Tuesday, January 24, 2012



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini menteri kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.

Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengistiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. BERNAMA

Monday, January 23, 2012



Perkara terakhir yang akan terlintas difikiran penulis ialah Pas tidak dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama Islam di mana-mana tempat Pakatan harami ini berkuasa.

Pas sudah lebih 60 tahun mempromosikan parti itu sebagai parti Islam, hudud, negara Islam dan terbaru negara kebajikan – sebab Pas baru sedar ia negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, macam mana entah boleh terlepas pandang selama 60 tahun.

Itu satu hal, satu hal yang lain, sudah jadi kebiasaan Pas akan menggelar ahlinya sendiri dengan pelbagai gelaran baik-baik seperti ustaz dan ustazah, manakala yang agak tinggi akan diberi gelaran tok guru dan sebagainya.

Semua itu untuk mempromosikan dan mendoktrinkan Pas sebagai parti Islam yang ‘tersohor’ dalam ini negara.

Tapi semuanya berubah kini bila Pas di Selangor diberi tugas jaga hal sukan dan adat resam Melayu (fungsi mirip perjuangan UMNO yang seringkali dituduh rasis ini).

Soal adat resam Melayu ini penulis kurang nak mengulas sebab sudah diulas dengan baik oleh rakan penulis yang lain. Penekanan penulis hari ini ialah pada portfolio sukan yang sebelum itu dipegang Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.

Selangor ini negeri penting untuk dijadikan rujukan tentang bentuk kerajaan pakatan harami ini kalau berjaya memerintah Malaysia kelak sebab hanya Selangor sahaja di mana gabungan 3 parti pembangkang ini benar-benar berpakat. 3 negeri yang lain itu dikuasai secara solid oleh Pas dan DAP, kalau ada pun diselitkan Exco PKR, itu hanya wayang untuk rakyat nilai kononnya depa ini berpakat.

Tidak lebih dari itu.

Jadi bila di Selangor Pas diberikan fungsi jaga sukan, apakah jenis penghinaan yang cuba ditonjolkan itu? SETERUSNYA..




BEBERAPA bulan lalu sekumpulan 13 orang guru dari sebuah sekolah rendah di Bayan Lepas, Pulau Pinang meminta ditukarkan ke Kepala Batas di Seberang Perai Utara.

Dikatakan mereka tidak mampu lagi tinggal di Tanjung. Harga rumahnya oh! terlalu mahal. Jalan terdekat ialah tinggal di Sungai Petani, Kedah tetapi mengajar di Kepala Batas.

Hampir empat tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengusahakan langsung pembinaan satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah. Hanya rumah berkos tinggi dibina.

Rakyat Singapura dikatakan banyak membeli rumah dan hartanah di negeri itu. Harga rumah mencecah antara RM400,000 hingga RM700,000 sebuah di Balik Pulau sahaja.

Bukan sahaja orang Melayu berkeluh-kesah akan hal ini, kaum Cina pun begitu juga. Mereka pergi mengadu ke pihak Barisan Nasional (BN). Tetapi apa nak dibuat, kuasa di tangan orang lain.

Setiausaha Barisan Nasional Pulau Pinang yang juga ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) yang ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui penghijrahan penduduk Tanjung ke tanah besar semakin meningkat akhir-akhir ini. Sebabnya, harga rumah yang menjulang.

Mengejutkan. Tetapi hakikatnya perlu diterima. Tiada satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina oleh kerajaan negeri DAP dalam tempoh beberapa tahun ini.

Pengakuan itu datang daripada Exco Perumahan parti itu sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) awal tahun lepas.
Soalnya, berapakah jumlah rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina, kalau tidak pun dalam 2009/2010 oleh kerajaan negeri menggunakan dananya sendiri atau melalui anak syarikat dan jabatan negeri.

Exco Perancangan Desa, Perumahan Dan Kesenian, Wong Hon Wai pernah menjelaskan, sejumlah unit rumah dibina tetapi semuanya oleh syarikat swasta.

"Depa bagi '100 Ringgit' boleh tetapi pembelaan kepada orang miskin perlulah dilakukan. Jangan asyik main politik, jangan dok gila heboh ada bajet surplus tapi tak ada pembel aan. Dulu pun kita (BN) ada surplus tapi masih bina rumah kos rendah," kata Hilmi lagi.

Beliau seterusnya merujuk Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai Pulau Pinang. Antaranya, peruntukan pembangunannya berjumlah RM379.77 juta kepada sembilan jabatan, yang mana perbelanjaan hanya RM225.95 juta atau 59.5%.
Sejumlah lima jabatan, prestasi lebih 90%, dua jabatan prestasi 80% - 89%, satu jabatan prestasi 70% - 79%. Yang paling rendah ialah Pejabat Ketua Menteri iaitu hanya 54.7%. Ini kerana terdapat 23 projek yang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan.
"Apa projek-projek itu? Ia melibatkan enam projek pembesaran masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah kos rendah, tiga projek penyesiatan untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang, dua projek membina Mahkamah Syariah serta masing-masing satu projek pembangunan sukan, pembangunan ICT dan projek bekalan air," katanya.
Hilmi juga menarik perhatian mengenai projek di tapak tebus guna tanah di utara Queensbay.

"Apa sudah jadi? Dulu masa BN dah diluluskan satu projek perumahan bercampur, rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi, lengkap dengan sekolah dan masjid.

"(Tetapi) sekarang di bawah Lim Guan Eng, Pas dan PKR, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dah hilang, yang ada rumah kos tinggi sahaja... sekolah dan masjid pun hilang juga.

"Macam ni pun rakan kongsi - Pas dan PKR tak berani tegur Guan Eng. Elok tak payah jadi kerajaan. Makin lama, makin terhakis hak kita," kata Hilmi.

Bukan sahaja rumah kos rendah, kata Hilmi, Masjid Teluk Kumbar juga menjadi 'mangsa'.

"Tanah tapak masjid Teluk Kumbar telah pun diambil oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tiga tahun lalu tapi tidak wakafkan. Sebaliknya 'dia' letak tanah tersebut di bawah syarikat kerajaan negeri. Tajuk tanah tersebut ialah rumah ibadat.

"Kalau rumah ibadat, ia bukan untuk masjid sahaja. Apa maknanya? Kariah Teluk Kumbar nak minta peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk bina masjid tapi tak boleh kerana tanah bukan wakaf," kata beliau.

Semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu, perkara sebegini tidak pernah berlaku. Kerajaan negeri BN dahulu ambil tanah untuk kegiatan agama Islam sama ada untuk masjid, surau, sekolah agama dan kubur orang Islam. Semuanya terus diwakafkan. Puluhan ekar tanah telah diambil untuk tujuan tersebut. Tidak ada masalah. Semuanya terus diwakafkan.

"Apa sudah jadi dengan rakan kongsi - Pas dan PKR dalam kerajaan Pulau Pinang. Takutkah nak tegur orang itu," kata Hilmi.

Beliau turut menarik akhbar ini mengenai kedudukan Sekolah St. George Balik Pulau. Ketika ini yang belajar di situ adalah anak-anak dari kawasan sekeliling dan sehingga Sg. Rusa, Sg. Pinang, Air Putih dan Paya Kongsi.

"Pihak gereja sudah bagi tempoh sehingga tahun 2016 untuk ambil balik. Maknanya, hilang satu sekolah menengah dan satu sekolah rendah di kawasan Balik Pulau.

"Memang masa BN dulu telah dirancang satu sekolah menengah dan sekolah rendah di Air Putih (DUN Guan Eng), tetapi di mana ia sekarang? Malah, di tapak yang diperuntukan percuma oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah menengah dan sekolah rendah, diprojek Botanica CT, apa dah jadi?" Soal Hilmi.

Menurut ADUN Teluk Bahang itu lagi, kerajaan negeri sudah memberinya kepada Sekolah Antarabangsa Prince of Wales. Sekolah pun dah siap dibina dan beroperasi.

"Guan Eng kata dalam DUN nak ganti tanah itu dengan tanah lain di kawasan Air Putih, juga secara percuma. Tetapi sampai hari ini tak ada apa-apa pun. Masa terus berjalan. Datuk Halim Speaker orang kuat PKR buat apa? Tak berani nak tegur ke?

Pendedahan oleh Hilmi ini baru sedikit sahaja. Belum pi jauh lagi. Jelutong, Bukit Gelugor dan banyak lagi. Apa dah jadi?

Dahulu kata UMNO halau Melayu. UMNO 50 tahun jadi kerajaan pun tidak serakus ini.




Kalau pasal poster dan banner pun nak bergaduh..macam mana nak la perintah Malaysia...alamat lingkup lah Malaysia...hahahahha

Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar isu tanah Tan Hak Ju setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 11 Januari lalu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, keputusan yang dibuat itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak terbabit dengan sebarang skandal rasuah.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berterima kasih kepada BN kerana keputusan Mahkamah Rayuan itu memihak kepada kerajaan.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang telus, Guan Eng hendaklah membuat kenyataan dan menceritakan perkara yang sebenarnya kepada rakyat agar rakyat mengetahuinya.

"Guan Eng juga perlu membayar RM500,000 dan dia kena bertanggungjawab untuk membersihkan nama kerajaan BN terdahulu yang dituduhnya mengamalkan rasuah," katanya.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menarik balik perkataan penipuan dan skandal berkaitan isu tanah itu seperti yang dikeluarkan dalam Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hock Nan berkata, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 Januari lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar kerajaan membayar RM40 juta kepada Hak Ju.

Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 sahaja kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggung sepanjang perbicaraan kes itu.

Sehubungan itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, Guan Eng jangan bermain politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

"Inilah kerja kerajaan DAP yang hanya suka memutar belit isu dan mencari kesalahan dengan memburuk-burukkan kerajaan terdahulu," katanya. Utusan

KALAU ANWAR JADI PM, 377 AKAN DIPINDA UNTUK MENYELAMATKAN DIRINYA DARIPADA DIDAKWA? ALASANNYA MENGHINA DAN MENGAIBKAN?? LEPAS TU YANG PONDAN PONDAN NI DOK JAJA BONTOT MEREKA MULIA SANGAT KE? KALAU TANGKAP SAT GI KATA NAK MENGHINA PULA???

GEORGETOWN — Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit. — BERNAMA

Sunday, January 22, 2012

Tengok macam mana pemikiran puak-puak pembangkang...Apa aja yang menyebelahi mereka semuanya baik dan apa yang yang tidak memberi kelebihan pada mereka, semuanya salah kerajaan bertujuan nak menghalang Anwar jadi Perdana Menteri.

Surendran ni seorang peguam atau tidak? Buat kenyataan macam orang .... Bukan ke sudah tertakluk dalam perlembagaan selepas keputusan kes di Mahkamah Tinggi diumumkan, tertuduh atau penuduh yang didapati bersalah mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan..jadi apa masalahnya si Saiful nak kemukakan rayuan bagi membela nasibnya.. Disini kita bukan bercakap nasib Anwar seorang saja hanya kerana dia ketua pembangkang tetapi kita juga perlu mempertimbangkan nasib si Saiful sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak.

Sebelum ini pun Anwar pernah berkata dia tidak mempunyai apa apa masalah jika Saiful hendak mengemukakan rayuan kerana perkara itu sudah diperuntukkan dalam perlembagaan negra..Jadi apa yang nak kecoh sangat pasal peguam negara benarkan rayuan Saiful..

Tindakan Jabatan Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan kes liwatnya bertujuan memenjara tokoh pembangkang itu, kata PKR dan Aliran.

"Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PKR N Surendran.

Beliau juga mendakwa rayuan itu menunjukkan slogan pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanyalah sekadar janji-janji penuh kemunafikan dan penipuan.

Mengulas pembebasan Anwar awal bulan ini, Najib dalam satu wawancara dengan harian perniagaan berpengaruh Wall Street Journal pernah mengatakan keputusan itu bolehkan memberikan tanggapan umum bahawa sistem kehakiman kita tidak dipengaruhi kerajaan.

EP agak tertarik dengan perbincang yang sedang berlaku di forum cari mengenai perjuangan Anwar dan EP merasakan perkara ini patut dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita dapat mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Yang paling penting kita tahu bagaimana nak menjawab pada pakcik-pakcik taksub dengan Anwar apabila mereka disajikan dengan cerita yang baik-baik mengenai Anwar..

Ini versi cerita orang yang taksub pada Anwar...dan cerita-cerita seperti ini sering disajikan di kedai kopi yang terletak di kampung-kampung.. bercakap bab perjuangan dan agama..


Saya dah lama ikut perkembangan brader Nuar nihhh, dari masa dia jadi studen leader ketika demo tahun 1974... Berani saya katakan dia nihh pejuang bangsa Melayu malah hingga kini dia nih seolah-olah dah jadi pejuang bangsa Malaysia...

Kalo Indonesia bangga dengan Soekarno. Di India bangga dengan Mahatma Ghandi. Di Filipina bangga dengan Jose Rizal. Malah Afrika Selatan bangga dengan  Nelson Mandela.
 
Ciri yang aku letakkan seorang pejuang bangsa dia sanggup memikul tanggungjawa sebagai ketua ketika berhadapan pihak berkuasa. Brader Nuar sanggup ditahan oleh polis selama 20 bulan semata-mata mengaku ketua demontrasi pelajar tahun 1974.

Ketika habis belajar dia dikebanyakan hari memakai baju melayu lepas dengan seluar slek serta sandal. Mengajar budak-budak di kelas Yayasan Anda. Sedangkan rakan-rakan lain menjawat jawatan hebat disektor awam dan swasta.

Lepas itu dia bergerak dalam aktiviti ABIM. Masih memakai baju Melayu lepas dan seluar slek serta pakai sandal.  Malah melalui pergerakan ABIM yang diterajui brader Nuar ramai gadis-gadis Islam khususnya orang melayu dah menutup aurat.

Tokoh-tokoh yang disebut di atas telah melalui seksaan semasa dalam tahanan oleh pihak berkuasa iaitu bangsa penjajah. Namun brader Nuar ditahan oleh pihak berkuasa ketika negara dah merdeka. Nuar ditahan semata-mata kerana mempertahankan prinsip perjuangan.
 Dan ini jawapan bagi kenyataan itu...

Ini cerita yg kurang enak kerakusan + ketamakan sekau duit melalui network dia di pertengahan 90an. Tanya balik mereka adakah mereka benar-benar mengikuti perjuangan Anwar atau sekadar dengar cerita orang je dari sumber pembangkang.

Kau cerita macam mana Anwar pakai seluar slek dgn sandal. Kenapa kau tak cerita yang lepas Anwar jadi menteri, dia ni femes sebab dia selalu kelihatan pakai sut-sut mahal seperti Armani.


Kenapa kau tak cerita macam mana dulu orang ABIM ingat dia nak join PAS, tapi las-las kali dia join UMNO.


Kenapa kau tak cerita macam mana Anwar boleh jadi timbalan presiden UMNO. macam mana dia boleh jadi TPM. Kenapa kau tak cerita apa yang wartawan-wartawan antarabangsa sendiri pun nampak. yang beg-beg penuh berisi duit ubah tangan time perhimpunan agong UMNO 1993, yang menyebabkan Anwar menang tanpa bertanding. (rujuk buku Ian Stewart: The Mahathir legacy)


Kenapa kau tak cerita macam mana bapak Anwar boleh dapat berjuta-juta saham IOI time dia jadi menteri kewangan. macam mana bapak dia sampai boleh jadi chairman dalam syarikat IOI sedangkan dia hanya seorang attenden hospital . Macam mana adik-beradik dia jadi kaya dapat saham peruntukan bumiputera. macam mana syarikat kroni-kroni dia dapat projek berbillion ringgit.

Kenapa sehingga kita kita tidak pernah melihat kelibat adik beradiknya yang kaya raya mempertahankan nasibnya atau mereka ini diarahkan untuk duduk dibawah rada supaya orang tidak perasan kewujudan mereka dalam dunia politik Anwar??

Inilah rupa perjuangan anak muda berbangsa Melayu yang dan bergelar mahasiswa yang dibanggakan oleh Anwar dan puak-puak pembangkang. Dengan rasa bangga mereka ini memperbodohkan diri untuk menjadi alat politik pembangkang bagi mencapai agennda politik Anwar yang mereka sendiri tadak tahu hujung pangkalnya. Apa yang mereka tahu ialah mereka menjadi hero kepada mahasiswa kerana sanggup mempertaruhkan masa depan mereka melawan arus menentang kerajaan bagi membela nasib rakan-rakan mereka.

Cuba lihat gambar-gambar dibawah ini. Adakah seorang mahasiswa layak untk menghina mempersendakan wajah dan nama pendidik yang memberi ilmu pada mereka hanya kerana pendidik-pendidik ini tidak bersependapat dengan mereka? Sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai otak, mana adab dan rasa hormat mereka pada orang yang lebih tua daripada mereka tambah-tambah lagi pada orang yang memberi ilmu pada mereka? Adakah ibu bapa mereka berbangga dengan tindakan mahasiswa ini... Tepuk dada tanyalah selera.


  




Mahasiswa ini perlu sedar bahawa bukan mereka  saja yang ada hak dan tuntutan hak mereka perlu dipenuhi. Orang lain pun ada hak juga..
Tahniah EP ucakpan pada kedua-dua anak Melayu ini kerana berjaya membutakan hati mereka untuk menyertai DAP. Setelah ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan sejak dari sekolah rendah, menengah dan universiti dasar-dasar yang digubal bagi memastikan anak Melayu di Malaysia mendapat pendidikan yang terbaik, mereka masih tidak bersyukur dan bertindak untuk menjadi tali barut parti yang hendak menjahanamkan orang Melayu di bumi ini..

Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.
Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.
Mari kita lihat apa sebabnya kedua-dua anak Melayu yang tak reti nak bersyukur ini menyertai DAP. Alasan yang diberikan oleh mereka agak mencurigakan..penuh dengan penipuan..EP rasa alasan ini bukannya diberikan kedua-dua budak itu tetapi mungkin dikarang oleh wartawan roketkini sudapat dapat mengangkat nama Lim Guan Eng..
Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.
Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

“Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP  mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.

“Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan.”

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

“Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?

“Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?” katanya.
EP harap selepas ini tiada lagi mahasiswa UiTM yang sanggup membodohkan diri dan mereka untuk menyertai parti rasis ini kononnya kerana perjuangan parti ini..Kalau dah mesyuarat Exco Khas di Pulau Pinang dibuat pada ketika orang Islam menunaikan solat Jumaat, Tak rasis lagi ke tu??


Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih ‘wanita jadian’. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih ‘jelita’ dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.

Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.

Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu.

Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan Metro Ahad, baru-baru ini.

Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila ‘saiznya’ boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa.

Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut.

“Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan.

“Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala ‘aset’ mereka,” katanya.

Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik. - HMetro

** Macam macam ada sekarang ni..ikut selera masing masing...cuma jangan tersilap pilih sudah..nanti menyesal tak sudah...

GAMBAR MENBECERITAKAN SEGALA-GALANYA=
HAJI HADI & NASHARUDIN HADIR DI MAJLIS KERAJAAN PERSEKUTUAN BN




GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA = YB NASHARUDIN MINGGU LALU BERSAMA NAIB PRESIDEN UMNO, PENULIS YAKIN MASA YB NASHARUDIN MENJADI MENTERI SEMAKIN DEKAT


1.MANTAN Timbalan Presiden PAS, YB Nasharudin yang dianggap Arkitek Terpenting semasa Proses Menubuhkan Kerajaan Perpaduan, telah dengan tegas menyatakan kepada kumpulan-kumpulan yang berselindung di belakang Mursyidul Am, bahawa beliau memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato' Dr. Hassan Ali.


2. Kedua-dua mereka adalah Arkitek terpenting Pengwujudan Kerajaan Perpaduan PAS di peringkat Pusat dan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor. Khabarnya kedua-duanya akan diberi portfolio Menteri Kanan di Peringkat Pusat dan sudah tentu Menteri Besar PAS di negeri Selangor.

3. YB Nasharudin memuji Dr Hassan Ali kerana tegar mempertahankan Bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.

4. Kehadiran yang sangat Berani YB Nasharudin ke Persidangan Global Antarabangsa di KL minggu lalu, adalah satu isyarat kepada mereka yang berselindung di belakang Mursyidul Am, jika berani pecat silakan. Komen YB Nasharudin kepada anda semua di sana,"...Saya Akur Dengan Tariqud Dakwah yang saya lalui ketika ini lebih awal disusuri oleh para anbiya...".

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA...

Ramai yang teruja terhadap dua kes mahkamah yang menjadi perhatian sebelum ini. Pertama kes melibatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diperintah membela diri terhadap tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Dengan keputusan tersebut mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Karpal tanpa membela diri.

Ingatan rakyat Malaysia terhadap kes itu masih segar. Ini kerana banyak aduan polis dibuat terhadap Karpal. Isu tersebut menggemparkan kerana ramai yang menyifatkan Karpal bersikap keterlaluan dan biadap terhadap Sultan Perak. Sebagai warga negara yang cintakan Perlembagaan dan Raja, Awang lega kerana masih ada ruang untuk mahkamah sekali lagi mengadili Karpal.

Berdasarkan pandangan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, kenyataan Karpal cenderung menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati serta kebencian rakyat terhadap Sultan Perak. Menurut panel itu lagi, hakim bicara kes itu terkhilaf ketika melepas dan membebaskan Karpal kerana mungkin tidak jelas dengan apa yang dicari ketika mendengar kes.

Walaupun Awang bukan peguam tetapi jelas tentang batas-batas adab sopan antara raja dan rakyat. Apatah lagi jika ia berkaitan kuasa prerogatif (hak istimewa) Raja atau Sultan sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan.

Kedua, melibatkan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang Karpal juga merupakan peguam bela utama. Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan itu kerana tidak cukup bukti. Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak daripada orang ramai hinggalah kepada pemimpin pembangkang sendiri.

Awang menyertai majoriti rakyat Malaysia lega kerana pintu mencari keadilan buat Saiful masih terbuka. Beliau pernah membuat sumpah laknat di masjid, yang Anwar sehingga hari ini enggan berbuat demikian. Keluarga Saiful, banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengharapkan Peguam Negara, Abdul Gani Patail menyegerakan rayuan.

Awang percaya tindakan mengemukakan rayuan dibuat bukan semata-mata atas desakan banyak pihak tetapi kes itu mempunyai merit untuk diangkat ke peringkat rayuan. Tahniah kepada Gani Patail kerana mengambil keputusan yang tepat biarpun tidak disenangi Majlis Peguam. .

Seperti dijangka, Anwar akan mempolitikan kes tersebut dan mengheret rakyat untuk menyelamatkan beliau. Senario itu nampaknya berulang. UM

Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta berhenti daripada mengeluarkan perkataan celupar yang boleh mengelirukan rakyat seperti yang mereka lakukan dalam isu tanah Tan Hak Ju sebelum ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, rakyat Pulau Pinang tahu keadaan sebenar yang berlaku dalam pentadbiran mereka sejak lebih tiga tahun lalu.

"Mereka juga perlu memohon maaf kerana mengeluarkan perkataan penipuan dan skandal berkaitan isu tanah itu seperti yang dikeluarkan dalam Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini kerana mengikut keputusan Mahkamah Rayuan, pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Hak Ju hanyalah RM500,000.

"Sehubungan itu, adalah perlu untuk mereka menarik balik perkataan tipu dan skandal berkaitan isu tanah tersebut," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Barisan Nasional (BN) negeri yang mahu DAP menarik balik penggunaan dua perkataan tersebut.

Mengulas lanjut, Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri berkata, penggunaan dua perkataan itu dalam jawatankuasa berkenaan hanya bertujuan "membersihkan" imej kerajaan negeri dengan memberi persepsi buruk kepada kerajaan terdahulu.

"Sebenarnya, DAP hendak tunjukkan bahawa merekalah yang paling bagus dengan melabelkan perkataan kurang sopan seperti itu kepada pihak lain," katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 Januari lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar kerajaan membayar pampasan sebanyak RM40 juta kepada Hak Ju.

Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.

**Dah dasar lidah biawak..nak buat macam mana...cakap pun mesti bebelit ler..Kalau 10 dia cakap selalunya 1 je yang betul..yang lain tu mungkin faktanya sudah diputar belit..


Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??

Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!

Cuba perhatikan jumlah kerusi yang lebih banyak dari penonton yang datang mendengar ceramah walaupun majlis sudah bermula (Mat Sabu pun sudah berada di atas pentas)... Benarkah ini kekacauan yang tidak diduga atau PLAN B1 yang dirancang oleh Chegubard sendiri - operasi menebus malu sekiranya tidak cukup ramai penonton yang hadir??

Atau PLAN B2 untuk menarik lebih ramai orang datang menghadiri ceramah anjuran SAMM tersebut dengan 'mempromosikan' tentang kekecohan melalui facebook & twitter??


Yang lawaknya Bob Lokman pun turut join sekaki suruh orang datang meramaikan lagi ceramah yang turut dihadiri oleh idolanya, Mat Sabu... Huahahaa!!


PENYINGKIRAN Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai ahli PAS, disusuli pemecatan beliau sebagai EXCO Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terus menjadi kontroversi, bukan saja dalam pentadbiran Selangor, malah dalam PAS sendiri. Bagi sebahagian besar ahli PAS, langkah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dianggap satu penghinaan dan sukar diterima ahli akar umbi dalam PAS.

Tindakan itu terus menimbulkan persoalan dan tanda tanya, mengapa portfolio itu harus diserahkan kepada Abdul Khalid, sedangkan masih ramai wakil rakyat PAS yang arif dalam selok-belok Islam berbanding Abdul Khalid? Tindakan itu jelas membuktikan pemimpin pembangkang kini memandang rendah kepada ulama PAS, sehingga Hasan berkata maruah PAS sekarang bukan saja dihina malah dipijak-pijak pihak tertentu. Apakah tindakan itu tidak memberi tamparan atau memalukan pemimpin PAS? Sejak PAS berada dalam pembangkang bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, banyak pendirian dan keputusan pemimpin PAS tidak seiring dengan kehendak ahli.

Malah umum mengetahui, dasar perjuangan PAS juga sudah terpesong daripada matlamat asal penubuhannya. Perubahan dasar paling ketara ialah ‘meninggalkan’ perjuangan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan serta hukum hudud yang semakin samar hala tujunya. Perubahan itu menguatkan lagi dakwaan Hasan sebelum ini bahawa parti itu kini dipengaruhi golongan parasit. Malah Hasan turut mendakwa pemecatan beliau juga disebabkan pengaruh golongan parasit sehingga menyebabkan pucuk pimpinan PAS tunduk kepada kehendak mereka.

Anehnya, pucuk pimpinan PAS seolah-olah merelakan perbuatan golongan ini yang semakin berpengaruh tanpa mencari jalan menyekat penguasaan mereka yang lambat laun boleh merosakkan parti itu sendiri. Kita tidak menolak kemungkinan pimpinan PAS mengetahui keadaan itu tetapi sukar bertindak kerana mungkin antara mereka adalah kalangan pemimpin PAS sendiri.

Akibatnya, setiap pendirian dan keputusan PAS lebih mengutamakan rakan dalam pembangkang sehingga sanggup mengorbankan kepentingan parti dan dasar perjuangan. Perubahan ini nampak jelas selepas pemilihan barisan kepemimpinan baru PAS Pusat 2011/2013 tahun lalu, apabila ramai pemimpin yang terpilih bukan lagi daripada golongan ulama, sebaliknya golongan profesional yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi.

Ekoran itu, maqasid atau hala tuju perjuangan PAS mulai tergelincir daripada landasan sebenar sehingga mudah tunduk kepada kehendak parasit yang mengikut telunjuk DAP dan PKR, termasuk dalam soal kepentingan umat Islam. Hakikatnya, hala tuju PAS kini sudah banyak menimbulkan kekeliruan, bukan saja dalam kalangan ahli parti, malah umat Islam umumnya.

Membongkar isu atau mencari bahan berita bukan mudah. Pelbagai pengalaman dan halangan perlu ditempuhi wartawan khususnya di Meja Jenayah termasuk berdepan bahaya ketika menyamar di pusat hiburan atau pelacuran.

Sepanjang minggu lalu, saya bersama rakan setugas termasuk seorang editor diminta membongkar kegiatan maksiat membabitkan aktiviti pelacuran menggunakan modus operandi menarik pelanggan dengan mempamerkan puluhan wanita dalam cermin kaca atau dikenali sebagai ‘akuarium’.

Namun, lain yang kami cari, lain pula dijumpai. Beberapa pusat hiburan dikunjungi dengan menyamar pelanggan tidak menggunakan modus operandi dikehendaki, sebaliknya kebanyakan wanita pelayan pelanggan (GRO) termasuk warga asing menghiburkan pelanggan dengan tarian berahi atau dipanggil tarian tiang.

Berdasarkan maklumat beberapa rakan dan pembaca Harian Metro mengenai lokasi pusat hiburan yang menyajikan wanita gebu dan seksi sebagai tarikan, malah ada yang menawarkan khidmat seks, saya bersama rakan ke lokasi dimaksudkan sekitar Cheras dan Jalan Kuchai Lama di ibu negara.

Sebelum memasuki premis itu, saya menyiapkan diri dengan peralatan diperlukan termasuk perakam video tersembunyi bagi merakam gambar dan video sebagai bukti kegiatan haram berkenaan.

Di lokasi pertama, sebaik memasuki pusat hiburan, perasaan berdebar dan takut diserang pengawal atau ‘bouncer’ mula terasa, lebih-lebih lagi saya memakai perakam video tersembunyi dan pelanggan lain semuanya bukan Melayu.

Pengamatan saya di pusat hiburan berkenaan mendapati ramai GRO berpakaian seksi berkonsepkan rama-rama dengan setiap daripada mereka menyanyi di pentas khas manakala pelanggan mengalung bunga kepada penari kegemaran sebagai bayaran tip. Menurut seorang GRO yang melayan kami, lebih banyak kalungan bunga, lebih banyak tip diterima penari, malah pelanggan boleh mendapatkan khidmat seks jika pandai menawar dengan bayaran tertentu.

Setengah jam berada di situ, selepas pasti tiada aktiviti seperti dikehendaki, saya dan rakan memasuki beberapa lagi pusat hiburan di kawasan berhampiran, namun kesemuanya tidak menepati matlamat utama kami.

Tinjauan kemudian kami alihkan ke pusat kecantikan dan kesihatan (spa) serta rumah urut. Rumah urut pertama yang kami cuba masuk tidak berjaya mungkin kerana penjaga premis sangsi dengan kehadiran kami yang tidak pernah mereka lihat, namun di spa yang kami masuk selepas itu memang terdapat aktiviti pelacuran, tetapi pelanggan tidak dibenarkan memilih wanita.

Hampa pada hari pertama, kami kemudian berpecah kepada dua kumpulan untuk ke beberapa lokasi lain pula pada hari berikutnya, malangnya aktiviti pelacuran menggunakan modus operandi yang kami cari masih tiada.

Saya difahamkan banyak pusat hiburan yang menjalankan kegiatan sedemikian sudah ditutup atau menukar cara berikutan serbuan pihak berkuasa yang kerap dilakukan bermula awal tahun ini.

Bagaimanapun, pemantauan akan terus kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan kegiatan berkenaan sekitar ibu negara. HMetro



Saturday, January 21, 2012


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau teruja apabila kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia menunjukkan 43 peratus yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa pada pilihan raya akan datang.

"Saya teruja kalau ada laporan sedemikian, tetapi apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?

"Salah satu mungkin mereka yakin dengan agenda nasional untuk bawa transformasi, menuju sebuah negara maju dan kita buktikan dalam tempoh tiga tahun ini banyak perubahan, begitu banyak idea baru, ini sedikit sebanyak membantu keyakinan rakyat kepada kerajaan," katanya dipetik Bernama selepas merasmikan program Ihsan Samudera di sini, hari ini.

Laporan media kelmarin memetik kajian kendalian pusat itu akhir tahun lalu menunjukkan Najib menjadi pemimpin pilihan berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbanding dengan Anwar, menurut kajian itu, lebih ramai yang berpendapat Najib merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.

Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajian itu - yang dijalan dari Oktober hingga Disember lalu bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara. SHarian


Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia, namun keprihatinan satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW) terhadap isu ketua parti pembangkang di Malaysia itu menimbulkan satu persoalan; ‘Siapakah Anwar Ibrahim pada kaca mata HRW ?”.

Petang semalam Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan seperti dilaporkan Utusan ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah” kata Phil Robertson Timbalan Pengarah HRW Asia seperti dilaporkan FMT

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ? SETERUSNYA

Tahniah Datuk Seri Najib kerana berjaya dalam usaha untuk mendekati pengundi muda menggunakan saluran media baru. Ternyata usaha yang dbuat selama ini berhasil dan pastinya menmbuatkan pihak pembangkang tak senang duduk...

Jumlah pengikut laman sosial Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada jam 4.59 petang mengumumkan: "Jumlah pengikut saya di Twitter sudah melepasi 400,000 orang.

"Terima kasih atas sokongan anda semua. Di harap interaksi kita akan berterusan."

Pada pukul 6.31 petang tadi, Najib yang tweet @NajibRazak sejak 21 Sept 2008 berkata, beliau gembira dan terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut.

"Saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk anda semua dan negara," katanya.

Walaupun mempunyai jadual padat hari ini, Najib meluangkan masa untuk tweet mengenai aktivitinya dengan memaklumkan pengikutnya tentang lawatan kerjanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula di Wangsa Maju pagi tadi.

Beliau juga mengambil masa untuk membalas pesanan yang dihantar oleh pengikut-pengikutnya.

Pesanan balas oleh Perdana Menteri itu secara peribadi kepada pengikutnya telah berjaya dalam berinteraksi dengan rakyat.

Selain Najib, ramai ahli politik termasuk pemimpin pembangkang turut mempunyai pengikut di Twitter.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini mempunyai seramai 126,440 pengikut, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, memiliki 276,230 pengikut dan penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mempunyai 48,675 pengikut.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempunyai lebih ramai pengikut di laman Twitternya iaitu 30,463 berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 11,666 pengikut. - Bernama


Jangan panik.gambar ini tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau mati.
hanya sekadar hiasan..hehehehe




Dalam masa melayu dihina oleh khawarij PAS dan pakatan haram,diluar sana ramai yang menghargai bangsa melayu,adat dan bahasanya.

Di negara kita yang menggila dengan Malaysian Malaysia pun masih tak fasih berbahasa melayu yang sempurna,ada juga dikalangan chauvanis ultrakiasu rasis tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan.


PENULIS tertarik dengan dakwaan Pengerusi Bersih II dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan mengenai kewujudan wang bernilai RM 1 Trillion di luar negara yang didakwa dibawa keluar pemimpin-pemimpin UMNO hasil dari penyelewengan dana kerajaan.

Ya, RM 1 trillion dengan sembilan angka kosong di belakangnya. Secara peribadi, penulis sendiri mahu melihat wang sebanyak itu dibuktikan kewujudannya dalam bentuk dokumen kerana ia pasti akan melenyapkan terus UMNO dari mukabumi ini. Tapi selepas difikir-fikirkan semula dan penulis rasa semua rakyat dalam negara ini juga bersetuju dengan penulis, di manakah logiknya wang sebanyak itu wujud?

Penulis yakin memang ada penyelewengan dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO melalui pemberian kontrak-kontrak kerajaan kepada kroni-kroni mereka, cuma menunggu masa untuk dibuktikan. Penulis mendengar, bagi setiap kontrak kerajaan, sejumlah wang daripada nilai keseluruhan kontrak, akan dikhaskan untuk dibayar balik kepada UMNO.

Tapi benarkah hasil penyelewengan itu boleh mencapai nilai sebesar RM 1 trillion? Katakanlah pemimpin UMNO menyelewengkan 5% daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2012 (RM 51.2 billion), mereka hanya mampu mengumpulkan sekitar RM 2.5 billion untuk tahun 2012 sahaja. Katakanlah jumlah sama (RM 2.5 billion) dikumpulkan UMNO sepanjang 54 tahun, ia masih lagi jauh daripada jumlah yang disebutkan Ambiga , RM 1 trillion.

Itu kalau jumlah perbelanjaan pembangunan sama setiap tahun selama 54 tahun; yang mungkin amat mustahil! Bajet tahunan negara (RM232.8 bilion) pun tidak sampai setengah dari jumlah RM 1 trillion yang disebutkan Ambiga. Rizab Bank Negara Malaysia di luar negara setakat September 2011 adalah sebanyak RM 414.5 billion.

Logiknya, kalau pendapatan dan simpanan negara pun tidak mencecah setengah daripada nilai RM 1 trillion yang disebutkan Ambiga, bagaimana UMNO mampu menyeleweng wang sebanyak itu?.

Tidak kurang penting ialah siapa pula yang diamanahkan untuk menyimpan wang sebanyak ini bagi pihak UMNO sejak zaman berzaman? Pengurus dana, orang perseorangan? Penulis faham Ambiga sedang membina reputasinya untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang dengan membangkitkan hal-hal tersebut, tapi rakyat Malaysia ini bukan lagi mudah diperbodohkan seperti dahulu.

Hari ini rakyat bijak menyoal balik pemimpin yang membuat tuduhan, bukan setakat menadah sahaja jawapan yang diberikan. Ambiga boleh mencontohi kepimpinan PKR dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) yang bersedia dengan dokumen, walaupun hanya sehelai kertas untuk menyokong dakwaan mereka. - Sabahkini

Satu pendedahan terbaru di dalam Sabahkini.net Isunya tentang dakwaan kronisme keluarga Anwar Ibrahim dan penglibatan keluarga beliau dalam syarikat perjudian!

Apakah Anwar Ibrahim berani menafikan artikel Sabahkini.net itu?

Di antara artikel itu:

Rakyat di Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.

'Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim.

Ketika itu, tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian?

Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini - seterusnya


Pernah tak kita tengok dalam mana-mana demonstrasi yang dianjurkan oleh pakatan haram cina bergaduh sesama mereka. Jika demonstrasi di jalanan pun mereka tidak bergaduh inikan pula dirumah ibadat mereka..tetapi malangnya orang Melayu masih tidak nampak akan perkara itu..Sampai kat Masjid pun nak gaduh. Tak habis-habis nak bergaduh..Kalau bergaduh menang dapat hadiah tak pe juga..ini maruah bangsa dan negara tergadai kerana perpecahan.. 

Pastinya puak-puak DAP bertepuk tangan melihat insiden ini berlaku kerana matlamat mereka bagi memastikan orang Melayu bergaduh sesama sendiri tercapai. Tambah-tambah lagi bergaduh dalam Masjid..ini yang dimahukan oleh mereka..

Dah banyak pengajaran berlaku depan mata tapi orang Melayu tak reti-reti nak bersatu macam orang cina..EP harap perkara ini dapat diselesaikan sebelum PRU13 bagi memastikan kuasa orang Melayu dan Islam dapat dikekalkan..

**EP agak pelik, Demo AUKU dibuat di dalam Masjid..tak de tempat lain ke nak buat demo. Masjid ialah tempat untuk melakukan ibadat dan bersatu padu sesama umat bukannya tempat untuk menggalakkan perpecahan dan membuat bantahan..



SATU perkara yang tidak mahu diakui oleh Pas adalah parti itu hanyalah kuda tunggangan dan pak turut dalam pakatan pembangkang. Bagi Pas, semua itu hanya fitnah, tohmahan dan agenda politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Pas terlalu sukar untuk mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya ingin memperalatkan kemampuan serta kekuatan Pas bagi meraih sokongan undi terutama di kalangan sesetengah orang Melayu yang terlalu percayakan kepada perjuangan Islam Pas.

Tetapi Datuk Abdul Hadi Awang sendiri begitu mempertahankan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malahan dalam satu perhimpunan Presiden Pas itu berkata, ‘‘Tidak apa DAP memperkudakan Pas, Pas memperkudakan DAP yang penting jangan diperlembukan oleh UMNO.’

Dan terbaru beliau berkata, tiada sesiapa pun yang menjadi tunggangan dalam pakatan pembangkang, sebaliknya pakatan itu bersatu demi menumbangkan BN.

Namun apa yang berlaku di Selangor sudah menjadi bukti bahawa Pas hakikatnya hanya dipandang sebelah mata oleh PKR dan DAP. Mereka tidak pernah mahu menganggap Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebab itu portfolio Hal Ehwal Agama tidak diberikan kepada wakil rakyat.

Pas dan pakatan pembangkang boleh berhujah apa sahaja berhubung perkembangan terbaru ini tetapi apa yang pasti orang Melayu semakin yakin bahawa maruah Pas seperti kata Datuk Dr. Hasan Ali sudah dipijak.

Apakah Pas masih bermaruah apabila tunduk kepada PKR apabila memecat Dr. Hasan kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, membatalkan arahan penjualan arak di kedai 24 jam dan membatalkan arahan melarang pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadan.

Malahan sebelum ini Pas juga terpaksa mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata desakan DAP, oleh itu apakah Pas masih menganggap ia sebuah parti yang bermaruah jika sentiasa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP? seterusnya...

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.