Saturday, January 21, 2012



PENULIS tertarik dengan dakwaan Pengerusi Bersih II dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan mengenai kewujudan wang bernilai RM 1 Trillion di luar negara yang didakwa dibawa keluar pemimpin-pemimpin UMNO hasil dari penyelewengan dana kerajaan.

Ya, RM 1 trillion dengan sembilan angka kosong di belakangnya. Secara peribadi, penulis sendiri mahu melihat wang sebanyak itu dibuktikan kewujudannya dalam bentuk dokumen kerana ia pasti akan melenyapkan terus UMNO dari mukabumi ini. Tapi selepas difikir-fikirkan semula dan penulis rasa semua rakyat dalam negara ini juga bersetuju dengan penulis, di manakah logiknya wang sebanyak itu wujud?

Penulis yakin memang ada penyelewengan dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO melalui pemberian kontrak-kontrak kerajaan kepada kroni-kroni mereka, cuma menunggu masa untuk dibuktikan. Penulis mendengar, bagi setiap kontrak kerajaan, sejumlah wang daripada nilai keseluruhan kontrak, akan dikhaskan untuk dibayar balik kepada UMNO.

Tapi benarkah hasil penyelewengan itu boleh mencapai nilai sebesar RM 1 trillion? Katakanlah pemimpin UMNO menyelewengkan 5% daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2012 (RM 51.2 billion), mereka hanya mampu mengumpulkan sekitar RM 2.5 billion untuk tahun 2012 sahaja. Katakanlah jumlah sama (RM 2.5 billion) dikumpulkan UMNO sepanjang 54 tahun, ia masih lagi jauh daripada jumlah yang disebutkan Ambiga , RM 1 trillion.

Itu kalau jumlah perbelanjaan pembangunan sama setiap tahun selama 54 tahun; yang mungkin amat mustahil! Bajet tahunan negara (RM232.8 bilion) pun tidak sampai setengah dari jumlah RM 1 trillion yang disebutkan Ambiga. Rizab Bank Negara Malaysia di luar negara setakat September 2011 adalah sebanyak RM 414.5 billion.

Logiknya, kalau pendapatan dan simpanan negara pun tidak mencecah setengah daripada nilai RM 1 trillion yang disebutkan Ambiga, bagaimana UMNO mampu menyeleweng wang sebanyak itu?.

Tidak kurang penting ialah siapa pula yang diamanahkan untuk menyimpan wang sebanyak ini bagi pihak UMNO sejak zaman berzaman? Pengurus dana, orang perseorangan? Penulis faham Ambiga sedang membina reputasinya untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang dengan membangkitkan hal-hal tersebut, tapi rakyat Malaysia ini bukan lagi mudah diperbodohkan seperti dahulu.

Hari ini rakyat bijak menyoal balik pemimpin yang membuat tuduhan, bukan setakat menadah sahaja jawapan yang diberikan. Ambiga boleh mencontohi kepimpinan PKR dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) yang bersedia dengan dokumen, walaupun hanya sehelai kertas untuk menyokong dakwaan mereka. - Sabahkini

7 comments:

Anonymous said...

pria2 biawak ni da terlebih belit

Anonymous said...

dasar paria anjing makan babi...

sama la jugak dengan kaki jubur...

pejuang hamas...

Anonymous said...

mereka cakap pasal itu aje yang pengikut mereka suka dengar. pengikut mereka lebih suka fitnah daripada fakta, tanpa bukti daripada terbukti, mengarut daripada tersurat dan tersirat. kalu fakta, bukti, tersirat dan tersurat semua kena guna kepala otak. tapi bila dah guna kapla lutut, fitnah lebih mudah untuk faham.

penyokongketuanan said...

Terlebih goreng, jadi pahit

Anonymous said...

Budu punya pompuan, bikin maluk saja

ju-in (azureen) said...

ini bukan saja duit ahli politik dari umno saja. Yang tak istihar harta . BANK DI ISRAEL, SINGPORE DAN DUIT DARI HASIL JENAYAH LAIN YANG TIDAK DI KETAHUI

Anonymous said...

cakap saja bole la budak.... ada bukti?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.