GEMPAR : HAK DR YUNUS DINAFIKAN OLEH KHALID GAGAP DAN DAP??..PERKENAN ISTANA DIPERTIKAIKAN??


**APA CERITA DR YUNUS DINAFIKAN HAKNYA...ADAKAH CALON PAS TIDAK LAYAK UNTUK MEMENGANG JAWATAN EXCO AGAMA....MALU LAAAA...NAMA JE PARTI ISLAM TAPI TAK BOLEH JAGA HAL EHWAL ISLAM


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat rombakan kecil ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali, hari ini.


Dr Ahmad Yunus, yang mengangkat sumpah pagi ini, akan mengetuai Jawatankuasa Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.



Perkara itu diumumkan oleh Khalid selepas upacara mengangkat sumpah yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor.



Beliau sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.



Dengan rombakan kecil ini, Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam,  Infrastruktur dan Kemudahan Awam.



Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.



Khalid juga mengumumkan bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman, yang sebelum ini disebut-sebut akan menggantikan Hasan, dilantik sebagai pengerusi skim kredit mikro Selangor (Skimsel) manakala Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula akan memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu (Padat).



Dr Shafie juga disebut-sebut sebagai antara calon yang dipertimbangkan bagi menggantikan Hasan.
GEMPAR : HAK DR YUNUS DINAFIKAN OLEH KHALID GAGAP DAN DAP??..PERKENAN ISTANA DIPERTIKAIKAN?? GEMPAR : HAK DR YUNUS DINAFIKAN OLEH KHALID GAGAP DAN DAP??..PERKENAN ISTANA DIPERTIKAIKAN?? Reviewed by Empayar Pemuda on 1:41 PM Rating: 5

7 comments:

  1. hahahaha PAS dak kena main, lagi nak kata DAP tak tunggang PAS

    ReplyDelete
  2. jaga adat istiadat melayu?? pejuang islam jaga istiadat bangsa melayu, kena rujuk nik ajiz ni, bukanke melayu2 ni asobiyyah, tak ke jauh dr landasan perjuangan isle pas, melayu2 tak main le khalid wooi.

    Satu lagi penghinaan pkr pada pas, mana pergi perjuangan islam nanti kalu dpt putrajaya kelak, pejuang islam tak beri jaga hal2 islam, aduss sedihnya aku, mana yg lantang kata nak berjuang islam dlm pas tolong komen sket

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu komen nik aziz dan hadi awang. apa kata mereka

    ReplyDelete
  4. Kah...kah..kah..YB bagi sebuah parti yang mengatakan konon nya mereka lah pejuang Islam sejati cuma layak jaga portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan sahaja...ape ke hee..yoep..takde Pak Lobai PAS yang layak ke...tu laa jangan main cakap dan tunjuk lagak jee udah terbukti PAS bukan berjuang berlandaskan islam sehinggakan rakan sebantal pun dah tak percaya...Pak Lobai PAS cuma layak dijadikan hamba tunggangan dan kuli batak sahaja..itu lah hakikat sebenarnya..
    Yang tergelak nya bapak segala permasalahan dan kemusnahan Selangor dijadikan exco yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam..makin senang sikapir mempermainkan umat islam di Selangor ni disebabkan siGagap tu cuma boneka jee..adusss...kesiannya rakyat selangor..

    ReplyDelete
  5. Si Gagap ni nak pegang portfolio Hal Ehwal Islam? terang2 nanti banyak lg kes kes isu gereja memurtadkan org islam.. Nauzubillah...



    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete
  6. Saya nampak perkara ini dari perpektif yg berbeza dan stategi si Khalid ini amat merbahaya kpd UMNO Selangor. Dr Rani akan full time dgn pas utk pru 13 dan itu pun memang kehendak nya, tampa gangguan utk berfikir dlm pentadbiran negeri. Dan Khalid akan direct command JAIS dan MAIS melalui Sultan Selangor yg dia kerap sangat jumpa di istana.

    Strategi utk hadapi PRU yg hampir sangat ini cukup membahayakan UMNO Selangor kerana isu isu agama, direct Khalid bolih guna kuasa MB utk nasihat Sultan tampa gangguan JAIS dan MAIS.

    Penasihat si Khalid dlm bab agama ini tentu nya dari pas.UMNO kena hati- hati, silap- silap untuk control masjid dan surau cuma tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  7. ANON 2:42 NI DAH TAK DE AYAT NAK PUSIANG MENEPIS SEGALA ANDAIAN KITA AGAKNYA. SEHINGGALAH MENDAKWA BAHAWA PENASIHAT (SAJA?) KPD KHALID TENTUNYA PAS. HA HA HA HA ! BEGITULAH PARTI ASSOBIYYAH KAHAWARIJ NI CUBA MEMPERTAHANKAN KEKALDAIAN PEMIMPIN MEREKA DALAM ARENA POLITIK.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.