HOT : APA CERITA ADAM ADLI..ADAKAH DIA AKAN DIBEBASKAN SEPERTI ANWAR..??


Selepas Anwar dibebaskan pagi tadi dari tuduhan meliwat..Adakah nasib Adam Adli akan sama seperti Anwar?? Didapati tidak bersalah diatas sebab tidak cukup bukti walaupun secara terang terangan dia hadir ke mahkamah setelah pihak universiti mengeluarkan arahan supaya jangan terlibat dengan kes Anwar..Mungkinkah perkara ini akan berlaku..bagi EP buat masa sekarang, segalanya mungkin..

IPOH: Nasib pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Adam Adli Abdul Halim, 21, yang mencetuskan kontroversi kerana tindakannya menurunkan bendera mempunyai wajah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 17 Disember lalu, akan ditentukan hari ini.

Jawatankuasa Tatatertib UPSI akan mendengar keterangan pelajar berkenaan yang akan menentukan sama ada pelajar itu bersalah atau tidak.
Jika keputusan mendapati Adam Adli bersalah, hukuman paling berat terhadapnya adalah disingkirkan daripada UPSI. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata sesi perbicaraan itu akan diadili di depan jawatankuasa berkenaan yang dianggotai lima individu berkecuali, termasuk dekan universiti yang akan menyoal serta membuat penilaian berhubung kes itu bagi membuktikan pelajar terbabit bersalah atau sebaliknya.

“Pada sesi perbicaraan itu, kita akan memanggil kumpulan penyiasat kes berkenaan dan saksi universiti untuk memberi keterangan. Perbicaraan akan dilakukan secara terperinci termasuk mengambil kira siasatan polis dan rakaman video.

“Jadi, esok (hari ini) adalah hari untuk menentukan Adam Adli bersalah atau sebaliknya. Jika didapati bersalah, beberapa hukuman akan ditentukan antaranya diberi amaran, dikenakan denda tidak melebihi RM200 atau digantung pengajian sehingga tiga semester.

“Jika keputusan mendapati kesalahan itu serius, mungkin dia akan disingkirkan terus daripada UPSI,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, Adam Adli tetap diberi hak dan peluang untuk membela diri pada Lembaga Rayuan universiti jika dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

“Kita (UPSI) akan memberi tempoh satu bulan kepada Adam Adli untuk mengemukakan rayuan,” katanya.

Sesi perbicaraan itu diadakan bagi menyiasat pembabitan pelajar dalam insiden yang mencetuskan kontroversi itu sehingga berlaku dua demonstrasi berasingan di Putrajaya dan UPSI, baru-baru ini.

Ditanya sama ada UPSI menerima tekanan daripada mana-mana pihak berhubung kes itu, Junaidi berkata sesi perbicaraan itu adalah proses biasa yang harus dijalani mana-mana penuntut, jika mereka didakwa melakukan kesalahan.

"Kita tidak menerima tekanan mana-mana pihak. UPSI akan memberi keadilan kepada semua pihak dan prosiding itu dijalankan berlandaskan peraturan serta prosedur undang-undang yang biasa dilakukan di mana-mana universiti," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan waktu atau lokasi prosiding itu diadakan bagi mengelak berlaku sebarang insiden tidak diingini, termasuk sehingga mengganggu penuntut universiti itu yang sedang menjalani peperiksaan semester.
HOT : APA CERITA ADAM ADLI..ADAKAH DIA AKAN DIBEBASKAN SEPERTI ANWAR..?? HOT : APA CERITA ADAM ADLI..ADAKAH DIA AKAN DIBEBASKAN SEPERTI ANWAR..?? Reviewed by Empayar Pemuda on 2:37 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Kita ada undang-undang.
    Kita ada pesalah.
    Kita ada hukuman.

    Janganlah kita banyak buang masa berpolitik sahaja dan bergaduh sesama manusia, sementara musuh yang nyata bagi manusia iaitu syaitan sedang bertepuk tangan.

    Semulia-mulia manusia itu boleh menjadi sehabis hina melebihi binatang ternak yang melata kalau sentiasa melayan nafsu dan menurut ego diri masing-masing.

    Menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslimin dan muslimat. Tuntutlah ilmu yang bermanfaat dan jauhi ilmu yang bermudarat.

    Pokok yang masih belum berbunga, janganlah dipaksa berbuah. Tunggu dan bersabarlah dahulu sehingga datang musim untuk dituai hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Semua pihak harus hormati undang2 termasuk Adam Adli. Jika selama ini pembangkang mengatakan mahkamah tidak adil sekarang sudah terbukti kan~ mahkamah malaysia adil & saksama.

    ReplyDelete
  3. kalau dia bersalah jatuhkan hukuman...jangan kira tekanan terutama daripada pembangkang....sebab puak2 ni kita buat betul pun kalau tak kena dengan mereka, salah jugak kita!... kaki tangan kerajaan atau swasta pun kalau menjatuhkan maruah organisasiakan dikenakan tindakan... inikan pula budak tengah belajar!

    ReplyDelete
  4. hukum je budak ni....nyusahkan orang jer...malu mak bapak jer

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.