Wednesday, January 11, 2012

HOT : BALA AKAN TERUS MENIMPA PAS..


Pas akan terus dihimpit masalah tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahlinya selepas bertindak memecat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, secara asasnya sudah pasti pengikut-pengikut Hasan akan menyokong beliau dan tidak mahu parti itu mengikut telunjuk pakatan pembangkang lain.

“Di samping itu, ahli-ahli Pas yang selama ini dibayangi dengan persepsi kepimpinan parti itu tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, telah pun mendapat gambaran sebenar akibat tindakan itu.

“Mereka akan menjadi orang atas pagar serta tidak lagi menyokong Pas bagi mempertahankan kebenaran,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memecatkan keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti berkenaan.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Menurut Zainal, secara peribadi, beliau yakin bahawa Hasan tidak akan merayu dalam hal tersebut.

“Sebaliknya, beliau mungkin bergiat aktif melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau tidak akan berhenti daripada gerakannya bagi memperjuangkan kepentingan Melayu, Islam dan institusi raja-raja,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun isu dalaman parti tersebut tiada kaitan dengan Barisan Nasional (BN), namun secara tidak langsung, ia akan memberi kelebihan kepada BN.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.