Thursday, January 26, 2012


Pereka Australia, Carl Kapp pada Rabu membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai.

"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

kantoi lagi..

jadi kepada pencacai2 pakatan yang tak henti2 kutuk, tak habis2 komen pasal fitnah ni..bila nak mintak ampun kat rosmah? sia2 je pahala korang..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.