Friday, January 13, 2012


Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera.UM

7 comments:

Anonymous said...

IKAN BILIS NAK LAWAN JERUNG HAHAHAHA...AZMIN AZMIN

Anonymous said...

azmin ni mulut longkang & tingkahlaku mcm bangkai..dia cuma layak jd pemimpin kangaroo dlm pakatan haram je...dia yg meliwat je yg sokong peliwat & penzina..selamatkn malaysia drp manusia brhati bangkai ni....

Anonymous said...

aku memang suka sangat kalau ada org yg berani sumpah seranah tun mahathir tu...puak2 umno duk ampu2 gila org tua tu...kami cikgu2, hakim, lawyer,dari dulu duk menyumpah seranah bapak penjahanam negara tu...sebabnya kami yg merasa kesan dari kejahatan dan kekejaman pemerinthannya yg disambung pulak oleh najib

Anonymous said...

aku lawyer bin aku cikgu kwn 2 aku hajim takder pulak nak sumpah seranah tun M dia okey jer malah malaysia aman makmur....SYUKUR RAHMAT DARINYA....

Anonymous said...

BODOH SOMBONG AZMIN NI. ORANG YANG TAK SEDAR DIRI.APA JASA DIA KEPADA NEGARA? SATU HABUK PUN TAK ADA. MEROSAKAN NEGARA ADALAH, DENGAN PERHIMPUNAN DAN DEMONSTRASI PAKATAN HARAMNYA.

KAU MEMANG TAK LAYAK UNTUK DIBANDINGKAN DENGAN TUN MAHATHIR.UMPAMA LANGIT DENGAN LONGKANG.

KEDUDUKAN KAU DILONGKANG AZMIN.CAKAP KAU MACAM SAMPAH SARAP YANG TAK BOLEH DI GUNAKAN.

JASA TUN MAHATHIR LAH YANG MENGHIDUPKAN KAU DAN GOLONGAN BIJAK PANDAI PARTI HAMPAS HARI INI.MALAYSIA MAJU ADALAH HASIL IDEA TUN MAHATHIR UMNO, DAN BN SELAMA LEBIH 20 TAHUN.

BUKAN PARTI HAMPAS YANG MEMERENTAH 3 TAHUN JAGUNG YANG PENUH MASALAH DIKEDAH, P PINANG DAN SELANGOR.DIKELANTAN MASALAHNYA LEBIH PANJANG LEBIH 20 TAHUN SELAMA PEMERINTAHAN PAS.

Anonymous said...

aku juga cikgu dan kawan2 aku juga cikgu... kami semua bersyukur dengan allah kerana memberi kami pemimpin seperti TUN MAHATHIR.. mana nak dapat peluang belajar kalau hak bumiputra x dijaga... kamu dapat ilmu free ke...

Anonymous said...

TUN MAHATHIR adalah pemimpin yg tbaek pd abad ini dan blh dijadikn idola selain Nabi Muhammad S.A.W.. walaupun beliau xsebaik n xsesempurna Nabi, tapi beliau yg terbaik pada masa kini.. Ada ke pemimpin lain yg masa nie mcm beliau..

dulu, masa zaman pemerintahan beliau, cadangan utk bina jambatan pulau pinang.. org kata dia bodoh laa ape laa.. tp tgk laa skrg?? sape yg ckp beliau bodoh tue, awat hang p guna jmbtan tuhh?? siap wt yg kedua ag kn??

TUN MAHATHIR nie memandang ke hadapan, bkn pemikiran yg singkat.
masa zaman kegawatan eko dulu, beliau mhalang Anwar tuh utk bt pinjaman dgn bank duni.. TUN cuba cari alternatif lain.. cuba bayangkan klu masa tu anwar ni p bt pnjaman tuh?? negara kte blh dikatakn di jajah utk kali kedua dgn Amerika tuhh...

dgn itu, sy bsyukur Allah kurnniakn Tun Mahathir sbg pemimpin Malaysia..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.