Thursday, January 12, 2012


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap membuat tohmahan untuk memburuk-burukkan badan kehakiman negara walaupun beliau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, pemimpin pembangkang itu dilihat seperti mahu mahkamah memenjarakan beliau agar mendapat modal politik untuk pilihan raya umum akan datang.

"Mereka (pembangkang) mengharapkan keputusan bersalah supaya ada isu yang dapat diperbesar-besarkan, tetapi apabila keputusan mahkamah adalah sebaliknya, mereka seperti mati akal dan terdesak untuk mencari isu baru.

"Apa pun, matlamat akhir mereka adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan serta badan kehakiman seolah-olah ia korup dan tidak boleh dipercayai rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita AFP mengaitkan keputusan mahkamah yang membebaskannya daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari adalah berkaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.

Menurut Azmi, dari segi logik masyarakat di negara ini agak sukar untuk mempercayai bahawa keputusan kes Anwar itu menunjukkan badan kehakiman negara tidak bebas dan dipengaruhi kerajaan.

"Sebenarnya apabila Anwar mengandaikan bahawa wujudnya tekanan dari luar, Anwar telah memburukkan kedua-dua pihak iaitu negaranya sendiri serta negara-negara lain yang selama ini dia cuba mencari simpati," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, Anwar sepatutnya bersyukur dengan keputusan mahkamah dan tidak terus memburuk-burukkan badan kehakiman dan kerajaan.

"Mahkamah adalah bebas membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang,'' katanya.

3 comments:

Saidsamadwokyoh said...

Saya setuju dengan pendapat Prof, Dr. Azmi Hassan..sila rujuk http://norehgetohore.blogspot.com/2012/01/anuar-menang-najib-beberapa-mata-di.html#comment-form

Anonymous said...

Jenis tak tahu bersyukur nikmat Allah

Anonymous said...

woi pencacai pkr, korg nampak x leader korg ni x reti nak bersyukur, jenis hati busuk, selfish! puih!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.