HOT : AZIZ BARI..TERPAKSA ATAU GATAL...??

Agak kelakar bila Aziz Bari memberitahu yang dia "terpaksa" menyertai politik disebabkan tidak boleh berfungsi sebagai ahli akademik..Apa dia ingat di Malaysia ini hanya ada dia bidang profesion je ke?? Ahli politik dan ahli akademik?? Hahahahaha..

Tak perlulah nak bagi alasan terpaksa kerana haknya sebagai ahli akademik dinafikan kerana setiap kenyataan yang dikeluarkan olehnya sejak kebelakangan ini berat sebelah dan memihak kepada pembangkang...Jadi bagaimana orang tak kaitkannya dengan politik..

Sebagai seorang ahli akademik yang membawa gelaran "pakar", Aziz bari sepatutnya bersifat neutral apabila memberi pandangan mengenai bidang kepakarannya dan bukannya menjadi batu api..Kenapa dulu setiap pandangannya tidak dipolitikkan seperti sekarang? EP pasti semua orang tahu jawapannya...GATAL nak jadi ahli politik sebab dah  termakan janji-janji Anwar..itu je..


Setelah hampir sebulan meletakkan jawatan sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau terpaksa terjun ke dunia politik kerana tiada pilihan.

Menurutnya, penyertaannya dalam politik adalah "terpaksa" setelah menyedari haknya sebagai ahli akademik dinafikan, selain mendapat tekanan daripada pihak tertentu.


“Saya dilatih sebagai ahli akademik, bukan dipilih untuk jadi ahli politik dalam konteks sekarang ini. Saya bukan memilih bidang profesion berpolitik itu. Saya terpaksa, seolah- olah dicampak dalam dunia politik.


"Saya dipaksa dan terpaksa memilih jalan politik kerana tidak boleh berfungsi sebagai ahli akademik. Orang melihat saya dan tidak boleh menerima kita memberi pandangan berkaitan perkembangan semasa di mana semuanya  dianggap politik.


"Oleh itu, apa pilihan yang saya ada?” katanya kepada Sinar Harian selepas Wacana Sinar Siri ke-10 anjuran Kumpulan Media Karangkraf, semalam.


Bagaimanapun, Aziz bersikap terbuka jika ditawarkan menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.“Spekulasi akan bertanding mana- mana kerusi akan ada kerana kini saya sudah tidak bekerja.


“Dalam hal ini saya terbuka dan sebagai rakyat Malaysia saya boleh buat apa yang difikirkan sesuai dan tidak melanggar undang-undang,” katanya.


Beliau berkata, setakat ini sudah banyak parti politik yang menawarkannya bertanding atas tiket parti masing-masing.


“Saya sudah sebut banyak kali, Pas, DAP dan PKR banyak kali melamar saya menjadi calon pilihan raya. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Dewan pun belum bubar.


“Saya terpaksa sesuaikan juga kawasan mana yang nak bertanding, kerusi siapa dan adakah yang dibawa sesuai dengan apa yang saya pegang,” katanya.


Katanya, beliau kini sedang meneliti parti mana yang sesuai dengan perjuangan yang hendak dibawa dalam politik.


“Kalau hendak terlibat dalam politik, saya pastikan idea saya diterima, kalau katakan tidak seratus peratus pun sebahagian besar yang kukuh dan boleh diterima.


“Pada saya bertanding dalam pilihan raya ini sebagai satu ruang perjuangan. Kalau soal nak cari makan, saya rasa tak perlu, saya sudah bersara awal,” katanya.
HOT : AZIZ BARI..TERPAKSA ATAU GATAL...?? HOT : AZIZ BARI..TERPAKSA ATAU GATAL...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:12 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Ungku Aziz , tak jadi ahli politek pun cakap dia pun org dengo, Beso lagi jasanya pada org Islam. Senang kita pegi Mekah buat haji/

    ReplyDelete
  2. Aziz Bari nih org yg bijak... Bijak putar belit.. masuk bertanding nnt baru tahu mcmana nak jadi pemimpin.. bole terima kritikan ke Prof ??

    Varto L0cos..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.