Tuesday, January 31, 2012


Berani ke Ketua Pemuda PAS ini bersuara bila Anwar panggil Pemuda PAS BAHLOL..Confirm tak beraninya..Kalau buka je mulut, takut takut nasibnya akan sama dengan Hasan Ali..jadi bahlol pun bahlol lah..yang penting masih lagi jadi Ketua Pemuda PAS dan ada peluang nak jadi calon untuk PRU13 ni...

Ikuti pendedahan yang di buat oleh Gelagat Anwar mengenai kebahlolan Pemuda PAS...

Menarik mesyuarat koordinasi malam tadi di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok AJL, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding; mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang pilihanraya. Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.

Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan.

Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.

Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.

Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi.

Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini…

4 comments:

Anonymous said...

nak mampuih tegoq. nanti jadi macam hasan ali niaya ja

Anonymous said...

Subhanallah....Allah Maha Kuasa.Tengok le sekelip mata je Dia membuka segala keburukan perangai dan sapa tu Anwar Ibrahim.Terpulang pada penyokong tegarnya untuk berfikir dgn waras.Depan mata kita semua Allah Ta'ala balas kebenaran utk semua rakyat Malaysia renungkan.
Setiap hari ada je benda busuk yg terpacul keluar dari mulut Anwar dan perbuatan celanya...dia sedar tak sedar Allah Ta'ala saja yg Maha Mengetahui.Allah SWT dah bagi petunjuk yg jelas 'setan' yg cuba musnahkan negara ini, agama kita dan kemakmoran yg telah kita semua bina bersama. DAP pun tgk sajalah...Allah SWT juga telah mendedahkan sikap rasis DAP melalui Lim Kit Siang yg masih menghasut kaum Cina yg hidup aman dinegara ini. Semuanya Allah dah tunjukkn. Apa lagi yg kita nak dariNya??? Cubalah kita bersyukur dgn keamanan dan kemakmoran yg kita kecapi.

Anonymous said...

Apa pun DSI kata, pencacai2 DSI tetap mengatakan DSI betul..Seks rambang, sokong ISRAEL. Semua betul.. sape DSI dimata mereka... kan sama taraf dengan Imam Mahdi....

Inilah golongan manusia yang buta mata dan buta hati... banyak keburukan DSI dibongkarkan namun, tetap memujanya. Berapa ramai rakan2 rapat DSI yang dah lari... mereka sedar akan sikap DSI yang sebenar.. sanggut menjual agama, bangsa, negara dan keluarga demi mencapai cita-citanya...

Anonymous said...

org gila pun x percaya pada amwar.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.