Saturday, January 21, 2012


SATU perkara yang tidak mahu diakui oleh Pas adalah parti itu hanyalah kuda tunggangan dan pak turut dalam pakatan pembangkang. Bagi Pas, semua itu hanya fitnah, tohmahan dan agenda politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Pas terlalu sukar untuk mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya ingin memperalatkan kemampuan serta kekuatan Pas bagi meraih sokongan undi terutama di kalangan sesetengah orang Melayu yang terlalu percayakan kepada perjuangan Islam Pas.

Tetapi Datuk Abdul Hadi Awang sendiri begitu mempertahankan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malahan dalam satu perhimpunan Presiden Pas itu berkata, ‘‘Tidak apa DAP memperkudakan Pas, Pas memperkudakan DAP yang penting jangan diperlembukan oleh UMNO.’

Dan terbaru beliau berkata, tiada sesiapa pun yang menjadi tunggangan dalam pakatan pembangkang, sebaliknya pakatan itu bersatu demi menumbangkan BN.

Namun apa yang berlaku di Selangor sudah menjadi bukti bahawa Pas hakikatnya hanya dipandang sebelah mata oleh PKR dan DAP. Mereka tidak pernah mahu menganggap Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebab itu portfolio Hal Ehwal Agama tidak diberikan kepada wakil rakyat.

Pas dan pakatan pembangkang boleh berhujah apa sahaja berhubung perkembangan terbaru ini tetapi apa yang pasti orang Melayu semakin yakin bahawa maruah Pas seperti kata Datuk Dr. Hasan Ali sudah dipijak.

Apakah Pas masih bermaruah apabila tunduk kepada PKR apabila memecat Dr. Hasan kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, membatalkan arahan penjualan arak di kedai 24 jam dan membatalkan arahan melarang pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadan.

Malahan sebelum ini Pas juga terpaksa mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata desakan DAP, oleh itu apakah Pas masih menganggap ia sebuah parti yang bermaruah jika sentiasa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP? seterusnya...

5 comments:

Anonymous said...

Bangsat punya melayu dia ni tak cukup islamnya ni.. apa nak jadi kau ni HADI..

Anonymous said...

Dulu mereka bodoh bersendirian, kini mereka bodoh dengan mengalas beban diatas belakang. Mereka berusaha gigih utk menang, tapi kemenangan sebenar adalah milik tuannya. (PKR & DAP).

penyokongketuanan said...

Lebih lama An Wat jadi calon PM lebih seronok bagi rakyat. Lawak mereka kelakar. Biar kita tengok lawak macamana lagi nak dipersembahkan. Terang-terang dia ngaku diperkuda, bukan diperlembu! Buat lawak lagi tuan Haji!

Anonymous said...

rasanya ulasan hj hadi tu sambil terbayang-bayang muka nik aziz..jage ati nik ajis..sbb rasanya dgn cabaran skrg dia dh nampak perlunya sgt penyatuan org islam/melayu..dgn sbb itulah dikatakan antara tokoh pas yg cuba utk penyatuan pd era paklah itu ari..

Anonymous said...

Kalau ketua Lembek tak boleh, dia kena tegas tak boleh tak apa....itu bukan ketua namanya, itu hanyalah melukut...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.