HOT : ADA AHLI PAS YANG SUDAH DESAK NIK AZIZ DAN HADI AWANG BERSARA KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN PAS??


UMAT Islam di Selangor, apatah lagi para penyokong dan pengikut tegar Pas tentu sekali'terbeliak biji mata' dengan perkembangan politik mutakhir di negeri itu.

Pada masa sama, mereka tertanya-tanya apakah Pas masih relevan lagi untuk mengusung 'nama' Parti Islam SeMalaysia setelah diketepikan begitu sahaja oleh PKR yang 'merampas' portfolio Hal Ehwal Agama negeri daripada parti itu.

Kalau mengikut nada Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman, nampaknya dia tidak kisah sangat dan tidak menganggap Pas dipinggirkan.

Tetapi dari skop yang lebih besar, umat Islam di seluruh negara, apa lagi Selangor melihat Pas dari hari ke hari semakin hilang taringnya dalam memperjuangkan isu-isu yang bersangkut paut dengan Islam. Di Selangor dan Pulau Pinang, Pas dilihat seolah-olah 'melukut di tepi gantang' dengan acap kali terpaksa tunduk kepada sekutunya, PKR dan DAP.

Menerajui portfolio agama di negeri sememangnya merupakan suatu tanggungjawab cukup besar. Ya, betul di beberapa negeri, portfolio Hal Ehwal Agama ada yang diterajui menteri besar. Namun di Selangor, isunya agak berbeza sedikit.

Ini kerana kedudukan Exco agamanya telah dirobek gara-gara komitmen dan sikap berpegang teguh kepada soal hukum-hakam oleh Datuk Dr. Hasan Ali dalam memperjuangkan isu-isu Islam.

Sememangnya, kalau hendak dikira, adalah wajar Hasan berperilaku sedemikian sebab ia memegang amanah nama Parti Islam SeMalaysia. Tetapi tidak disangka-sangka, usahanya itu hanya sia-sia belaka dan tidak digemari kepimpinan Pas Pusat.

Mungkinkah telahan umat Islam nanti akan melihat Abdul Khalid hanya sekadar 'boneka' kepada pihak lain dalam memegang portfolio agama nanti? Ini berdasarkan rekod pentadbirannya apabila bercakap dan bertindak dalam menangani kemelut isu-isu Islam di Selangor sebelum ini.

Umum pastinya tidak akan lupa apabila Abdul Khalid membuat kenyataan bahawa kerajaan negerinya tidak akan mengikut pelaksanaan undang-undang untuk minuman keras yang dicadangkan oleh Pas. Sebaliknya pihak beliau tetap dengan pendirian bahawa kawalan hanya akan dibuat oleh pengusaha & premis kedai itu sendiri.

Suatu ketika juga, kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid ini mencadangkan sebahagian wang kutipan zakat digunakan untuk membangunkan negeri itu kerana mendakwa Kerajaan Pusat enggan mengagihkan peruntukan kepada negeri yang dikuasai pembangkang.

Tetapi mujurlah atas keprihatinan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah melarang wang kutipan zakat diambil, dipinjam atau disalurkan untuk tujuan lain selain membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

Malahan, baginda turut mengingatkan pihak tidak berkaitan atau pihak luar daripada pentadbiran Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak campur tangan dalam pengurusan zakat negeri itu.

Pengalaman pahit Pas dalam isu Exco agama di Selangor semalam, seakan-akan mengulangi rekodnya di Pulau Pinang dua tahun lalu apabila portfolio agama yang diimpikannya terlepas kepada PKR.

Pas sebenarnya tidak ada apa di Selangor. Dan tambah malang dan menyedihkan lagi, Pas langsung tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan ahlinya seperti Hasan yang memperjuangkan ideologi perjuangan parti itu untuk kesejahteraan ummah
HOT : ADA AHLI PAS YANG SUDAH DESAK NIK AZIZ DAN HADI AWANG BERSARA KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN PAS?? HOT : ADA AHLI PAS YANG SUDAH DESAK NIK AZIZ DAN HADI AWANG BERSARA KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN PAS?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:53 PM Rating: 5

7 comments:

  1. memang patut pun dia bersara dah tua & dah tak perform dah..semua tindak tanduknya dah tak kene..apa nak tggu lagi..takkan nak tunggu padam kot..PAS pun dah nak jahanam..

    ReplyDelete
  2. Maruah PAS amat dihina terang2an. Namun Nik Aziz tetap berpegang boleh berkawan dengan syaitan itu boleh.

    Tak perlulah nak pecat dia. Eloklah dia memecat dirinya sendiri.

    Terjun ke Lurah Dendam sekali pun dendamnya tak habis.

    Inilah sifat2 mulia Mursyidul Am PAS. Buat keputusan mengikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasalah.

    Habis semua kena klentong dengan Kit Siang & Anwar.

    ReplyDelete
  3. Semalam apabila ditanya oleh pemberita TV3 tentang Pas kehilangan portfolio hal ehwal agama di Selangor Nik Aziz menjawab dia tak mahu ambil tahu tentang negeri orang dan dia hanya menjaga Kelantan saje.Begini kah perangai saorang pejuang agama Islam?.Apabila dia mendapati Selangor dah kucar kacir dia mencari jalan melepaskan tenkoknya sahaja.Tidakkah dia berasa bersalah kerana dialah orang Melayu berpecah belah dan Agama Islam tergugat di Selangor kerana keputusan beliau.Kalu begitu eloklah dia menarik diri dengan segera agar Haron Din boleh ambil alih dan memperbetulkan Pas semula.

    ReplyDelete
  4. Datuk Zulkifli Nordin dah bagitau yang Anwar ini kaki kencing tetapi Nik Aziz yang otak slow ni langsung tak percaya.Mungkin dia tak faham maksud.Bersaralah wahai orang tua bengap dan minta ampun banyak2 kepada Allah kerana mengunakan agama untuk mendapat sanjungan dan kuasa.

    ReplyDelete
  5. Sekarang Pas dah tak boleh dabik dada perjuangkan Islam. Negeri yang Pakatan dah menang dan perintah lama pun mereka tak boleh perjuangkan Islam. Bila ada DAP dan PKR mereka sudah kalah badi tak boleh perjuangkan Islam. Dah tak boleh kafirkan orang UMNO lagi la nampaknya. Allah telah selakkan permainan politik kotor mereka. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat.Allah tidak mengizinkan orang2 spt Hadi Awang dan Nik Aziz mempergunakan Agama Islam untuk kepentingan politik mereka semata2. Tidak diterima akal bagaimana mereka berdua seolah2 sedang bermimpi membiarkan hukum Agama Islam yang suci dihina oleh rakan pakatan mereka DAP & PKR. Jadi selama ini mereka hanya berlakon memakai serban dan jubah tetapi tiba bab mempertahankan Agama Islam mereka cuci tangan.Amat jelas mereka bukan pejuang Agama

    ReplyDelete
  7. Amat malang sekali semakin ramai bangsa Melayu yang tidak beramanah untuk mempertahankan kesucian Agama Islam.Khalid Ibrahim,Anwar Ibrahim,Khalid Samad,Hadi Awang,Nik Aziz,Ahmad Nizar,Mat Sabu adalah diantara yang langsung tidak mempedulikan sekiranya ada tindakan yang memperlekehkan Agama Islam demi untuk menjaga periuk nasi mereka.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.