GEMPAR : NIK AZIZ MENGAMUK BILA PERKARA NI KENA BATANG HIDUNGNYA SENDIRI..???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Barisan Nasional khususnya Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Md Alwi Che Ahmad agar tidak mencampuri urusan parti itu. Menurutnya, Alwi tidak berhak membuat desakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipecat atas alasan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno kerana Islam jelas membenarkan sebarang pertemuan di buat demi kepentingan agama.

“Dia orang Umno, Pas parti lain. Tidak usah campur hal orang lain. Sebab kalau kita campur hal orang nanti orang akan turut campur hal kita. “Jumpa dengan sesiapa sekalipun Islam sentiasa memberi peluang. Lebih-lebih lagi dengan orang bukan Islam, apatah lagi orang Pas jumpa Umno. Dengan cara ini kita beri peluang kepada orang itu mengenali Islam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu supaya Majlis Syura Pas yang diketuai Nik Aziz turut memecat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana membelakangi parti itu seperti yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Md Alwi dilaporkan berkata, Abdul Hadi datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). Bagaimanapun, beliau mendakwa, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.
GEMPAR : NIK AZIZ MENGAMUK BILA PERKARA NI KENA BATANG HIDUNGNYA SENDIRI..??? GEMPAR : NIK AZIZ MENGAMUK BILA PERKARA NI KENA BATANG HIDUNGNYA SENDIRI..??? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:42 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Memamg pelik... PAS sanggup nak sehidup semati dgn DAP dan PKR yg kita tahu cita2 perjuangan mereka. Paling utama, dua2 tak akan terima pelaksanaan hukum hudud dan banyak lagi yg PAS cita2kan. Bukti dah ada dan takkan PAS tak nampak??
    Sebaliknya, jika berbaik dan bersatu dgn UMNO dan BN,banyak yg PAS perolehi walaupun tak semua sebab gabungan dua umat Islam/Melayu. Tapi PAS tolak( diketuai Tok Guru) atas alasan UMNO tikam belakang dulu dan UMNO tak Islamik. Patutnya jika benar PAS perjuangkan Islam...maafkan apa yg terjadi...bersatu semula dan pengaruhi UMNO agar terus perteguhkan syiar Islam. Tentang alasan UMNO ada pakar2 yang tikam belakang..takkan dalam PAS takde pakar2 yang mampu baca semua tu dan tangkis...FIKIRKAN

    ReplyDelete
  2. PAS dah rosak...PAS hanya nak kuasa...
    Sebab tu dia lelong semua benda....

    Takdok apa nak heran pun....PAS for all..

    Lagi pun PAS bukan agama,...PAS adalah parti...

    ReplyDelete
  3. hari tu masa muktamar PAS cakap lain. Hassan Ali dan Ust Nasha dituduh pengacau dan tali barut UMNO. pasal tu kalah timb. presiden. Ustat sesat ni mmg samdol

    ReplyDelete
  4. “Jumpa dengan sesiapa sekalipun Islam sentiasa memberi peluang. Lebih-lebih lagi dengan orang bukan Islam, apatah lagi orang Pas jumpa Umno. Dengan cara ini kita beri peluang kepada orang itu mengenali Islam,”

    Hebat betol Pork Nik ni memberi ucapan yang aku agak org UMNO sendiri buleh terpedaya. Tapi, tahukah anda, semase DS Najib Razak pegi jumpe Pope Benedict di Vatican tahun lepas.. PM kite hebat dicanang agen Kristian, Murtad dan lain-lain oleh org PAS & PKR?

    IN YOUR FACE PORK NIK.hahahahaha

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.