Friday, January 13, 2012


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau sama ada pihak pendakwa membuat rayuan atau tidak berhubung pembebasannya daripada pertuduhan liwat.

Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki, juga berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan.

Beliau disambut oleh ratusan orang yang berhimpun di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur ketika beliau hadir untuk solat Jumaat.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA yang dikemukakan

Bapa Saiful, Azlan Md Lazim, telah menggesa pihak pendakwaan supaya merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.

Ketua Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, telah membayangkan Rabu lalu, bahawa beliau akan mengesyorkan mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, berkata bahagian itu belum mengkaji syor Yusof itu.

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang dia buat di luar negara tak habis2 mengalahkan ada kepentingan disana.Kalau lah dia ni jadi PM alamat tak duduk dalam negaralah alamatnya.Malaysia akan jadi negara pro-gay

Anonymous said...

TAPI AKU GENTAR DENGAN SUMPAH LAKNAT

Anonymous said...

INI TANDA GAY TUA YANG TAKBUR INI AKAN MASUK KEDALAM BAMBOO RIVER

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.