Sunday, January 29, 2012


EP mendapat khabar bahawa Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T. Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia. 

Mungkinkah video seks terbaru yang bakal tersebar sebenarnya dirakam di Indonesia dan bukannya di Thailand yang menjadi punca kejatuhan Anwar di Indonesia?? Kalau nak tahu lebih lanjut ikuti cerita dibawah ini...


DIMOHON kehadiran bapak/ibu serta rakan~rakan pada siri dialog 1 bidang luar negeri Perhimpunan KB PII dengan tema: Perkembangan Politik Malaysia Terkini. 
Nama sumber: Shamsul Iskandar Akin (Ketua Pemuda PKR Malaysia) dan Syed Sharir Syed Mohamud (mantan Presiden Serikat Pekerja Malaysia) pada hari Jumaat 20 Januari 2012, dimulai pukul 14.00 bertempat di rumah KB PIi Jalan Daksa V no 5 Jakarta Selatan (mohon tolong disebarkan)"

Jemputan ke program Keluarga Besar (KB) Pelajar Islam Indonesia (PII), cabang Parti Bulan Bintang ini tersebar Khamis lalu termasuk dalam kalangan wartawan. Ia disebarkan oleh orang-orang yang masih rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta.

Sekilas membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ini tentu ramai menyangka wacana politik seperti ini akan dihadiri ramai orang. Apatah lagi organisasi seperti PII mempunyai jutaan ahli dan pendukung yang mampu mengumpul orang semudah memetik jari.

Tapi majlis ini tidak seperti dijangkakan. Hanya dua tiga buah kereta di hadapan rumah di kawasan elit Senopati di Jakarta Selatan ini. Dialog yang diuar-uarkan itu tidak seperti yang biasa dilihat.

Ia tidak lebih bagai sesi sembang sekumpulan orang di warung kopi tetapi dengan cara lebih formal. Walaupun terbuka untuk media, ia gagal menarik kehadiran ramai wartawan. Tiada akhbar utama yang melaporkan berita mengenai dialog ini.

Mungkin kerana topiknya kurang menarik yang bukan menjadi isu semasa yang boleh dipetik menjadi bahan berita atau mungkin juga kerana pembicaranya masih begitu asing dalam kalangan orang politik dan wartawan negara ini.

Tetapi begitulah Anwar, orang-orang mahupun partinya bukan lagi menjadi tarikan kepada masyarakat Indonesia. Pidato umum terakhir Anwar di sebuah sekolah undang-undang di Jakarta pada Julai lalu hanya menarik tidak lebih 100 orang.

Begitu juga dialog dengan editorial Tempo di pejabat akhbar dan majalah itu di Jakarta tidak mendapat tempat yang signifikan dalam akhbar itu sendiri. Akhbar lain pun tidak melaporkan program Anwar itu.



“Anwar sudah hilang populariti di Indonesia, simpati orang tidak seperti dulu,” kata seorang wartawan yang sehingga kini masih rapat dengan Anwar yang dulunya sering mengatur wawancara dengan Ketua Pembangkang itu.

Mungkin atas alasan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan dan bekas orang kuat MTUC ini dihantar ke Jakarta untuk misi merintis jalan bagi mengembalikan hubungan emosi yang telah hilang itu.

Anwar pasti terasa dengan ‘kehilangan’ itu. Selain sudah ramai teman rapatnya di Indonesia tiada lagi dalam ‘inner circle’, yang ada pun lebih suka berhubungan dengan teman-teman di pihak bertentangan.

Kalau di Malaysia pun beliau telah kehilangan begitu ramai teman rapatnya, itulah juga yang berlaku di Indonesia. Jafi pengaruh baru harus dicari.

Orang paling sesuai untuk melaksanakan misi itu ialah Shamsul. Selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan, beliau perlu memainkan peranan menjalin hubungan dengan pemimpin muda di negara tetangga ini.

Menurut analisis seorang wartawan kanan Indonesia, program yang dihadiri Iskandar itu lebih menjurus kepada sesi lempas otak yang mungkin tidak melibatkan PII atau Parti Bulan Bintang, parti yang berasaskan Islam ini secara langsung.

Menarik

Ini kerana tidak banyak kepentingan yang boleh dikongsi antara kedua-dua parti itu. PII adalah cabang untuk kaderisasi di peringkat sekolah. Satu lagi cabang Parti Bulan Bintang ialah Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI) yang aktif di peringkat pelajar universiti.

“Saya fikir ia hanya pertemuan antara aktivis dalam PKR dan Parti Bulan Bintang, bukan melibatkan parti. Lagipun sudah terlewat, kalau diadakan sebaik Anwar dibebaskan dulu akan menarik ramai wartawan,” katanya.

Bila ditanyakan kepada beberapa wartawan mengenai pemerhati politik yang boleh mengupas mengenai Anwar, tiada nama yang mereka boleh berikan secara khusus. Mereka juga tercari-cari.

Memang sejak beberapa tahun ini tiada analisis atau komentar khusus mengenai Anwar. Mungkin sahaja tiada siapa dalam sekian ramai pemerhati politik di pusat-pusat penyelidikan di republik ini yang melihat Anwar sebagai sosok berwibawa dan relevan.

“Sepanjang tempoh dua tahun ini, tiada komentar atau analisis yang mengagungkan Anwar dalam media mereka,” kata seorang diplomat yang sudah dua tahun bertugas di Indonesia.

Yang ada hanya berita perkembangan biasa. Kali terakhir ialah semasa Anwar dibebaskan pada 9 Januari lalu yang mendapat liputan meluas dengan semua akhbar utama menyiarkan berita itu.

“Tetapi ia hanya dilayan sebagai berita semasa biasa. Ia tidak disusuli dengan analisis mengenai nasib dan peluang Anwar,” tambah diplomat itu.

Daripada perkembangan ini, dapat dirasakan Anwar bukan lagi pujaan kepada masyarakat politik dan pejuang mahasiswa di Indonesia. Seakan jalan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Anwar di Indonesia, sudah tertutup.

Sebab itu kalau misi kunjungan Shamsul dan Syed Sharir mahu mengembalikan kegemilangan Anwar, mungkin mereka akan kecewa nanti. Selain politik di Indonesia yang sudah berubah, ramai bekas teman rapat Anwar di Malaysia yang juga mempunyai pengaruh di Indonesia menjadi halangan utama mereka.


KENAPA TAK DAPAT SAMBUTAN...INI JAWAPAN DARIPADA SEORANG MAHASISWA YANG BERADA DI BANDUNG, INDONESIA 

Apa yang sebenarnya berlaku yang diketahui oleh saya sebagai mahasiswa Malaysia di Bandung yang mempunyai ramai kawan siswa di Jakarta adalah kerana penyebaran luas video seks yang melibatkan Anwar oleh Datuk T di kalangan mahasiswa Indonesia dan Malaysia. Kami di Bandung juga telah melihatnya.

Video ini juga dipercayai telah jatuh ke tangan para pemimpin politik Indonesia termasuk yang mempunyai kedudukan berpengaruh.

Saya tidak tahu apakah rakan-rakan rapat Anwar yang telah menyebarkan video itu di Indonesia terutamanya di kalangan mahasiswa di Jakarta.

Saya percaya dengan penyebaran yang berlaku di kalangan mahasiswa Indonesia, bukan suatu pekara yang mustahil jika ia juga tersebar luas di kalangan masyarakat Indonesia lainnya kerana di negara itu atas nama wang segala-galanya boleh berlaku.

Jika ini semua berpunca daripada bekas rakan rapat Anwar, maka saya ucapkan tahniah kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.