Saturday, January 21, 2012


Tahniah Datuk Seri Najib kerana berjaya dalam usaha untuk mendekati pengundi muda menggunakan saluran media baru. Ternyata usaha yang dbuat selama ini berhasil dan pastinya menmbuatkan pihak pembangkang tak senang duduk...

Jumlah pengikut laman sosial Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada jam 4.59 petang mengumumkan: "Jumlah pengikut saya di Twitter sudah melepasi 400,000 orang.

"Terima kasih atas sokongan anda semua. Di harap interaksi kita akan berterusan."

Pada pukul 6.31 petang tadi, Najib yang tweet @NajibRazak sejak 21 Sept 2008 berkata, beliau gembira dan terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut.

"Saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk anda semua dan negara," katanya.

Walaupun mempunyai jadual padat hari ini, Najib meluangkan masa untuk tweet mengenai aktivitinya dengan memaklumkan pengikutnya tentang lawatan kerjanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula di Wangsa Maju pagi tadi.

Beliau juga mengambil masa untuk membalas pesanan yang dihantar oleh pengikut-pengikutnya.

Pesanan balas oleh Perdana Menteri itu secara peribadi kepada pengikutnya telah berjaya dalam berinteraksi dengan rakyat.

Selain Najib, ramai ahli politik termasuk pemimpin pembangkang turut mempunyai pengikut di Twitter.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini mempunyai seramai 126,440 pengikut, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, memiliki 276,230 pengikut dan penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mempunyai 48,675 pengikut.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempunyai lebih ramai pengikut di laman Twitternya iaitu 30,463 berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 11,666 pengikut. - Bernama


1 comments:

Anonymous said...

LGE lg rmai dari DSAI

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.