Wednesday, January 18, 2012


EP rasa mesti puak-puak DAP kecewa apabila nama Dr Rani iaitu kuda yang bakal menjadi tunggangan mereka tersungkur di pintu istana sebaliknya nama Dr Yunus dipilih untuk menggantikan Dr Hasan Ali sebagai Exco. Kita dapat lihat bagaimana pulisiti besar-besaran yang diberikan kepada Dr Rani oleh portal milik DAP iaitu Malaysiakini dan Malaysian Insider dengan mengangkat namanya semalam sebagai calon pilihan yang paling layak untuk menggantikan tempat Dr Hasan Ali tetapi malangnya percaturan mereka tidak menjadi kenyataan.

Pada kebiasaan kedua-dua portal milik DAP ini akan cuba untuk menjadi portal yang pertama melaporkan apa apa saja berita yang menjadi kontroversi mendahului mana-mana portal atau akhbar online yang lain tetapi perkara ini tidak berlaku bagi berita mengenai perlantikan Dr Yunus sebagai Exco menggantikan Dr Hasan Ali.. Kedua-dua portal ini sekadar melaporkan berita Dr Yunus mengangkat sumpah di Istana.. cuma Harakah saja yang main cerita nama Dr Yunus dipilih menggantikan nama Dr Hasan Ali...

EP ucapkan tahniah pada Dr Yunus dengan perlantikan ini dan berharap dengan amanah yang telah dipertanggungjawab sebagai Exco Agama Islam, Dr Yunus dapat menjalankan tugasnya dengan baik  dalam menjaga maruah dan kepentingan orang Islam di Selangor sama seperti Dr Hasan Ali tanpa dipengaruhi atau menjadi kuda tunganggan oleh mana-mana parti politik..


ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.
Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.
Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu. - Malaysiakini



4 comments:

Anonymous said...

Rani frust menonggeng, kuda dap cacat

ANAK SELANGOR said...

HARAP DR RANI BANYAK2 BERSABAR DENGAN DUGAAN INI

Anonymous said...

salah tu pencacai. DAP kecewa sebab NOH OMAR kena sound dgn MUhyiddin yassin semalam.. kihkihkihkih..

Anonymous said...

EP tolong periksa balik, dr ahmad yunus ni pegang portfolio apa?

rasanya pagi tadi portfolio dah bertukar tangan. portfolio hal ehwal agama bukan lagi ditangan dr ahmad tapi MB..

minta tolong sah kan berita

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.