HOT: ANWAR, JANGAN TERLALU GEMBIRA..KES BELUM SELESAI


Komen berikut adalah susulan daripada artikel SAIFUL TIDAK AKAN MENYERAH KALAH? RAYUAN AKAN DIBUAT..?

Jika hakim berpendapat bahwa Saiful adalah saksi kredibel, atas dasar itu saja tidak salah disisi undang-undang utk hakim menyabitkan OKT.

Persoalan seterusnyanya, apakah ianya selamat untuk OKT disabitkan. Undng-undang keterangan jelas dalam perkara ini, jika Hakim telah mengambil kira bahaya menggunakan keterangan seorang accomplice (orang yang bersubahat - Saiful orang tersebut), sabitan itu bukan sahaja tidak salah disisi undang-undang, tetapi dikira selamat juga.

Adalah penting utk kita faham bahawa OKT berdiam diri bila dipanggil membela diri.

Keterangan-keterangan saksi-saksi yang lain juga menyokong keterangan saiful termasuk keterangan DNA juga.

Pun begitu, pandangan hakim betul atau tidak, ianya mengikat pihak-pihak tertakluk kepada rayuan.

Pada saya, OKT tidak boleh terlalu bergembira.

ini adalah pandangan kasar sahaja kerana perlu teliti nota keterangan dan alasan penghakiman terlebih dahulu.

Pensyarah undang2 (keterangan dan prosedur jenayah)
HOT: ANWAR, JANGAN TERLALU GEMBIRA..KES BELUM SELESAI HOT: ANWAR, JANGAN TERLALU GEMBIRA..KES BELUM SELESAI Reviewed by Empayar Pemuda on 9:12 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.