HOT : APA BENDA YANG HAKIM NAK SEMBUNYI DALAM KEPUTUSANYA


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya pagi ini hanya membuat keputusan ringkas secara lisan yang hanya mengambil masa tidak sampai dua minit.

Hakim dalam keputusannya pagi ini menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pemberita mengakui terkejut dengan keputusan itu dan menganggap di luar jangkaan.

“Sekarang masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk pendakwa meneruskan (rayuan) masih ada.

“Saya hanya bersyukur apa yang didengar pada hari ini. Usaha mengaibkan dan memfitnah saya ditolak hakim,” katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta.

Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

“Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolak oleh mahkamah.

“Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

“Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja,” katanya

Manakala, Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, pihaknya belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.

Seperti lazimnya, keputusan hakim menentukan bersalah atau tidak bukan hanya bergantung kepada rumusan lisan 2 minit, terdapat keterangan bertulis yang panjang lebar untuk menjustifikasikan penghakiman itu.

Persoalannya, apakah isi kandungan terperinci keputusan hakim itu ?

Mahkamah Putuskan Anwar Tidak Bersalah - AIDC
HOT : APA BENDA YANG HAKIM NAK SEMBUNYI DALAM KEPUTUSANYA HOT : APA BENDA YANG HAKIM NAK SEMBUNYI DALAM KEPUTUSANYA Reviewed by Empayar Pemuda on 11:00 PM Rating: 5

5 comments:

  1. soalan nya:
    al jub tidak berani memberikan DNA nya.
    keraguan bukti DNA yg mungkin terusik
    "perangkap untok NEXT MOVE"

    wa allahuaklam.....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bagi la chan penyokong al-jub ni bergumbira..biar pun dalam hati dia org skrg nih tgh resah gelisah kalau2 pendakwaraya memfaikan rayuan...

    percaya lah..Game Not Over Yet..ibarat main PS ada menang level 1 ada level 2 & 3 menati..

    tu belom lg halangan video klip siamdoll yg dgrnya bakal meletop tak lama lg...

    pegang kepala paip la kite..huhuhu

    ReplyDelete
  3. u wait n u see al-jubor next move....

    ReplyDelete
  4. Yezzzzzh ! What's next ??

    ReplyDelete
  5. MACAM MAIN CHESS LAA....

    PERGERAKKAN MEMERANGKAP "KING" KALI PERTAMA MEMANG

    LEPAS.... TAPI SELEPAS TUU......

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.