Sunday, January 29, 2012

Maka bermulalah wayang pakatan rakyat..sana merajuk sini pujuk, sini merajuk sana pujuk..tapi bukan pujuk kosong..disulam dengan janji janji indah..kalau tak merajuk, maka tak dapat la merasa benda yang diidamkan..lepas ni giliran DAP pula yang akan merajuk..kalau tak percaya tengoklah..


Tidak mudah untuk Pakatan Rakyat melepaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang yang membantunya mencapai kejaan seperti sekarang.

Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

Sokongan Abdul Hadi, menurut Anwar lagi, diperlukan sama seperti Pakatan memerlukan sumbangan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pilihan raya umum lalu, PKR, DAP dan PAS berjaya menawan lima negeri daripada BN, walaupun kehilangan Perak tidak lama kemudian apabila wakil rakyatnya melompat parti.

Dalam wawancara ekslusif yang disiarkan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

1 comments:

Wayang Opera said...

Al Jubori suka kerana selepas ni Al Pukimon pulak naik tahta.

PAS, PAS, PAS PASS free tengok konsert Bob Lokman.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.