Monday, December 5, 2011


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.
Beliau berkata wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam Umno.
"Kita masuk Umno bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk Umno adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang," katanya kepada pemberita pada "Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M" di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Zambry pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara, Dr Mahathir berkata itu hanya janji kosong untuk meraih undi rakyat.
"Dia nak buat macam mana? Dia janji macam-macam dalam kempen. Bila dah jadi pemimpin baru kata tak boleh," katanya.
Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.
"Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur," katanya.
Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir berkata negara tidak akan mencapai kemajuan sekiraya masih dibelenggu demonstrasi setiap masa.
"Sekiranya politik sering huru-hara dengan perselisihan faham, pergerakan untuk menjadikan negara maju akan terbantut (kerana) pentadbir terpaksa menumpukan perhatian untuk meredakan keadaan," katanya.SH

Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati, malam semalam... Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.

Adakah Hadi sedar yang dia cakap tak serupa bikin... Bila orang mengata puak dia, dia marah tapi dia mengata orang tak salah pulak... Inikah ajaran Islam yang di bawa oleh PAS? Saling mengata dan berprasangka buruk terhadap orang lain?

Umno tidak pernah mengaku di lembukan tapi Hadi mengaku PAS di perkudakan oleh DAP!!! Malang sungguh puak PAS!!!

Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

Apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak adalah benar... dan tujuannya berkata demikian adalah untuk menyedarkan puak PAS! Sampai bila PAS harus di perkudakan?


Di bawah bukti PAS diperkudakan oleh DAP!




Pas hanya menyokong apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi ‘pak turut’, bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan DAP atau PKR.

Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa pun selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

Pas perlu sedar supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan ‘yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.’ Politik Harian

Sunday, December 4, 2011


Sejarah terpateri lagi apabila pembohongan demi pembohongan dihalalkan oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Keadilan Rakyat. Kongres Nasional PKR diadakan seminggu lebih awal mendahului Perhimpunan Agung UMNO. Kongres Nasional PKR Kali Ke-8 diadakan di Johor, kawasan kubu kuat UMNO yang sedang menjadi sasaran PKR untuk ditawan.
Tidak banyak yang dapat dilihat kemajuan serta perubahan yang ingin dibawa oleh PKR melainkan dendam kesumat Anwar Ibrahim yang masih gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tidak banyak juga agenda reformasi yang dibawa oleh konco-konco Anwar melainkan masih berterusan bercerita tentang impian mereka untuk melihat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.
Ada tidak pun, hanyalah penonjolan Zuraidah Kamaruddin dengan isu-isu yang seringkali memalukan dirinya sendiri. Kalau pada tahun sebelumnya, Zuraidah muncul dengan isu menyalahkan media walaupun sebenarnya dia sendiri yang tersalah cakap, tahun ini, dia menjadikan Sharizat Jalil pula sebagai sasaran.
Kebimbangan dan hasad dengki Zuraidah terhadap Sharizat Jalil sememangnya diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Zuraidah sangat sedar, jarak yang memisahkan antara dia dan Sharizat bagaikan langit dan bumi. Pada ketika Sharizat diterima oleh sebahagian besar wanita dalam negara ini, Zuraidah pula dilihat sebagai parasit yang sentiasa memalukan kaum wanita dengan perangai-perangai tidak senonoh dan lucahnya.
Sesuatu yang sangat jelas ialah, kongres nasional PKR 2011 sebenarnya hanyalah cerminan terhadap ketakutan sebilangan besar pemimpin PKR terutama sekali Azmin Ali apabila menyedari Anwar sudah tidak dapat ‘diselamatkan’ lagi daripada hukuman penjara. Untuk itu, Azmin Ali terpaksa mencipta cerita tentang Anwar bakal menjadi Perdana Menteri dan kesungguhan PKR untuk mengeluarkan Anwar dari penjara.
Agak menarik apabila sepanjang tiga hari Kongres tersebut berlangsung, Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana terdapat ramai perwakilan dan wakil rakyat PKR yang tidak hadir ke Kongres. Atau dengan kata lain, mereka seolah-olah enggan lagi terbabit atau menyokong kongres yang tidak lain hanyalah memperkatakan tentang Anwar Ibrahim dan kaum keluarganya semata-mata.
Amaran keras yang diberikan oleh Saifuddin Nasution, selain pemberitahuan oleh Anwar Ibrahim bahawa pencalonan akan datang akan lebih terbuka, selain menekankan tentang kesetiaan, pengkhianatan dan nilai moral, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, menyerlahkan sakit hati Anwar Ibrahim kerana dia bukan lagi figur yang menjadi kekaguman para ahli PKR. Dia yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai Dewa Penyelamat, kini tidak lebih daripada satu liabiliti yang bukan sahaja menyusahkan PKR, bahkan membebankan Pakatan Rakyat secara keseluruhan.
Itu belum lagi cacamarba yang diakibatkan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin yang cuba meraih perhatian orang Melayu. Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam keghairahannya untuk ‘mengenakan’ UMNO, akhirnya menghulurkan batang tengkuknya sendiri untuk dibelasah kawan-kawan sendiri. Cadangannya kepada UMNO agar mengusulkan cadangan agar diwujudkan klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hanya orang Melayu dibenarkan memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, bukan sahaja ditempelak oleh DAP, bahkan golongan bukan Melayu dalam PKR seperti Tian Chua dan Sivarasa.
Secara nyata, walaupun sudah lapan kali kongres dan walaupun sudah lebih sedekad para pemimpin PKR tercampak keluar dari UMNO, namun mereka tidak dapat dapat melupakan tentang UMNO sama sekali. Anwar Ibrahim sendiri sentiasa meratibkan UMNO malah dalam blognya, Anwar bercerita tentang kemusnahan yang bakal menimpa UMNO sekiranya terus berada di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak – sesuatu yang sebenarnya memperlihatkan kebimbangan keterlaluan Anwar Ibrahim terhadap reputasi Najib Abdul Razak yang jauh mengatasinya. sel13.com

Jika PKR mahu penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ketujuh, Pas juga bertegas mahukan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawat jawatan itu.
 
Perkara itu dinyatakan sendiri Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagaimana dipetik sebuah portal politik dalam ucapan dasar beliau di kongres PKR kelapan di Johor Bahru, 25 November lalu.
 
Harun tidak menolak, jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang dan Pas menyumbang kerusi yang banyak kepada PR, sudah tentu parti-parti lain tiada masalah untuk menjadikan Presiden Pas sebagai Perdana Menteri.
 
“Kalau mereka (PKR) mahu begitu, kita juga mahu Presiden Pas jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
 
Harun bagaimanapun menegaskan, perkara berhubung siapa jadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan buat masa ini memandangkan PR belum berjaya membentuk kerajaan.
 
Apa yang penting katanya, PR perlu bekerja untuk memastikan kemenangan menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum mengetengahkan soal pemimpin yang layak menyandang jawatan penting itu.
 
“Kita perlukan kemenangan dalam pilihan raya, itu yang penting. Soal siapa jadi perdana menteri, tidak mustahak. Kalau kita cakap besar tetapi tidak menang, tiada gunanya,” katanya.
 
Mengulas lanjut kenyataan Azmin, Harun menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menyifatkan Azmin hanya berkhayal.
 
Jelasnya, jika benar ada keputu­san­ bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri ketujuh, sudah tentu perkara itu telah dibincangkan secara rasmi membabitkan ketiga-tiga parti dalam PR.
 
Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarang perbincangan meja bulat mengenainya sehingga kini.
 
“Parti yang tidak boleh menubuhkan kerajaan sendiri bergantung atas keputusan bersama sebagaimana PR dan perkara ini akan diputuskan pimpinan PR. Sekarang ini (keputusan siapa jadi perdana menteri) belum ada.
 
“Itu dia (Azmin) punya pandangan tetapi bagi kita, selepas menang pilihan raya nanti baru diputuskan,” katanya.



Biarpun skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.
Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.
Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.
Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:
1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)


Saya bersyukur apabila saya menyertai Umno, saya diberi ruang sebebasnya (untuk bercakap tentang Islam). Tidak pernah ada sekatan bercakap tentang Islam," kita membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

"Sehubungan itu, saya mencadangkan setiap tiga bulan, buka ruang jemput orang agama beri pandangan. Jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah. Kalau nak nasihat pemimpin, inilah tempatnya," katanya.

Katanya, dalam perlembagaan Umno menyatakan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Tetapi apabila kita bercakap mengenai bangsa dan negara, kita bersemangat, tapi soal agama di mana orang agama?" soalnya ketika membahas usul agama, pendidikan dan sosial.

Fathul Bari yang juga anak sulung bekas mufti Perlis berkata demikian bagi mengulas rungutan kekurangan ilmuan agama untuk bersama-sama dengan Umno.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan antara "alasan popular" ilmuan agama kurang menyertai Umno kerana "tidak ada saluran untuk menyampaikan pandangan" mereka.

"Itu adalah realiti... Mungkin boleh (salur pandangan) di media baru, laman sosial facebook, blog atau twitter. Tetapi sejauh mana jawapan (dapat) diberikan, kalau 1,000 orang, (bagaimana keadaannya),"katanya.

Dalam perbahasannya juga, Fathul Bari mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi agar "mengumpulkan" pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

"Sebelum pelajar ke Timur Tengah, sama ada Mesir, Arab Saudi, transitkan mereka sebulan, dua bulan atau tiga bulan, dikumpulkan, di mana (mereka) diberikan pentarbiyahan dasar kerajaan bahawa kita mengambil berat pelajar di luar negeri.

"Kita cerita, mereka tidak pernah dianaktiri oleh pemerintah, cerita kebaikan kita," katanya yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah. - GAP
Wakil UMNO Pulau Pinang hari ini menarik perhatian perwakilan apabila melontarkan beberapa persoalan yang mendedahkan sifat sebenar serta pembohongan pembangkang.

Shabudin Yahaya dari UMNO Bahagian Tasek Gelugor melemparkan persoalan yang memperlihatkan betapa licik serta hipokrit Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan bersama DAP.

"Pas kata UMNO parti sesat, parti sekular. Namun, sedar atau tidak, siapa sebenarnya sesat dan mengamalkan pembohongan besar? Saya ingin tanya siapa yang sesat apabila menyokong komunis? Siapa yang mengkhianati Islam dengan menyokong liberalisme dan plurallisme antara agama bersama DAP?

"Bagaimana perjuangan menubuhkan negara Islam? Siapa rakan Pas kalau bukan Ambiga? Malah, siapa pula pergi haji ditaja oleh tauke balak tetapi tak jadi?" katanya ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini.

Beliau mempersoalkan sikap sebenar pembangkang yang sanggup memfitnah polis apabila ada pemimpin Pas mengatakan telah dilanggar oleh anggota keselamatan itu pada perhimpunan haram Bersih 2.0 pada September lalu.

Shabudin juga melontarkan persoalan mengenai identiti pemimpin pembangkang yang meminta langkah mayatnya dahulu kalau mahu melaksanakan hukum hudud.Beliau turut menyoal tentang siapakah Ahli Parlimen DAP yang mengagihkan daging korban baru-baru ini dan mempergunakan Islam untuk meraih sokongan politik.

Soalan paling kritikal dilontarkan Shabudin ialah siapakah pemimpin pembangkang yang sanggup mengkafirkan ahli UMNO semata-mata kerana politik selain siapa yang mahu meruntuhkan penjara sekiranya 'de facto' PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipenjarakan jika didapati bersalah atas tuduhan liwat.

"Inilah rupa pemimpin PKR, DAP dan Pas. Inilah angkara mereka. Mereka kata UMNO sesat dan korup. Siapakah sebenarnya sesat dan korup? Ibarat 'kata dulang paku serpih, mengata orang dia (pembangkang) yang lebih," katanya.Beliau menegaskan bahawa UMNO sebenarnya parti yang menegakkan Islam melalui penubuhan majlis agama negeri yang menguruskan hal ehwal Islam dengan persetujuan raja-raja Melayu selain program pembangunan agama itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bergelora jiwa rasa membuak-buak mendengar laungan keramat ‘Hidup UMNO’ bergema. Biarpun saya bukan perwakilan dan tidak dapat menikmatinya di dalam Dewan Merdeka tetapi teramat bangga saya dilahirkan sebagai Melayu serta disemai semangat perjuangan bersama UMNO sejak saya kecil.
Walaupun saya hanya berada di perkarangan PWTC yang menjadi kebanggaan UMNO, saya masih tetap tidak mahu ketinggalan dengan momen bersejarah ini.
Saya merasai setiap perubahan yang kini disebut sebagai transformasi sebagai aspirasi golongan muda. Bagaimana mungkin boleh dinafikan bukan hanya oleh saya malahan oleh semua warga Malaysia waima pembangkang yang berhempas pulas mewujudkan manipulasi dan persepsi terhadap UMNO.
Saya amat yakin, parti-parti pembangkang juga mengikuti perkembangan UMNO, dalam kata lain mereka iri hati dengan apa yang telah dilakar oleh UMNO kerana parti ini adalah parti keramat yang lahir atas jiwa perjuangan sejati demi agama, bangsa dan negara.
Pembangkang tidak akan dapat menikmati laungan perpaduan dan semangat kebangsaan sebagaimana UMNO kerana di dalamnya penuh dengan syak wasangka, tidak ikhlas dan gagal mengaplikasikan agenda konsensus berbanding UMNO yang luhur menjulang kegemilangan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Hidup UMNO! Hidup Melayu! 
UMNO Online

Saturday, December 3, 2011


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia.

Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ‘membetulkan kesilapan’ dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara. “Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, semalam. 

Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama. 

Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku – kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan. 

“Ini adalah perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan. 
“Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini,” katanya. 

Dalam ucaptamanya bertemakan ‘Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21’, beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik. 

“Demokrasi adalah satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi,” katanya. – BERNAMA

Thursday, December 1, 2011



Percanggahan pendapat diantara ulamak adalah perkara biasa, asalkan ianya selari dengan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kekeliruan didalam Islam pula sering berlaku samada ia secara sengaja ataupau tidak, kadangkala ianya akan menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap Agama Islam itu sendiri.

Bagi kebanyakkan umat Islam yang hanya mempunyai asas agama fardhu-ain, mereka seringkali terpengaruh dengan orang agama yang pada fizikalnya warak dan alim, apa saja yang mereka terima akan dijadikan sebagai pegangan hidup.
Apa yang mengelirukan kali ini mengenai ceramah politik seorang anak muda yang berpengetahuan tinggi didalam agama dikenali sebagai Ustaz Shamsul Zaman Sukri atau terkenal dengan panggilan ‘ Ustaz Budak ‘. Beliau Berasal dari Kampung Paloh Rawa Machang, Keluarganya juga dari keturunan ulamak dan pengasas pondok di Paloh Rawa.
Sabda Nabi وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ  yang bermaksud ” Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku, yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah “. Ianya jelas dan perkara ini umum mengetahuinya, tetapi bilamana ada kesamaran hujah yang disampaikan sedikit sebanyak ia akan mengelirukan umat Islam. seterusnya..


Pembangkang diumpamakan seperti kisah filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul 6 Jahanam yang disifatkan sebagai sebagai versi 6 jahanam moden.
Khairy Jamaluddin berkata polemik politik jijik pembangkang yang cuba berangan-angan melaksanakan formula kehancuran negara dalam usaha mengangkat mereka di mata rakyat dalam usaha merebut kuasa.
Tindakan pembangkang yang cuba menjahanamkan sistem demokrasi negara dengan seringkali menggunakan kebangkitan  di Timur Tengah untuk menghasut rakyat ke arah revolusi jalanan seolah-olah sistem demokrasi tidak wujud di negara ini.
Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN.  Pada mereka BN adalah pencuri pilihanraya, menidakkan suara rakyat, dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.  Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?
Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Azmin Ali dengan gah mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya.
Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar.  Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan.  Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka.
Formula enam jahanam mereka seterusnya adalah untuk menjahanamkan sistem pentadbiran selain mejahanamkan maruah serta sejarah negara.
BN adalah satu parti yang telah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara.  Semangat setiakawan antara parti komponen dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan Jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri.
Bagaimana pula dengan pembangkang?  Sehingga kini, mereka masih gagal memberikan kita Kabinet Bayangan.  Yang mereka ada, 3 penyelia untuk satu portfolio – tiga kepala, satu badan.  Bayangkan kalau mereka perlu menubuh kabinet di masa hadapan – siapa Perdana Menterinya?  Anwar, Guan Eng atau Haji Hadi?
Begitu juga dalam soal pengurangan kakitangan awam yang mana tiada langsung sebab untuk kurangkan saiz kakitangan awam.  Sesungguhnya, bagi penjawat awam yang bakal mengundi kelak, undi untuk pembangkang adalah sama seperti menabur pasir ke periuk nasi sendiri.
Dan bayangkan pula apa akan jadi kepada pentadbiran undang-undang?  PAS mahu laksanakan hudud, tetapi DAP pula minta langkah mayat mereka dulu.  Jika Pakatan mengambil alih Kerajaan Persekutuan, apakah akan ada undang-undang berbeza di negeri berbeza?  Apakah definisi jenayah sendiri akan berubah mengikut geografi?  Kalau mencuri di Kelantan, potong tangan.  Kalau di KL, sumbat penjara.  Kalau di Pulau Pinang, itu kita tengok dulu apa kata Khalifah Lim Guan Eng.
Inilah realiti sekiranya penjunjung komunis dibiar mentadbir negara.  Lesap habis segala fakta sejarah.  Kesemuanya bakal diganti mitos pro Komunis yang menyanjungi pengganas, para pembunuh anggota polis.  Sejarah negara dan asal usul bangsa menjadi mangsa keempat pakatan jahanam.
Kata beliau lagi jati diri bangsa serta  kemakmuran ekonomi negara yang seolah-olah tidak menjadi fokus kepada pembangkang menyerlahkan sikap rakus mereka yang hanya mengambil jalan populis.
UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.  Malangnya ini bukan fokus Pakatan Rakyat.  Yang mereka tahu, gadaikan kepentingan bangsa, cabar kesucian agama, asalkan kepentingan politik mereka terjaga.
PAS dan PKR masih sanggup bersekongkol dan hanya mendiamkan diri melihat orang Melayu di Pulau Pinang diasak dan dipijak-pijak oleh DAP.  Hari ini, menjadi orang Melayu di Pulau Pinang, tak ubah seperti merempat di bumi sendiri.  Bukan sekadar jatidiri Melayu hancur, warna kulit kita pun dah dipersenda.
Pembangkang mengapung-apungkan kononnya mereka sebuah kerajaan yang bersedia memberikan segala-galanya secara percuma kepada rakyat.  Saya teringat akan satu pesan bidalan lama – yang manis jangan segera ditelan, yang pahit jangan segera dibuang.  Inilah formula Pakatan pembangkang.  Janji manis, pendekatan populis, negara muflis.


Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya “hitam metalik” dan haram jadah. Ini bukan kali pertama barua DAP ni buat hal...
Sebelum ini Nga Cock Ming bukan main dia berlakon baca surah "aura" kononnya dia paham pasal Islam..punyalah puak-puak PAS puja pastor kristian ni mengalahkan Tok Guru agama..
Selepas itu barua ni buat hal lagi masuk dalam rumah orang Melayu pakai kasut..Malaysia dah 50 tahun lebih merdeka.. Kaum pendatang dari China ni pun dah 3-4 generasi duduk menumpang di Tanah Melayu ni.. Takkan lah tak tau lagi adap orang melayu didalam rumah? 
EP rasa ini bukan adap orang Melayu saja..malah sudah menjadi adap rakyat Malaysia. Selama EP hidup ini tak pernah lagi EP masuk mana-mana rumah orang pakai kasut walaupun tuan rumah itu bukan berbangsa Melayu..Nga cock Ming masuk rumahnya pakai kasut ke??

Sudah menjadi trend DAP, buat kenyataan yang macam haram jadah dan tidak memikirkan sensitiviti orang lain....kalau dapat sokongan dialah pembela rakyat tapi kalau rakyat kecam dan marah..minta maaf macam tiada apa apa yang berlaku...Tengok saja isu penukaran jalur gemilang oleh Manoharan, isu setiausaha politik Guan Eng, ADUN Komtar yang mengeluarkan kenyataan rasis dan banyak lagi...

Adakah parti kurang ajar dan rasis seperti ini yang kita mahukan untuk memerintah negara kita??


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Perwakilan Kelantan, Che Hanuni Che Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Bachok, berkata Nik Aziz perlu bertanggungjawab dan jangan hanya pandai meletakkan kesalahan pada pihak lain. “Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan. 

“Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal, perangai pemimpin dan penyokong PAS, mereka akan melemparkan keburukan itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

“Mereka (PAS) hanya hendak yang baik-baik, perkara buruk semuanya milik orang lain. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari hingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang, manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang. 

“Di Kelantan sebenarnya banyak yang retorik, mereka hanya meletakkan papan-papan tanda di jalanan seperti 'membina generasi al-Quran' 'bersama kepemimpinan ulama' tapi realitinya hanya omongan kosong,” katanya ketika membahas usul sosial pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO, semalam. 

Katanya, keruntuhan akhlak di kalangan anak muda kini semakin membimbangkan dan ibu bapa perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke lembah kehinaan. BH



Panas...panas...dengar-dengar cerita Azmin Ali kena sembur dengan Anwar tempoh hari berikutan kegagalan kongres PKR di Pulai, Johor. Apa yang digambarkan oleh Malaysiakini dan Malaysia Insider kononya Kongres PKR sangat berjaya dan mampu meletakkan PKR di landasan kemenangan dalam PRU yang akan datang hanyalah retorik semata-mata.
Rupa-rupanya ada pepecahan dalam PKR yang cuba disembunyikan oleh mereka. Banyak kenyataan sindir menyindir yang dikeluarkan antara pemimpin atasan PKR semasa mereka menyampaikan ucapan yang membuatkan Anwar berang. Yang paling ketara ialah antara Azmin dan Nurul Izzah.
Apa yang EP dapat tahu Azmin dan Anwar bertikam lidah semasa mesyuarat tertutup kepimpinan tertinggi PKR mempertahankan pendapat masing-masing. Menurut sumber Anwar telah menyalahkan Azmin dalam kegagalan kongres tersebut. Ada beberapa benda yang Anwar tak puas hati . 
Antaranya ialah mendesak UMNO UMNO meletakkan klausa Melayu sebagai PM. Anwar menganggap usaha tersebut sebagai tindakan bodoh dan tidak memandang ke depan. Sudahnya, PKR sendiri kena memperbetulkan statement yang dibuat oleh Ketua Pemuda. Anwar marah, kerana jika UMNO berani menyahut gesaan itu, PKR dan PAS akan kelihatan sebuah parti yang sangat dungu di kalangan orang Melayu. 
Anwar minta Azmin dan Ketua Pemuda lihat kembali kepada fakta. PKR memerlukan undi Melayu pada ketika ini. Jika UMNO membuat keputusan membawa semangat sama – PKR dan PAS akan berdepan dengan suasana politik yang sukar.
Kesalahan ini diletakkan atas kepala Azmin sebabnya semua ucapan atau kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda kencing dalam seluar sepatutnya dibawa kepada pengetahuan Timbalan Presiden parti dan Azmin sepatutnya menjaga apa yang bakal diperkatakan oleh Pemuda supaya tidak meletakkan parti di dalam keadaan yang sangat bermasalah.
Lagi satu kenyataan Azmin nak runtuhkan tembok penjara jika anwar disumbatkan dalam penjara...aik macam confirm je Anwar nak masuk penjara. Anwar sebenarnya sangat marah dengan Azmin dengan ucapan itu. Mana tak marah, Anwar masih bebas tapi Azmin dah berlagak macam hero parti nak selamatkan Anwar.
Kalau Azmin nak bodek pun agak-agak la sikit..bukan saja EP, perwakilan yang datang ke kongres tersebut pun nak tergelak dengar kenyataan itu...sendiri mau faham laaa yek.. 

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.