HOT : ANWAR BERSYUKUR TAK MASUK PENJARA KERANA PENGALAMAN DIRACUNI ARSENIK SERING MENGHANTUINYA???


DIFAHAMKAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang berada di luar negara. Dikatakan di Mumbai sejak keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan liwat baru-baru ini.

Dan ura-ura menyebut, selepas Mumbai, dia nak ke Turki pula. Semua ini dalam pelan ‘road show‘nya untuk menjelaskan macam-macam termasuk ‘teraniaya’ dalam kes liwatnya.

Apabila pulang ke tanah air nanti, dikatakan dia akan menjelajah pula ke seluruh tempat, juga sama dengan isu penjelasan berkisar kes liwatnya. Semua ini akan diteruskan sehinggalah Parlimen dibubarkan yang dikatakan ramai dalam bulan tiga, empat atau lima ini.

Barangkali, tidak sukar untuk banyak pihak menjangkakan apa yang akan dibangkitkan Anwar dalam ‘road show‘nya itu kelak.

Dengan rekod lepasnya, ‘kelebihan’ dalam mengajak khalayak berada dalam ‘skop yang dipandunya’ pasti sekali akan diulanginya. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah ada kebijaksanaan dalam soal ini. Tentu sekali rakyat mampu menilainya.

Jika disorot tindak-tanduk individu ini pada masa lepas, di atas pentas ceramah, dia sememangnya mampu ‘menggayakan apa sahaja’ yang dikehendakinya. Tentu kita tidak lupa drama keracunan arsenik yang diadu-domba Anwar yang kononnya diperoleh akibat pemakanan oleh pihak polis. Isteri dan para pemimpin Adil (sekarang PKR) ketika itu menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku dan kaki menjadi hitam. Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya konon telah gugur. Maha dahsyat sekali. Namun, isu itu berlalu begitu sahaja setelah siasatan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darahnya.

Masih tidak ‘patah semangat’, sekali lagi isteri si Anwar menguar-uarkan dakwaan kononnya suaminya disuntik dengan darah HIV positif. Tetapi lihatlah, dia sekarang berada di mana sekarang. Sekali lagi isu itu mati. Dan disusuli lagi dengan drama kehidupan Anwar terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel. Masih berbohong lagi dan diikuti pula dengan lumpuh sakit belakang. Namun segalanya bohong belaka.

Yang terbaru pada tahun lepas Anwar muncul pula dalam program berita TV3 yang memetik kenyataan beria-ianya dalam satu ceramah di Pulau Pinang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diseret dan dihumban ke dalam lokap setelah menyertai perhimpunan haram Bersih.

Namun rakyat Malaysia terpaku pada masa sama apabila selang 20 saat, Abdul Hadi muncul dalam program berita sama mengakui polis bukan sahaja melayan beliau dengan baik, malah semua peserta perhimpunan haram itu telah diberikan layanan serupa sepanjang tempoh tahanan. Itulah Anwar.

Dan tentu sekali dalam ‘road show‘nya kali ini ada ‘buah tangan’ baru pula. Dari segi mengadu-domba, orang-orang dari PKR memang nombor satu. Masih ingat tak lagi dengan Azmin Ali, timbalan presidennya. Ketika pengundian baru memasuki tempoh separuh hari di Sarawak April tahun lalu, habis ditwitnya kononnya pembangkang telah menguasai Bumi Kenyalang sampaikan satu sidang akhbar khas terpaksa diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di IPD Kuching.

Anwar pula ketika itu, habis dicanangnya juga kekuatan PKR yang meletakkan calon di hampir 50 kerusi. Tetapi rakyat pun tahu akhirnya siapa yang menang.

‘Road show’ diketuai Anwar dalam negara pasti akan dilakukannya. Cuma dikhuatiri, ‘road show’ sedemikian akan menerbitkan ancaman ketenteraman awam sehingga menggugat sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang pada tahun lepas telah pun membawa negara ke tangga 19 negara paling aman daripada 153 buah negara di dunia.

Mungkinkah Laporan Global Peace Index (GPI) pada 2012 ini pula akan berubah secara drastik.

Terserah kepada rakyat untuk menilainya.
HOT : ANWAR BERSYUKUR TAK MASUK PENJARA KERANA PENGALAMAN DIRACUNI ARSENIK SERING MENGHANTUINYA??? HOT : ANWAR BERSYUKUR TAK MASUK PENJARA KERANA PENGALAMAN DIRACUNI ARSENIK SERING MENGHANTUINYA??? Reviewed by Empayar Pemuda on 3:05 AM Rating: 5

2 comments:

  1. Memang sesuai betul pasangan penipu ni. Confident gila lak tu bila kedua-duanya bercakap bohong. Sampai dah kantoi pun buat selamba je. Salah bangsa Melayu boleh ditipu berkali-kali. Jangan marah bila orang luar kata bangsa Melayu tak cerdik sebab boleh jatuh lubang yg sama berkali-kali dan ditipu oleh pasangan yg sama lak tu...Ketawa besar couple tua tu

    ReplyDelete
  2. Anuwar tidak pernah di suntik tapi dia yang "Menyuntik"

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.