Friday, January 20, 2012

Hebat betul Anwar, nak pinda undang-undang 377 yang sedia ada untuk menyelamatkan dirinya..

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik," dakwanya.

"Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda... supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud  untuk menghina orang," katanya yang juga ketua pembangkang.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.MK
Tahu tak undang-undang berkenan apa yang cuba dipinda oleh Anwar?? Anwar cuba untuk meminda untuk menyelamatkan peliwat-peliwat di Malaysia. Seksyen 377 (a), (b), (c) dan (d) Kanun Keseksaan yang merujuk kepada persetubuhan di luar tabii yang melanggar kejadian semulajadi.

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah mengenai siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat.

“Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali.

Kenyataan polis itu menjelaskan betapa sukar untuk menyelesaikan kes liwat.

Seksyen 377B mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
 
Untuk rujukan dalam pertuduhan ke atas Anwar baru-baru ini, beliau dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan.
 
Anwar juga berkata kita sebagai umat Islam tidak boleh menghukum individu itu jika dia melakukan perbuatan yang terkutuk itu kecuali dia melakukan di tempat yang umum..EP nak tanya Anwar...ada ke orang nak meliwat di tempat yang umum?? Bodoh ke apa nak buat benda jijik tu depan orang ramai.?
Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.
 
Kiranya Anwar bersetuju  dengan aktiviti liwat meliwat dilakukan, cuma yang dia tak bersetuju apabila seseorang itu dikenakan tindakan apabila dia melakukan aktiviti terkutuk ini di tempat persendirian macam yang dia kena? Sebabnya tiada bukti dan tak elok pi mengendap untuk dapatkan bukti..

 



8 comments:

Anonymous said...

hebat sangat hebat...alang mandi biarlah basah anwar ibrahim...

kesalahan seks bebas juga patutlah anwar ibrahim perjuangkan bukan sahaja meliwat dengan ini barulah betul perjuangkan untuk menghapuskan undang archaic.

meminjam petikan ep

"Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi."

jadi lepas ni jabatan agama islam mana2 negeri tak der haklah nak buat rush kat hotel2 sebab secara umumnya bila undang2 itu dibuah/dihapuskan apa yang jais buat akan dikira sebagai menganggu hak asasi manusia...

hermm hebat sungguh pakatan...kalau buta mata dan hati tu kita dah tak tau nak cakap apa NI BUTA OTAK DAN SYAHDAH...MAZHAB MANA YANG SETUJU DENGAN ANWAR NI????TOLONG USTAZ2 PAS BAGI CERAMAH SIKIT...

Anonymous said...

suka hati dia la nak pinda undang-undang mane dila dia jadi PM.lu orang sakit mana.

Anonymous said...

umNGOK tahu fitnah je. nak matikn kerier politik Anwar dgn cara jijik

Anonymous said...

Fitnah kepala bapak kau..tu kan kenyataan nuar brahim sendiri tu..siap ada macam2 video dan rakaman lagi tentang apa yg dia cakap...kau ni pekak ke buta ke hapa?..

Anonymous said...

kalau otak dah jumut.. nuar cakap seks bebas boleh diamalkan...pecacai dia tetap akan sokong dan akan ikut..yg disalahkan pasti kerajaan...hampehh pecacai...

Anonymous said...

Memang laa dia tu PM sapa tak kenal (Peliwat Malaysia)

Anonymous said...

kalu dah dengki apa sj anuar ckp semuanya nak diputar belit. umngok sj yg betul

Anonymous said...

Abih ..apa saja kebaikan yg najib buat korang tak putar belit ke?..nuar brahim je yg betul..aku nak tanya kau,apa kebaikan yg dibuat dek nuar selama ni?..kawan2 rapat semua dah lari..yang Islam lari,yg kapir pun lari...apa maknanya tu?..oohh..lupa lak aku..UMNO bayar diorang suruh lari ye tak...come on la bro..bukak mata hati tu sikit..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.