Monday, December 12, 2011

Cuba lihat ini


Dan bandingkan dengan ini



EP pasti DAP mesti bangga dengan Nizar...


PERBICARAAN BERMULA pada pukul 12.10 tengah hari…Penggulungan bermula dengan hujah peguambela Karpal Singh yang membantah keputusan mahkamah apabila wujud elemen luar iaitu Perdana Menteri bertemu dengan pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan. Karpal mendakwa wujud keraguan yang munasabah terhadap kenyataan Saiful yang mana kenyataan itu menurutnya tidak konsisten dan bercanggah dengan laporan polis.
Selain itu, keputusan mahkamah menerima laporan DNA yang diperolehi dan tanpa persetujuan tertuduh juga dipertikaikan kerana wujudnya elemen helah dalam memperolehi DNA yang diambil daripada tuala Good Morning, botol minuman dan berus gigi.
Hubungan peribadi antara Saiful dengan Farah Azalina juga disentuh apabila permohonan pembela untuk memanggil Farah Azalina sebagai saksi ditolak oleh mahkamah walaupun didakwa mempunyai kaitan dengan kes dan mempunyai hubungan secara langsung dalam kes ini.
Perbicaraan ditangguh dan disambung kembali jam 2.00 petang.
Pukul 2:14 petang…Sankara mengambilalih kerja membaca hujah Karpal Singh sebelum ini. Dan seperti yang diduga, Sankara turut menaikkan statement Dr.Osman Pusrawi.
Sankara persoalkan bagaimana karipap daging boleh ditemui di luar bilik sedangkan dalam kenyataan sebelum ini, karipap daging itu dimakan selepas Anwar meliwat Saiful. Sankara mengulas kenyataan Saiful yang mendakwa telah mengunci pintu supaya tiada sesiapa yang dapat masuk ke premis berkenaan ketika berlakunya liwat.
Dalam hal ini, Sankara mempertikaikan bagaimana karipap dan kuih boleh berada di unit tersebut sekiranya tiada sesiapa pun yang dapat masuk kerana pintu dikunci. Sankara juga mempertikaikan bagaimana Saiful mendengar perbualan mengenai permintaan individu meminta nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu (Musa Hassan) semasa berada di kediaman Perdana menteri dan menegaskan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim itu adalah campurtangan politik semata-mata.
Sankara juga menegaskan terdapat percanggahan keputusan di kalangan laporan. Seterusnya kenyataan Jude Pereira yang menyatakan tiada tempat yang mencukupi untuk menyimpan bahan bukti dan bertindak menyimpan sendiri dan itu membuktikan wujudnya, ‘mishandling’ terhadap bahan bukti. Jude menyatakan bahawa barang bukti itu tidak diletakkan di dalam freezer dan menganggapnya sebagai tidak perlu kerana termaktub dalam IGSO.
Anwar kelihatan dan sangat jelas susah hati. Wajah cerianya sebelum itu, langsung tidak kelihatan.
Sankara Nair mempersoalkan kaedah ambil bahan-bahan bukti bersandarkan kenyataan Dr. Seah. Dia mengemukakan bukti-bukti yang sudah diserahkan kepada mahkamah dan mempersoalkan segala prosedur.
Sankara Nair menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.
Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan.
Sankara mempertikaikan tentang tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.
Saiful dipertikai kerana tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat demikian.
Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak salah.
Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkan exhibit Lelaki Y yang disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala Good Morning juga dikatakan tidak fresh.
Ram Karpal banyak menekankan bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat lagi diada-adakan.
Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.

Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan prosedur dalam hal pengumpulan, penyimpanan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek.
Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.
Pukul 5:09 petang – Perbicaraam ditangguhkan pada 13 Disember 2011 jam 1.30 tengah hari - Sel13


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: negeri Johor m/s 14
Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)

Tajuk:

“Pakatan Rakyat Akan Peroleh Keputusan Cemerlang Di Negeri Johor. Negeri Johor Negeri Barisan Hadapan PRU - Teo Nie Ching"

2hb Batu Pahat - Timbalan Setiausaha Penerangan DAP merangkap ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata, pada PRU akan datang ini, Pakatan Rakyat yakin sepenuhnya mendapat keputusan kemenangan lebih baik di negeri Johor berbanding PRU lepas.

Teo Nie Ching baru-baru ini mengadakan latihan bimbingan pada ahli DAP untuk hadapi PRU di negeri Johor berkata, pengerusi strategi kebangsaan DAP Lim Kit Siang telah letakkan negeri Johor sebagai kawasan baris hadapan dalam PRU akan datang.

Nie Ching berkata, sebelum PRU 2008, negeri Johor dianggap sebagai negeri tersingkir keluar dari senarai, dan dianggap akan tersungkur semua kerusi, tetapi selepas PRU 2008, sebaliknya negeri Johor kelihatan api melawan arus itu tidak terpadam, masih dalam keadaan suhu yang hangat seterusnya semakin membara lagi.


Bagi mencapai matlamat yang ada, DAP telah hantar 3 orang pemimpin dari pusat menyusun kerja-kerja untuk hadapi PRU, calon tersebut ialah Pua Kiam Wei, Lock Siew Fook dan Teo Nie Ching. Diharap ahli-ahli DAP di sebelah utara, tengah dan selatan negeri Johor dapat membuat persediaan dengan rapi hadapi PRU akan datang ini, kerana negeri Johor letakkan sebagai negeri baris hadapan parti untuk melangkah ke Putrajaya.

Pengerusi DAP negeri Johor Boo Cheng Hau menyeru semua gabungan parti Pakatan Rakyat di negeri Johor jangan dedahkan secara terbuka siapakah bakal calon menteri besar negeri Johor Pakatan Rakyat, supaya tidak terperangkap ke dalam kancah dakyah pihak lawan, dimana rakyat akan pertikaikan pemimpin Pakatan Rakyat dan nanti akan dituduh Pakatan Rakyat gila kuasa.

Cheng Hau berkata, jika orang bukan Melayu mahu menjadi menteri besar perlu direstui oleh kesultanan Melayu, mereka yang dilantik barulah boleh menjadi menteri besar. Syarat itu adakah kuasa mutlak Kesultanan Melayu, ataupun secara syarat adat pentadbiran (Formality) dalam perlembagaan itu, ini perlu diputuskan oleh pakar-pakar perlembagaan.

** Adakah DAP akan menggunakan calon Melayu untuk merealisasikan hasrat mereka supaya jolokan KUBU KUAT UMNO di Johor berjaya dirobek oleh mereka dan sekaligus meletakkan calon mereka sebagai MB Johor....??

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.
“Apabila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di Ampang semalam.
Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.
“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, menjawab soalan pada sesi dialog mengenai kebimbangan berlaku penjajahan zaman moden oleh gerakan Yahudi dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang, beliau berkata, gerakan Yahudi bertujuan menguasai dunia melalui proksinya, AS.
“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu.
“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya dipetik akhbar Berita Harian.
Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.
Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.
“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini… nak bagi kebebasan pada rakyat.
“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya – agendadaily

Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/s 08
Tarikh: 4 Disember 2011 (Ahad)

Tajuk:

“UMNO Halakan Fitnah Pada DAP, Burukan Nama Yang Tidak Munasabah - Lim Guan Eng”

3hb Pulau Pinang - Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata, melalui Perhimpunan Agong UMNO, rakyat boleh nampak dengan jelas UMNO menggunakan taktik isu perkauman, sebaliknya Guan Eng percaya orang-orang bukan Melayu tidak akan tunduk kepada UMNO, kerana mereka tidak bersedia untuk menjadi rakyat kelas ketiga dan rakyat kelas keempat.

Jika UMNO mahukan orang Melayu sahaja yang menguasai dan memerintah ataupun dinamakan “UMNO-visme’ menguasai negara ini, Guan Eng percaya orang-orang bukan Melayu tidak akan tunduk kepada UMNO, kita mahu bela kehormatan kaum lain.

Lim Guan Eng semasa adakan sidang media berkata, dalam perhimpunan UMNO, UMNO halakan kemarahan mereka kepada DAP dan kaum lain, ini adalah satu perbuatan yang amat bahaya.

Guan Eng berkata, dalam perhimpunan UMNO, UMNO mengkritik DAP menuduh DAP mahu jadi Perdana Menteri, seterusnya Pulau Pinang akan jadi seperti Singapura keluar dari Malaysia, ia sangat tidak munasabah.

Cuba Menutup Isu Penyelewengan

DAP tidak menentang UMNO secara berdepan, terutama sekali dalam gabungan 3 parti Pakatan Rakyat, DAP paling sedikit kerusi dalam Parlimen, kerusi yang diperoleh di parlimen tidak sampai 51 kerusi, dimana PKR peroleh hampir 100 kerusi, Pas peroleh hampir 70 kerusi.

Kita parti DAP peroleh kerusi di parlimen paling sedikit, apa yang UMNO cuba pesongkan, cuba ambil parti yang paling kecil di parlimen dianggap parti yang paling besar di parlimen, seperti DAP memberi ancaman yang paling besar pada UMNO di parlimen.

Guan Eng berkata, ini adalah muslihat dan dakyah UMNO pergunakan perkauman dan digembar-gemburkan, untuk menutup keaiban mereka dan kes penyelewengan mereka, terutama sekali isu lembu yang menggemparkan negara ini.

Guan Eng berkata, setiap tahun Pulau Pinang adakan perarakan Maulud Nabi, di mana isu merobohkan gerai-gerai, gerai yang diroboh sebanyak 70 peratus adalah gerai-gerai bukan Melayu, sebaliknya UMNO bercakap bohong, mengatakan kerajaan negeri bermusuh dengan orang-orang Melayu di Pulau Pinang.

Pendirian DAP Terhadap Undang-Undang Islam Jelas

Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP terhadap undang-undang Islam amat jelas, negeri Pulau Pinang tidak laksanakan hukum Hudud, sebaliknya kenapa BN tidak membenarkan orang bukan muslim menggunakan perkataan “Allah”, suatu yang sepatutnya dijawab oleh MCA?

Guan Eng berkata, pada tahun 1990-an negeri Selangor telah meluluskan satu undang-undang, muda-mudi berusia 18 tahun ke bawah boleh memilih tukar agama masuk agama Islam, ini adalah menyalahi perlembagaan hak ibu bapa bukan muslim, sebaliknya ini disokong oleh MCA.

Berkaitan jemputan daripada pemuda MCA untuk berdebat berkaitan hukum Hudud undang-undang Islam dengan Guan Eng, Guan Eng anggap surat jemputan itu baru dikeluarkan dua hari lepas, seperti pemuda MCA tidak ada kejujuran di situ.

Guan Eng berkata program beliau disusun terlalu padat, sebenarnya pemuda MCA tidak ada kejujuran.

“Kenapa tidak menjemput presiden MCA Datuk Seri Chua Sui Lek? Kenapa tidak jemput bekas presiden? Kenapa jemput saya?”

Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Chua Sui Lek berdebat dengan beliau di kaca TV menggunakan 3 bahasa, jangan hantar tukang karut untuk membuat kecoh.

“Ingat baik-baik! Jangan lagi main wayang, kalau sanggup kita berdebat!”

** UMNO itu, UMNO ini..semuanya perkara yang tak elok, semuanya UMNO buat rasis, hanya menjaga kepentingan orang Melayu...itulah perkataan yang keluar dari mulut Ketua Menteri paling celaka bila setiap kali dia buat ucapan tak kira semasa program kerajaan negeri atau program parti...Jadi apa yang Guan Eng kecoh sangat bila UMNO bercakap tentang DAP....

EP benar-benar pelik bila UMNO kutuk DAP, Guan Eng cuba gambarkan yang UMNO kutuk kaum cina...Adakah parti DAP hanya untuk orang cina? Bukankah DAP merupakan parti pelbagai kaum termasuk untuk orang Melayu yang buta perut...tetapi bila Guan Eng kutuk dan hina UMNO, secara tidak lansung Guan Eng sebenarnya menghina orang Melayu...jadi siapa yang rasis sekarang??



Anwar oh Anwar...tak sangka ye, selepas konco-konco Anwar tak mampu untuk meggugat papagomo...Anwar sendiri nak cari pasal dengan dia..apa pasal bro..nak balas dendam ke pasal video seks yang didedahkan oleh papagomo ke?? Anwar ingat semua orang macam dia ke...yang memang dah lama menjadi musuh dalam selimut kat Malaysia ni.

EP tak faham kenapa Anwar kecoh sangat pasal papagomo jadi blogger pertama naik kapal selam.. sampai nak suruh polis siasat. Anwar ingat semua orang di Malaysia ni perangai macam dia ke..penkhianat yang sanggup melihat Malaysia hancur hanya kerana mengejar pangkat dan harta. Manusia ni bila dah bertuankan pangat dan harta negara pun sanggup dijualnya.

Sedarlah Anwar, EP yakin papagomo telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan niatnya amat jelas iaitu menangkis fitnah yang telah dibuat oleh pakatan haram.

Kalau benarlah Anwar risau akan keselamatan negara, orang yang sepatutnya menjadi perhatian ialah Lim Guan Eng kerana telah terbukti cuba menjatuhkan reputasi Malaysia sewaktu di Singapura dulu. Apa jaminan Anwar yang Guan Eng tidak akan mendedahkan rahsia negara setelah menaiki kapal selam tersebut.

Nampaknya memang hebatlah blogger pro-umno ni. Sehinggakan taring Guan Eng pun dah jadi tumpul, papagomo yang tak bertaring pula yang dibimbangi Anwar.


Bak kata papagomo....Pendek kata Anwar Ibrahim marah marah ni coz dia takut Video baru dia nak keluar, he he he. Sabar Nuar Berahim sabar. "U Fuck With Me, U Fuck With The Best" . So harap Anwar Ibrahim bertenang dan selesaikan dulu kes Liwat yang akan bersambung lagi esok 12hb December. Selesaikan dulu masaalah Moral anda yang keterlaluan itu baru boleh bercakap soal kepentingan negara.


Rakyat perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia membuktikan kemampuannya dalam memenuhi keperluan rakyat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan BN memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum sejak dari zaman selepas merdeka lagi."Apa sebabnya kita nak tukar kepada parti lain? Ada orang suruh tukar sebab kononnya BN ini jahat, pencuri, penyangak, korupsi dan sebagainya tetapi mereka (parti lain) belum diuji macam kita (BN).

"Ada pepatah Inggeris kata, kita jangan sesekali cuba baiki sesuatu perkara yang sudah berjalan dengan baik kerana kalau salah baiki, nanti lain jadinya."Begitu juga dengan sokongan kepada BN... dasar pemerintahan BN yang seimbang untuk semua kaum dilihat sudah cukup baik. Jadi tidak perlulah tukar kepada kerajaan yang belum tentu lagi mampu membela nasib rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan UMNO Bahagian Ampang di Dewan Datuk Setia Mufti Suib hari ini.

Mahathir berkata, rakyat perlu memberi sokongan berterusan kepada BN kerana ia dapat membantu dalam membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan mampu berkhidmat demi kebaikan seluruh rakyat serta membina negara yang berjaya.Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 beliau berkata, akta itu diwujudkan demi menjaga kepentingan pelajar Melayu.

"Pada zaman itu, lebih ramai pelajar Melayu aktif berpolitik berbanding kaum lain. Akta itu diwujudkan untuk memastikan mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan seterusnya berjaya."Orang Melayu, sudahlah tidak ramai terpelajar, bila masuk universiti sibuk berpolitik pula, bila masa nak belajar? Saya sendiri aktif berpolitik masa muda dulu, tapi apabila melanjutkan pelajaran, saya tinggalkan dunia politik hampir enam tahun dan belajar sahaja," katanya.

Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan meminda AUKU bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. - BERNAMA.

Sunday, December 11, 2011


Seperti didedahkan bekas peguambela Anwar dalam kes Mahkamah Syariah, YB Datuk Zulkifli Noordin, pertemuan Anwar dengan Sheikh Qaradawi memang diatur yang bertujuan untuk mendapat keuntungan politik yang berpihak kepada Anwar.

Zulkilfi mendedahkan penipuan itu kerana ketika itu beliau merupakan salah seorang individu penting, peguam Anwar yang bertanggungjawab menyediakan soalan-soalan kepada Sheikh Qaradhawi.

Namun, dalam keghairahan melaporkan ‘berita besar itu’ lidah rasmi PKR, Suara Keadilan melaporkan dua versi yang berbeza berkenaan pertemuan itu.


Suara Keadilan bilangan 212 melaporkan “Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berserta anak dan menantu menziarahi Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qaradawi sebelum beliau berlepas pulang.


Foto bilangan 212 berwarna, tidak nampak wajah Zulkfli kerana ditindih dengan gambar kedua Anwar bersama Dr Yusuf Qaradawi. Tetapi nampak pula wajah anak Anwar, Ihsan yang sedang tunduk.

Manakala foto bilangan 216 hitam putih, nampak wajah Zulkfli, tetapi tidak nampak wajah Ihsan anak Anwar! Bacaan seterusnya : KLIK SINI


Fuyoo..setelah Pulau Pinang dan Perak ditawan DAP kini giliran Selangor pula yang menjadi mangsa..DAP dikatakan mempunyai hasrat untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang.

Oleh yang demikian DAP dilihat sedang ligat mengatur strategi dengan meletakkan calon Melayu di beberapa kawasan di negeri tersebut.

Seperti biasa, DAP tidak akan melepaskan kerusi cina yang dikuasainya kepada calon Melayu, tetapi DAP meminta supaya PAS dan PKR menyerahkan kerusi yang mereka kalah dengan alasan, orang Melayu lebih lebih percayakan paeri DAP berbanding PAS dan PKR...

Antara kerusi yang menjadi rebutan DAP ialah kerusi Paya Jaras, Pelabuhan Klang dan Sri Serdang. Kerusi Paya Jaras dan Sri Serdang dimiliki oleh PAS manakala kerusi Pelabuhan Klang kepunyaan PKR.

Sudah pasti DAP tidak menuntut kerusi ini daripada PAS dan PKR tetapi DAP akan mendesak Anwar untuk menyerahkan kerusi-kerusi ini pada DAP sekiranya Anwar masih bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Mungkin Anwar tidak menpunyai masalah untuk menyerahkan kerusi Pelabuhan Klang pada DAP kerana kerusi itu dimiliki oleh PKR tetapi adakah PAS akan tunduk pada pujuk rayu Anwar untuk menyerahkan kedua-dua kerusi itu pada DAP.


Apa yang diberitahu DAP sedang mencari sekurang-kurangnya lapan kerusi lagi untuk membolehkan mereka berkuasa di Selangor, dan fokus mereka adalah kawasan yang ditandingi Pas dan PKR tetapi tewas. 

DAP dikatakan kini semakin agresif untuk menonjolkan diri sebagai parti berbilang kaum, bukan semata-mata parti orang Cina atau India dalam usaha mereka untuk mengetuai kerajaan negeri apabila menang pilihan raya kelak. Senang skit DAP nak letak MB yang akan tunduk pada mereka sebabnya bertanding atas tiket DAP. 

Mereka tidak mahu mengulangi kesilapan yang di Perak...walaupun menang banyak kerusi tetapi mereka tidak boleh melantik wakil mereka menjadi MB kerana hanya orang Melayu yang beragama Islam boleh jadi Menteri Besar.

Sama-sama kita nantikan, adakah PAS berani untuk menentang Anwar dan DAP???? 


Kan betul Nik Aziz dah marah bila UMNO guna perkataan Jihad..Mana ada orang di Malaysia selain Nik Aziz yang layak menggunakan istilah atau perkataan yang ada dalam Al-Quran...Kerana hanya dia dan PAS sahaja yang memperjuangkan Islam di Malaysia selama ini....

Hairan ada lawak pun ada, sebenarnya Nik Aziz bukan marah bila UMNO guna perkataan jihad. Dia marah sebab ada pihak yang lebih bersungguh-sungguh nak membela agama dan bangsa. Hancurlah kepopularitiannya bila pemimpin dan ahli UMNO kini terdiri daripada mereka-mereka yang bukan sahaja bijak pandai dalam ilmu dunila malah ilmu akhirat. Hakikatnya begini, dah jadi tugas wajib Nik Aziz utk mengharamkan semua tindakan UMNO walaupun agama tidak pernah menghalang dan menghalalkan semua tindakan PAS walaupun terang-terangan agama melarangnya. Siapa yang jumud sekarang.? Insaflah wahai Nik Azik...orang lain semuanya berlumba-lumba menuntut ilmu untuk kebaikan dunia akhirat. Tapi wali selipar ini masih di takuk lama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.....

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurut Nik Aziz(gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.
Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?
“Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia,” katanya dipetik Harakahdaily.

Saturday, December 10, 2011


Jika pada Pilihan Raya Umum 2008 ramai golongan muda didakwa tidak berpihak kepada UMNO tetapi situasi itu kini bertukar sebaliknya. Barisan Nasional khususnya UMNO kini semakin mendapat tempat di kalangan golongan muda negara.
Ini terbukti apabila golongan muda dilihat semakin memberi sokongan kepada kerajaan pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib. Ia ekoran inisiatif kerajaan memperbaiki kedudukan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan membuka minda mereka tentang keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
Inisiatif kerajaan termasuk menyediakan kemudahan pendidikan serta usaha mencari pelabur asing menyediakan peluang pekerjaan di Malaysia. Ini terbukti apabila Datuk Seri Najib berusaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Selain itu, sifat pemimpin kerajaan pusat terutama Najib yang prihatin terhadap orang muda dan sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti golongan itu turut menyumbang kepada peralihan sokongan itu.
Justeru itu, UMNO berharap supaya perubahan persepsi di kalangan orang muda tersebut akan terus berlaku.


Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.


Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.



‘’Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,’’ katanya.


Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983.


**Tak senang duduk laaa nampaknya puak-puak DAP lepas ni bila periuk nasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa...Confirm tokey-tokey perniagaan ini akan mengamuk...



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan pendedahan media mengenai ceramah Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak yang menyamakannya dengan nabi.

Malah beliau turut menyalahkan media kerana menimbulkan perkara tersebut dan mendakwa telah menjawab isu yang timbul dalam laman sosial Facebook miliknya.

“Orang lain yang kata, saya pula yang dipersalahkan, apa yang marah sangat dekat saya sampai menteri pun komen.

“Saya nak jawab di sini yang pertama betul atau tidak budak (Shamsul Zaman) ini cakap macam itu atau kamu (media) yang pandai-pandai buat cerita, yang keduanya, saya sudah jawab, dalam Facebook sudah ada,” katanya ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak di atas tindakannya yang tidak mahu menyentuh isu ceramah yang menyamakannya dengan nabi biarpun klip video itu telah tersebar di laman blog.

Sebelum ini, sebuah portal, detikperubahan. com mendedahkan Shamsul Zaman telah menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi berasaskan hadis, ulama adalah perwaris nabi.

Sementara itu, ketika ditemui selepas kuliah tersebut, Nik Abdul Aziz, beliau tidak perlu mengikut cakap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang mendesaknya supaya berundur.

“Saya lawan dia (Mahathir) sejak awal sampai ke akhir. Siapa suruh dia berhenti. Waktu dia berhenti dia kata dia gagal pimpin orang Melayu, memang dia gagal sebab dia tarik Melayu cara songsang dengan menolak Islam,” katanya.


PAS Selangor awal-awal lagi berkata tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam PRU13.

Tapi kata-kata itu daripada mulut Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad. Keputusan Ahli Parlimen Shah Alam itu bukan muktamad. Ada yang lebih tinggi daripadanya untuk membuat keputusan.

Jadi tunggulah menjelang pilihan raya nanti, mungkin keputusan Pas itu akan berubah.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Jadi biarlah DAP dengan hasratnya untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu.
Motif DAP mahu meletakkan calon Melayu itu boleh dibaca. DAP mengharapkan sokongan pengundi Cina akan kekal dan undi kaum Melayu bertambah, yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Dalam peruntukan kerusi ini, DAP mungkin tidak mengharapkan kerusi Pas tetapi meminta pengorbanan beberapa kerusi sekutunya, PKR bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding PRU 13.

Desas-desus mengenai strategi DAP untuk meletakkan Melayu sebagai calon parti dalam PRU 13 kelak telah menjadi kenyataan!

Bukan tidak pernah DAP mengemukakan calon Melayunya. Pada PRU 12, DAP letak 13 calon Melayu bertanding di Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya umum 2008 juga DAP letak calon Melayu sebagai calonnya di Parlimen Raub (54 peratus pengundi Melayu), di Parlimen Tanjung Piai dan DUN Pekan Nenas Johor (juga kawasan majoriti Melayu).

DAP bangkitkan isu ini lagi setelah mengambil kira faktor pengaruh PKR dan Pas yang sedang merudum terutama sokongan pengundi Melayu. Sebab itu DAP melihat kedua-dua parti itu tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka perolehi sekarang.

DAP ‘perasan’ berdasarkan sokongan diterima dalam pilihan raya di Sarawak, trend menunjukkan pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR. DAP juga tidak lagi mengharapkan Pas untuk meraih sokongan Melayu dan memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

Sebab itulah DAP mahu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon Melayu. Kalau DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada PRU 13, maka ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis.
Persoalannya, DAP tetap berdegil mahu letak calon Melayunya, apa Pas dan PKR hendak kata?

Beranikah Pas bertindak keluar daripada pakatan pembangkang? Beranikah PKR berkokok membantah permintaan DAP?
Bagi kerusi atau tidak, DAP mungkin ‘main langgar’ tanpa peduli sama ada langkah itu memberi jaminan kemenangan kepada pakatan.

DAP mungkin sanggup lupakan sekutunya kerana mahu menakluk kawasan sebanyak yang mungkin tanpa terlalu bergantung pada sokongan Pas dan PKR.

Sebenarnya kemenangan besar dalam PRU 12 dahulu tidak pun dijangkakan oleh PKR, DAP dan Pas. Pakatan atau kerjasama hanya dibentuk semata-mata untuk menafikan Barisan Nasional terus berkuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Jelas sekarang, tindakan DAP itu dibuat kerana beberapa negeri memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Peristiwa pelantikan Menteri Besar Perak selepas PRU 12 menjadi iktibar kepada DAP untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada PRU13.

Hakikatnya DAP tidak mungkin akan membela nasib kaum Melayu. Sepanjang tempoh pakatan berkuasa di negeri yang mereka menangi, nasib bumiputera dan agama Islam tergugat.

DAP mempunyai agenda tersembunyi. Kerjasama DAP dalam pakatan lebih kepada usaha memperkudakan orang Melayu untuk tujuan politiknya. Hinggakan Pas ‘takut’ hendak memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Apa pun, sikap biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin DAP mengingatkan kita pada tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Mereka yang pernah menempuh zaman ‘perintah berkurung’ itu tidak akan lupa tentang niat dan tekad DAP yang diluahkan pada ketika itu - “menghalau Melayu dari buminya sendiri.” Utusan




Tak mustahil satu hari nanti Bob Lokman akan meneluarkan filem yang berkisarkan kisah hidup Tok Guru kesayangannya untuk tontonan umum....

MStar melaporkan, peguam Aziz, Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan Abdul Aziz telah menghantar surat peletakan jawatan kepada universiti tersebut baru-baru ini.

Dzulkarnain berkata, Abdul Aziz ada menyuarakan rasa kecewa terhadap konflik yang menimpanya kerana tidak diselesaikan sehingga hari ini.“Tiada hitam putih dikeluarkan…hanya kelabu,” katanya berseloroh.Portal itu turut melaporkan respon Aziz berkenaan peletakan jawatan itu.

“Apa yang boleh saya katakan…saya masih lagi bersama UIAM. Namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada universiti mengenai status saya lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.“Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan diberikan,” katanya lagi.

Aziz menegaskan tindakan meninggalkan universiti itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dirinya.“Jika tidak bekerja di sini, saya ada kerja lain. Jadi saya tiada masalah sekiranya meninggalkan UIAM,” katanya.

**Nampaknya Aziz Bari sanggup meninggalkan jawatannya sebagai pendidik untuk menjadi wakil rakyat...Adakah Aziz Bari akan bertanding di Gombak??

Friday, December 9, 2011


Kalau mengikut gegar gempita Buku Jingga yang kini dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai modal pilihanraya umum ke 13, Kelantan sepatutnya sudah lama sampai ke bulan dan bintang.
Janjinya dalam 100 hari rakyat di segenap pelusuk akan mendapat segala macam nikmat sekilas lampu Aladin.
Di sebalik semua ini ada yang anggap Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah orang yang sepatutnya merasa berdesing telinga pada Buku Jingga.
Bukan setahun atau dua atau tiga tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya cahaya jingga itu belum lagi menyinari Kelantan.
Cakap-cakap itu dirancakkan lagi dengan pengakuan  terbuka Timbalan Exco Kelantan, Abdul Fatah Harun, Rabu, bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lampau.
Pengakuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kisah itu sudah menjadi satu rahsia umum.
Apa yang menarik ialah ia satu pengakuan.
Sekurang-kurangnya itulah hasil slogan - Membangun Bersama Islam - yang diagungkan oleh PAS selama ini - hanya sebuah masjid.
Kini PAS sudah beralih arah kepada Negara Berkebajikan - slogan yang ditune agar selari dan seirama dengan rakan politiknya, PKR dan DAP .
Semua orang tahu PAS yang berhajat sangat pada undi bukan Melayu cukup bimbang kalau-kalau nanti Karpal Singh dan rakan-rakannya  mengaum lagi.
Hakikatnya siapa yang berani langkah mayat Karpal Singh.
Slogan barunya ini yang diperkenalkan semasa Muktamar PAS yang lalu memang sedap, enak dan syahdu didengar.
Sekalipun sudah terlajak perahu...namun elok juga bos-bos PAS mendengar taklimat mengenai cabaran untuk melaksananya daripada Menteri Besar Kelantan.
Ini kerana setelah mentabir Kelantan sebegini lama beliau masih garu kepala pagi petang siang malam -  kerana masih belum mampu membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Air adalah keperluan asas bagi setiap orang. Rakyat Kelantan tahu bagaimana peritnya terpaksa berdondang sayang dengan air paip yang meloyakan.
Cuma Nik Aziz dapat bersyukur panjang  kerana ramai penyokong parti itu terus melihatnya sebagai 'Tok Guru'.
Sebuah masjid dan air kotor . Tanda titiknya bukan setakat itu.
Banyak lagi yang boleh diselongkar di sebalik ' Membangun Bersama Islam'  yang selama ini tidak lebih daripada slogan politik.
Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan  Razak dan Lim Guan Eng sudah lebih tiga tahun memerintah negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Ada apa-apa yang istimewa  di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang?
Dengar cerita ramai yang geleng kepala..kerana setakat ini belum nampak apa-apa.
Itu belum lagi selak balik satu per satu manifesto masing-masing yang hebat semasa kempen pilihanraya Mac 2008 dulu. Kalau diteropong pasti tidak ada tempat untuk mereka sorok muka.
Oppss lupa...ada Buku Jingga....kalau menang, 100 hari semua beres. Agenda Daily

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.