HOT : ADAM ADLI DIGANTUNG 3 SEMESTER..WAJAR ATAU TIDAK?



Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar sarjana muda pendidikan yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan banner pro-pelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

**Cabar jangan tak cabar...puak puak pakatankan banyak peguam yang hebat hebat..jadi bolehlah cabar universiti untuk tarik balik tindakan tatatertib yang dikenakan itu...manala tahu kot kot menang macam kes Anwar...tapi kalau kalah punok gak..lepas ni boleh la tolong berkempen untuk Anwar..kan itu yang lebih penting untuk Adam Adli..berpolitik daripada menamatkan pengajian
HOT : ADAM ADLI DIGANTUNG 3 SEMESTER..WAJAR ATAU TIDAK? HOT : ADAM ADLI DIGANTUNG 3 SEMESTER..WAJAR ATAU TIDAK? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:33 PM Rating: 5

24 comments:

  1. Patutnya dibuang terus... Dikhuatiri merosakkan anak bangsa ketika menjadi pendidik nanti.

    Spesis tak tahu malu dah kutuk kerajaan macam-macam tapi masih mahu bekerja dengan kerajaan. Poorah! Pegilah keje dengan dak nwar bapa segala peliwat kat Mesia ini.

    ReplyDelete
  2. Betul... UNISEL kan ada... Blh jadi guru di Kolej2 milik PAS dan PKR serta DAP... Jgn jadi pendidik, ndak sesuai... Di manakah nilai bakal seorang guru jika mendidik anak didik untuk tidak menghormati orang lain???

    ReplyDelete
  3. Buat apa ambik pelajar mcm ni? Org masuk U nak blajar tp tak...nak tunjuk hero, nak jadi pembela konon...waste time je..blajar tah kemana..tp menjerit2 mcm beruk. Patut buang je terus. Takde guna simpan budak mcm ni..

    ReplyDelete
  4. buang je patutnya.... ada org cakap adam adli ni anak saudara anwar.... sbb tu dia berjuang habis-habisan utk anwar...

    ReplyDelete
  5. buang jer patutnyer...bru die tau langit tue tinggi ke rendah....buang mase jer layan bdk x ckp akalllllll nie.... p/s:klau x suke tak payah ler nak tunjuk sangatttt.......

    ReplyDelete
  6. Perjuangkanlah kebajikan pelajar-pelajar disegi yuran, perpustakaan, penginapan di asrama, jadual periksa. Wakil pelajar seharusnya berdialog dua kali setiap semester dengan Vice chancellor dalam hal perkara diatas. Melalak dan berhimpun ditempat dan waktu yang meragui, apa agendanya? Menurunkan bendera Dato Seri najib itu apa relevannya? Bawalah dan perjuangkan kebajikan pelajar bukannya agenda politik mana-mana parti politik.

    Wakil rakyatpun bila bersuara, melakukan di dalam Parlimen termasuk cuepacs bersuara didewan yang disewa. Wakil-wakil Mahasiswa perlulah mulai hari ini bersikap matang dan profesional.

    Masukalah parti politik kalau benar-benar suka berpolitik bukannya ditempat pengajian UPSI.

    ReplyDelete
  7. Lebih baik jangan jadi guru la, nnti pening Pengetua dan guru2 lain. Lebih malang kalau murid ikut jejak langkah dia, wat demo bantai dia balik. Masa tu baru tau langit tinggi rendah

    ReplyDelete
  8. buang jgn tak buang... abiskan duit kerajaan je.. rosak ank bangsa kita.....

    ReplyDelete
  9. Mungkin pada pandangan kasar Adam Adli merasa seronok bercuti 3 semester, namun percayalah bila masa berlalu Adam Adli akan merasa kehilangan yang tidak boleh diganti, iaitu MASA. 3 semester amat lama (bukan 3 minggu, tetapi mungkin selama 2 tahun), seeloknya merayulah supaya diringan kepada 1 semester.

    ReplyDelete
  10. cikaro ni tak payah merayu...berhenti belajar dan masuk politik...untung2 dpt jadi calon PKR PRU13 nanti....budak baru nak hidup...

    ReplyDelete
  11. Patutnya diberhentikan terus....berlagak sangat...umur baru setahun jagung dah tunjuk lagak...entah apa yang nak diperjuangkan...eloknya htr budak hingusan ini ke Palestin, hah ..berjuanglah kat sana, itu lebih bermanfaat...

    ReplyDelete
  12. Tengok...punyalah baik UPSI...beruk macam ni pun kena gantung 3 semesta je...siap ada jawatankuasa lagi tu...HASSAN ALI sebut nama ANWAR je...terus kena pecat tuu..punyalah demokrasi Parti Ajaran Sesat=PAS niii.

    ReplyDelete
  13. Tengok muka dia pun dah tahu dah....akan jadi next pungguk panas AnuAr...biar dia - nak rasa sangat kan?

    ReplyDelete
  14. Dia Adam Adli tidak minat berlajar Dan jadi pendidik!

    Tidak sedar diri, duit Saku pun Mak Bapak beri. Opps sorry "Ayah Gula" yang beri atas perkhidmatan cermerlang untuk diperkudakan.

    Pihak University seharusnya buat Tsunami pembersihan terhadap pelajar2 begini di seluruh negara agar tidak Menjadi barah hina masyarakat.

    ReplyDelete
  15. BUANG AJE TERUS MENGHABISKAN DUIT RAKYAT SAHAJA.
    INI DIA MUKA YANG AKAN MEROSAKKAN ANAK BANGSA DAN NEGARA

    ReplyDelete
  16. kalao aku jadi vc mau gantung terus jaaa....biaq padan muka....sedangkan sekang nii dia dah boleh melawan pemimpin no 1 bayangkan nanti kalao jadi guru mau pengarah pelajaran negeri ponn mau dilawan niii

    ReplyDelete
  17. dapat masuk upsi keputusan pun cukup2 makan, lagak je lebih

    ReplyDelete
  18. Buang jer terus...Bagi tempat dia tu kat anak2 petani/nelayan dan anak2 orang yang susah/daif tetapi bijak untuk teruskan belajar. Dia sepatutnya berjuang kearah ini. Fikirkan satu model nak tolong bangsa...bukan musnahkan bangsa...

    ReplyDelete
  19. Tak usah nak gantung2.Buang saja. Kalau jadi pendidik merosakkan anak bangsa saja.

    ReplyDelete
  20. Kami guru-guru di Malaysia tidak mahu menerima seorang pelajar yang sungguh biadap dan bongkak.Perosak anak bangsa dan agama, tiada masa depan. Pergi lah jadi kuli batak PKR tu samapai mati...

    ReplyDelete
  21. aku sokong..buang terus ja budak kurang ajar ni

    ReplyDelete
  22. Wajar.. buang saja budak bermasalah ni. Kecik-kecik tam mahu mampus sudah besar menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  23. Patut buang terus biar dia rasa susah senang bila nak jadi pejuang bangsa (anwar) konon..hampas

    ReplyDelete
  24. Ada hikmat disebalik tindakan mengantung ini kpd Adam kerana dia bertuah menjadi Pemimpin Politik pada usia yg muda lagi yg ramai Melayu tak sempat . Ijazah hanyalah sekeping kertas , yang akan mengisi kertas kosong ini ialah pengalaman, dimana Adam dapat mengisi tanpa ijazah. Dengan pengalaman ini dia mungkin masuk terus ke University Luar Negara cam Harvard sebab di sana mrk meneliti 'leadership quality' dan bukan 'academic achievement' jadi adalah membanggakan Adam tahu apa yg dia perlu lakukan sekarang dan kemudian. Lagipun Ijazah universiti2 Malaysia bukan nya laku sangat kerana tahap quality yang amat rendah.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.