Tuesday, January 17, 2012


Ramai juga kalangan pimpinan PKR yang merasakan KONVENSYEN PR semalam macam dingin dan tidak mempunyai pengisian yang baik. Mereka sendiri sibuk ber-BBM dengan rakan masing-masing. 
Tertanya-tanya, apa sudah jadi? Apa yang dirancangkan di peringkat awal tidak menjadi. Kehadiran konvensyen kurang memuaskan. Nasib baik RAPAT RAKYAT berjaya.
Blog ini sudah memaklumkan bagaimana PERTUKARAN STRATEGI saat akhir menjadi gangguan kepada KONVENSYEN ini. Staff Ibupejabat PKR sendiri ramai yang tidak pergi ke Kedah. Alasan? Kerana tidak mampu menukar segala printed materials yang dijanjikan untuk diedar di Kedah. 
Masih banyak benda yang belum dimasukkan. Sudahnya, kepimpinan ambil keputusan untuk tidak membentangkan manifesto – namun mengumumkan sahaja secara sekali lalu. Ini tanda kegagalan yang amat besar.
Khabarnya, tidak ada koordinasi antara Saifuddin dan Mahfuz. Sebagai Pengerusi Program, Mahfuz sudah meminta dummy copy manifesto sejak minggu lepas. Sebelum tarikh Anwar lepas. 
Semua gambar dan manifesto tertumpu kepada cerita BEBAS Anwar. Bila Anwar benar-benar BEBAS? Apa lagi yang nak dijanji? Sudah hancur semuanya. Kelam kabut nak masuk print benda baru dan tidak sempat nak bincang di peringkat lebih tinggi. seterusnya...

1 comments:

usin said...

sikit2 mengamuk. sikit2 mengamuk. dh kenapa papa ni. dh gila agaknya!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.