HOT : AMPANG DAN CHERAS DIJADIKAN HUB HIBURAN + SEX ALA PATPONG..


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan usaha pihak tertentu yang cuba menjadikan dua daerah di Lembah Klang di sini sebagai pusat hiburan ala Patpong, Thailand, dengan menawarkan ‘tarian tiang’ kepada pelanggan.

Kegiatan itu yang dikesan dilakukan oleh dua pemilik premis hiburan di Ampang Jaya dan Cheras tersebut baru-baru ini bagaimanapun berjaya dikekang polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, kedua-dua pusat hiburan itu dikesan menawarkan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini.

“Malah. penari itu terdiri daripada wanita tempatan yang berpakaian menjolok mata sambil melakukan ‘tarian tiang’ dengan aksi mengghairahkan.

“Wanita ini akan menari dalam aksi menggoda supaya pengunjung memberi mereka kalungan bunga yang setiap satu berharga RM20.

“Pengunjung yang memberi kalungan bunga juga berpeluang untuk meramas payu dara dan memegang tubuh wanita tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas beliau, kegiatan itu juga menyumbang kepada aktiviti pelacuran jika pelanggan sanggup membayar lebih daripada harga kalungan itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati RM10 daripada harga kalungan bunga tersebut akan diberikan kepada pemilik premis tersebut.

Katanya, bagaimanapun kegiatan premis yang mempunyai lesen tersebut tidak bertahan lama apabila polis melakukan serbuan beberapa minggu lalu.

“Dalam serbuan tersebut, kita dapati mereka bagaikan cuba untuk menghidupkan budaya hiburan tarian tiang ala Patpong,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai selain meningkatkan pemantauan terhadap pusat hiburan yang menawarkan aktiviti sedemikian. Utusan


**Penat pihak polis buat kerja nak menghalang tauke-tauke pusat hiburan ini menjana keuntungan dengan menjalankan aktiviti maksiat ini..malam ni serbu...esok perniagaan dijalankan seperti seperti biasa..apa kata pihak polis berkerjasama dengan TNB dan Syarikat Air supaya selepas diserbu bekalan mereka juga akan dipotong..Barulah aktiviti yang menyumbang dana terbesar pada DAP ini boleh dihentikan...tak gitu??
HOT : AMPANG DAN CHERAS DIJADIKAN HUB HIBURAN + SEX ALA PATPONG.. HOT : AMPANG DAN CHERAS DIJADIKAN HUB HIBURAN + SEX ALA PATPONG.. Reviewed by Empayar Pemuda on 6:26 PM Rating: 5

7 comments:

  1. mana boleh bro..nanti marah nuar aljub..puak pas tak boleh lah nak bergelek dengan chinadoll malam malam kalau asyik kena kacau macam ni.ronnie liu pun boleh botak 1 kepala kena macam ni.

    ReplyDelete
  2. macam mana tak penat, pintu sempadan dok terbuka dengan visa 360 hari(4 x keluar masuk lepas 90 hari).

    cuba desak ubah visa hanya sah 1 bulan dan maksimum 3 bulan dalam setahun.

    mesti lepas ni akan berkurangan masalah ni.

    ReplyDelete
  3. Malas nak ckp, masa BN perintah sama gak...BN ke PR ke sama aje..tak yah komplain lah. Kenape? Tak caye ke...aku brani kerat jari klau BN perintah lak takde bende2 ni...dua2 2x5...

    ReplyDelete
  4. pengusaha industri pelacuran dan lain-lain yg haram cuba ambil kesempatan dari dasar
    kerajaan pusat dan kerajaan negeri yg longgar
    segala segi undang-undang,peraturan dan penguatkuasaan!!!

    individu dan badan politik berkepentingan dapat habuan
    di sebalik industri ini...(cakap-cakap orang)..

    yg penting di situ ada penawaran di situlah ada permintaan atau sebaliknya....

    di mana-manapun aktiviti haram akan berlaku!!!

    hanya proaktif dari pihak penguatkuasa sahajalah
    utk benteras dgn buat risikan dan serbuan...
    serta mendapatkan sokongan rakyat utk beri maklumat ditempat masing-masing!!

    ReplyDelete
  5. Ini masalah yg dah berzaman....selagi ada nafsu yang tak terkawal bersemaraklah bak cendawan lxtbt ini...

    ReplyDelete
  6. Sama ja dekat penang dan selangor ni... selagi Dapig berkuasa.. selagi tulah maksiat akan berleluasa.. org dalam bg line kot..


    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete
  7. bila kena tangkap, hukumannya ringan sgt, depa tak takut lansung, eloknya lepas ni dpt tangkap penari2 ni sama tuan dia kena hukum sebat/rotan pulak..baru depa ingat dn takut.??!!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.