul Khalid.

Dalam rombakan kecil semalam, ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi dari Pas hanya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Hasan menambah, perubahan itu jelas bertentangan dengan amanat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2008 yang mahu memastikan kepimpinan Pas Selangor mempertahankan portfolio sensitif tersebut.

Katanya, perkembangan tersebut sekali lagi membuka mata masyarakat awam bahawa Pas kini terpaksa menjadi ‘pak turut’ kepada parti komponen pembangkang yang lain.

“Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteraan rakyat di negeri ini (Selangor). Hanya Islam sahaja dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat,” katanya.
HOT : HADI AWANG AKUI DIA TELAH MEMUNGKIRI JANJI YANG DIBUAT PADA 2008.. HOT : HADI AWANG AKUI DIA TELAH MEMUNGKIRI JANJI YANG DIBUAT PADA 2008.. Reviewed by Empayar Pemuda on 12:35 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.