Tuesday, November 15, 2011


Ramai pemimpin-pemimpin pakatan haram menyedari konsep Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu 1 Malaysia mula mendapat tempat dihati rakyat. Kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana boleh dikatakan menarik nafas lega kerana kerajaan BN prihatin dan berusaha untuk meringankan beban mereka seperti yang dijanjikan. 

Menyedari kelebihan yang dimiliki oleh Kerajaan BN ini terutamanya apabila PRU yang semakin hampir, ada berita yang mengatakan Anwar telah mengeluarkan satu arahan yang khusus kepada pemimpin utama pakatan haram supaya mensabotaj usaha murni Kerajaan BN dalam apa jua keadaan sehingga imej Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Menu Rakyat 1 Malaysia tercemar dan dibenci rakyat.

Oleh sebab itu kita dapat lihat bagaimana Tony Pua dan Nurul Izzah yang mempunyai kepakaran menabur fitnah mengatur propaganda negetif mengelirukan dan memperdaya rakyat dengan membuat fitnah dan membina persepsi palsu mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Mereka cuba untuk mensabotaj Kedai Rakyat 1 Malaysia walaupun pada hakikatnya Kedai Rakyat 1 Malaysia banyak membantu rakyat membuat pilihan membeli beberapa barangan dengan harga lebih murah.

Apa yang EP dapat lihat, puak-puak pakatan haram ini seperti hilang akal dan sanggup membodohkan diri mereka. Bagi mereka, apa saja yang dibuat oleh Kerajaan BN semuanya tipu dan hanya menguntungkan kroni-kroni dan bukannya rakyat.

Terimalah hakikat bahawa Kedai Rakyat 1 Malaysia terbukti keberkesanannya dan menjadi buah mulut rakyat , puak-puak pakatan haram hanya tahu mencari pelbagai alasan yang meloyakan tekak untuk menafikan semua yang baik. Nak buat macam mana..itu saja yang mereka pandai.


Sudah-sudahlah kalau nak impress Anwar pun...jangan disebabkan ketakutan yang amat sangat di atas kejayaan kerajaan BN memberikan yang terbaik untuk rakyat, puak-puak ini sanggup bodohkan diri dengan membuat satu kerja yang tak berfaedah. Sedarlah bahawa rakyat dah meluat dengan perangai hodoh tu.

Ini buktinya....





Mydin Mohamed Holdings Bhd menyifatkan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) mengenai kualiti sembilan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak memenuhi piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1983 (Akta 281) sebagai tidak berasas.

Pengarah urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, tindakan pembangkang tidak munasabah kerana mereka membandingkan produk yang salah dan kualiti berlainan.

“Di sini, kami kemukakan hasil kajian terhadap sembilan produk dikatakan tidak mencapai piawaian oleh pihak pembangkang. Ternyata mereka ini menggunakan isu barang KR1M untuk tujuan politik.

“Dengan penjelasan ini, kami berharap kebenaran terbukti kerana tujuan kami ingin menjelaskan kepada rak­yat mengenai isu diperkatakan. Kita hendak berniaga bukannya berpolitik,” katanya pada sidang media menjawab kenyataan dikeluarkan PR berhubung isu harga dan kualiti produk KR1M, semalam.

Terdahulu, PR mendakwa sembilan produk KR1M iaitu susu segar, jem nanas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, sos tiram, minyak sapi, sardin dan kari ayam dalam tin tidak memenuhi piawaian.

Ameer berkata, Mydin Mohamed Holdings Bhd sebagai pengendali KR1M setakat ini tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung isu sembilan produk tersebut.

Pada sidang media itu, pembekal sembilan produk didakwa produknya tidak berkualiti hadir bagi memberi penjelasan berserta laporan makmal mengenai dakwaan PR.SH



“Saya, Azizah dan keluarga tentunya ‘terkesan’ juga dengan tuduhan dan tohmahan dan fitnah yang baru…tapi alhamdulillah dengan bahan bukti yang baru ini memberikan ‘kelegaan yang besar’ kepada kita”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan sidang media menangkis dakwaan kes liwat II pada 29 Julai 2008.
Lihat minit 09.08 hingga 09.22 dalam video di atas...
AIDC

Banyak betul aktiviti Wardina bersama Nik Nazmi...
Agak-agaknya apa yang dibincangkan oleh mereka??
hal perniagaan?? hal politik? atau..jumpa rakyat sebelum menjadi calon??

**asyik berkepit dengan Nik Nazmi..suami Wardina tak cemburu ke??

Hahaha...mimpila betina ni nak menyesal dan minta maaf secara terbuka kepada blogger pro UMNO. Berlagak macam bagus...Apa yang EP boleh cakap betina ni gila publisiti murahan..sengaja cari pasal dengan blogger pro UMNO untuk mempopularkan dirinya..Baru Nik Nazmi bloeh rekomen namanya jadi calon...itu pun ada hati lagi nak mengatakan dirinya tidak berminat dengan politik...


Jawapan atau kenyataan yang dibuat menerusi twitter oleh Wardina mengenai tuduhan yang dibuat oleh beberapa blogger pro UMNO jelas menunjukkan betina ini tidak secerdik mana...marah bila orang mengata atau bercakap mengenainya tetapi dia sendiri berbuat perkara yang sama.


EP tak da hal kalau Wardina nak marah atau bengang dengan tuduhan atau persepsi yang dibuat oleh beberapa blogger itu tetapi kenapa perlu mengaitkan semua blogger pro UMNO dengan masalah ini. Wardina patut selesaikan isu ini antara mereka dan bukannya melibatkan orang yang tidak bersalah...

Seramai lebih daripada 200 orang blogger pro UMNO disindir tidak tahu menulis melalui kenyataan 'tweet' tersebut. Bukan semua blogger pro UMNO membenci atau prejudis terhadap Wardina namun kenyataan itu terlalu umum dan sememangnya seperti ingin membentuk permaslahan dan cuba 'berperang' dengan kami.
EP harap selepas ini Wardina berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan berfikir sensitiviti semua pihak kerana ''lain padang lain belalang, lain orang lain lah ragamnya, demikian pula lain lubuk lainlah ikannya''. 
Cerita banyak tidak ada guna, buat kenyataan maaf secara terbuka sudah memadai. Jika masih berkeras hati tidak mahu meminta maaf, maka ia seperti menempah 'peperangan' dengan kami. Baca Seterusnya...

Agak pelik bila pemimpin DAP menyuarakan hasrat mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan untuk berjimat jika memerintah negara tetapi pada hakikatnya mereka menunjukkan contoh yang sebaliknya...cakap tak serupa bikin..jika sewaktu  Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau hanya mempunyai 13 kakitangan, tetapi hari ini di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, bilangan itu bertambah kepada 28 orang yang dilantik secara kontrak. 

Ini disebabkan Lim Guan Eng selalu tidak berada di kawasan dan juga pejabatnya untuk menguruskan hal-hal kerja disebabkan jadual politik yang ketat. Oleh itu dia memerlukan ramai orang untuk menguruskan tugas-tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepadanya......Gaji + elaun Guan Eng saja sudah mencecah setengah juta ringgit setahun...dicampur pula dengan 28 gaji untuk 28 orang...bukankah itu satu pembaziran duit kerajaan negeri....

Kalau DAP kata kakitangan perkhidmatan awam perlu dikurangkan, sepatutnya kerajaan negeri pembangkang perlu buktikan dulu. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memberi maklumat palsu tentang skandal video seks telah diserahkan kepada Peguam Negara.
“Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara, saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara” katanya dalam sidang media semalam selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Kuala Lumpur.
Pada 22 Mac lalu, Anwar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang menafikan beliau adalah lelaki dalam video aksi seks bersama seorang pelacur China tersebut.
**EP harap Pejabat Peguam Negara tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah secepat mungkin supaya identiti pelaku dalam video seks bersama chinadoll itu terjawab...EP pasti pihak yang membontot Anwar akan memberi tekanan supaya kes ini digugurkan dan tidak dibicarakan. Jika perkara ini berlaku..ianya hanya akan memberi contoh yang tidak baik pada rakyat Malaysia...kantoi buat laporan palsu tapi tiada tindakan undang-undang akan dikenakan walaupun didapati 99.9% sama....(boleh dijadikan rujukan di mahkamah jika mana mana rakyat Malaysia mengalami situasi yang sama......)

PANAS : AYAM HUTAN UNTUK DILANGGAN....


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.

Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.


Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.



Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin. HMetro


**Walaupun DAP percaya Anwar mempunyai masalah moral yang keterlaluan dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri jika berkuasa, bagi DAP hanya Anwar berupaya memecahbelahkan kuasa politik orang Melayu di Malaysia. Selagi Anwar berada bersama Pakatan Haram, selagi itu PAS dan PKR akan tunduk dan patuh pada DAP.

Disebabkan alasan itu Karpal dan DAP telah mengambil keputusan untuk membela Anwar walaupun pada hakikatnya mereka sedar Anwar sebenarnya tidak layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.


DAP sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai prinsip parti itu semata-mata mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sedangkan sebelum ini katanya, Karpal sendiri yang telah mendesak supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang ekoran rancangan pemimpin PKR itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
“Ini menunjukkan hanya kerana mahu mengambil alih Kerajaan Persekutuan, DAP sanggup menukar pendirian dan menentang prinsipnya sendiri. 
“Jika pemimpin seperti Karpal boleh dengan mudah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, ini membuktikan DAP sanggup membuat banyak pusingan U dan menentang prinsip sendiri semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataannya berkata, pendirian Karpal yang mendakwa hanya Anwar yang layak menjadi Perdana Menteri adalah satu pembohongan bertujuan memperdaya rakyat. 
Menurut beliau, DAP seringkali menguar-uarkan janji kononnya Anwar merupakan pilihan pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri selain menjadikan Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Bagaimanapun, dakwaan mereka itu tidak pernah disokong atau dipersetujui oleh Pas,” katanya.Sebaliknya kata beliau, Pas telah menegaskan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang lebih layak memegang jawatan Perdana Menteri.UM


Perpecahan umat Islam menjadi faktor utama timbul pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti dan kesucian agama tersebut di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perpecahan itu juga memberi peluang kepada pihak tertentu membangkitkan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama rasmi Persekutuan itu.

"Melihat umat Islam tidak bersatu dalam konteks fitrah dan pemikiran menyebabkan mereka berani mendakwa Islam sudah hilang kekuatannya.

"Mungkin kita boleh berbeza dalam pandangan politik tetapi dalam konteks itu kita perlu bersatu," katanya selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di sini, hari ini.

Seminar kali ketiga anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu bertujuan memberi kefahaman tentang kedudukan agama Islam dan memastikan ia terpelihara sebagai agama rasmi negara.

Menurut Jamil Khir, seminar itu juga berperanan sebagai platform bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan Islam dan mencari titik penyelesaian bagi setiap masalah yang dibangkitkan.

"Kalau orang Islam boleh bersatu seperti dalam seminar ini misalnya, pihak lain akan nampak kesatuan kita dalam menghadapi sesuatu isu dan ia akan memberi pengajaran kepada mereka untuk menghormati agama Islam," katanya.

Justeru itu ujarnya, masyarakat sama ada Islam mahupun bukan Islam perlu diberikan pemahaman yang betul mengenai agama itu agar tidak timbul perkara yang boleh mencetuskan kegelisahan antara kaum.UM

Ep amat tertarik dengan kenyatan yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin didalam blognya satu ketika dulu mengenai rahsia ANWAR. Apa agaknya rahsia besar yang disimpan oleh  YB Zul mengenai ANWAR?? Adakah rahsia itu dapat membantu untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanahair daripada si pengkhianat seperti ANWAR...

Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.
Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.

Monday, November 14, 2011


Siapa harus dipersalah jika perkara ini berlaku pada anak-anak anda?? Pihak kerajaan yang menghalang Festival Seksualiti Merdeka dianjurkan agar perkara-perkara seperti ini dapat dibendung atau Anwar dan Ambiga yang membela puak-puak ini atas alasan hak asasi manusia...??




“Seorang anak negeri Pulau Pinang boleh membuat kerja enam orang Malaysia” — Lim Guan Eng
YouTube (bawah) ialah rakaman ucapannya di Pesta Budaya Zhongguo (China) anjuran jabatan pelancongan Pulau Pinang baru-baru ini.
Ianya julung kali pesta tersebut diadakan di negeri itu dan Guan Eng menjangka ia akan berkembang menjadi acara tahunan yang membanggakan.
Guan Eng mula berucap minit 1:36 berselang-seli bahasa Inggeris dan pu​tong​hua (Mandarin).
Semua yang berkaitan Pulau Pinang dia letakkan sebagai terbaik dan ternama, iaitu tempat pelancongan indah Top 10, makanan enak, amalan mesra alam serta mempunyai tenaga kerja yang kuat daya saingnya.
Seperti biasa ketua menteri itu masuk bakul angkat sendiri.
3:05  “We have the greatest drop in crime rate in Malaysia”.
3:15 “We’re also No.1 in terms of attracting investment into Malaysia.”
4:10 虽然只有区区的百分之六的人口,
(Meskipun anak negeri Pulau Pinang hanya enam peratus daripada jumlah penduduk negara)
我们在外資方面能貢献全马来西亚的白分之三十六的外資.
(Namun dari segi pelaboran asing, kami menyumbangkan 36 peratus FDI yang masuk Malaysia)
Dalam bahasa Hokkien – “orang Pulau Pinang cukup hebat tenaga”
4:30 一个槟州人能够做六个大马人的工作.
(Seorang anak negeri Pulau Pinang boleh membuat kerja [setanding dengan] enam orang Malaysia)

PERBINCANGAN mengenai kewujudan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 terus menjadi topik hangat untuk diperdebatkan terutamanya seksyen 15 dalam AUKU yang berkaitan dengan mahasiswa. 

Bagaimanapun, masih ramai yang gagal memahami AUKU ini dengan baik. Pemahaman mengenainya dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat kampus dikatakan masih berada di tahap rendah.

Jadi kita akan melihat sesetengah mahasiswa mahupun masyarakat akan terpedaya dengan permainan persepsi segelintir pihak yang memburukkan AUKU dengan momokkan bahawa AUKU ini "zalim", "tidak bebas" dan pelbagai lagi. Mereka ini sebenarnya berniat untuk memansuhkan AUKU demi kepentingan dan agenda pihak-pihak tertentu.

Pertama sekali, kita perlu faham bahawa kewujudan AUKU ini bukan hanya berkaitan mahasiswa tetapi lebih banyak memfokuskan penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. Ini adalah perkara asas yang perlu difahamioleh semua pihak termasuklah mahasiswa. Salah satu seksyen dalam AUKU yang menyentuh mengenai mahasiswa adalah Seksyen 15. Hampir keseluruhan seksyen dalam AUKU pula menyentuh berkenaan penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. 

Jadi seharusnya tidak timbul isu bahawa AUKU ini perlu dimansuhkan kerana selain Seksyen 15, lain-lain seksyen menyentuh berkenaan pihak universiti. Seksyen 15 dalam AUKU dikatakan oleh segelintir pihak sebagai "tidak bebas" kepada mahasiswa. Kewujudan seksyen tersebut dalam AUKU ini mempunyai beberapa kepentingan.

* Ia memberi kebebasan kepada mahasiswa daripada terikat dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik dan kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri. 

* Ia menghalang mana-mana parti politik daripada cuba membawa politik kurang sihat ke dalam kampus. Hal ini bagi memastikan tidak berlaku gangguan kepada pembelajaran.

* Perpecahan dalam kampus mengikut parti politik dapat dielakkan kerana kita perlu faham budaya politik Malaysia ini kadang-kala terarah kepada budaya kurang sihat. Elakkan kampus menjadi medan meraih sokongan parti politik dan akhirnya wujudlah bahagian UMNO, PKR, Pas dan DAP di dalam kampus kerana ingin meraih sokongan.

* Hasil daripada Seksyen 15 dalam AUKU, maka politik kampus yang wujud sehingga hari ini cukup sebagai medan latihan kepada mahasiswa dalam persediaan menghadapi dunia sebenar. Hal ini kerana politik kampus dan politik luar adalah dua perkara berbeza dan mempunyai budaya politik berbeza.

* Golongan majoriti mahasiswa yang ingin belajar dapat berada dalam keadaan harmoni dan aman tanpa gangguan budaya politik yang kurang sihat. 

* Kewujudan mahasiswa sebagai "Third Party" yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak adalah penting dalam pembangunan negara dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat kampus. Ini kerana mahasiswa akan terlibat dalam pembangunan negara dan dasar-dasar kerajaan sebagai "Third Party" bukannya memihak kepada mana-mana pihak.

* Mahasiswa pada hari ini bebas untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan bermotifkan politik. 

Penglibatan dalam NGO sudah cukup untuk memastikan pelajar dapat mengasah bakat kepimpinan dan mewujudkan kebebasan bersuara atas platform persatuan tanpa ada pengaruh ideologi politik. 

Kita dapat lihat beberapa kepentingan Seksyen 15 dalam AUKU sebenarnya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk menilai dan bersifat neutral dalam memberikan pandangan atas nama mahasiswa. 

Kita perlu lihat semula Seksyen dalam AUKU yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 15 (5)(a) mengatakan: 

"Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia".

Dalam Seksyen 15(5)(a) menjelaskan bahawa golongan mahasiswa tidak boleh menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik. 

Selain itu, Perkara 10(2) dalam Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan bahawa sekatan kebebasan dibolehkan demi kepentingan pendidikan. Dalam erti kata lain, ia sebenarnya membuka ruang dan kebebasan yang terpimpin kepada mahasiswa bukannya kebebasan mutlak yang dicanang-canang oleh pihak-pihak tertentu.

Jika kita buka juga ruang untuk mahasiswa terlibat dengan parti politik, jangan terkejut jika pensyarah juga akan memohon perkara sama kerana mereka lebih "matang" berbanding mahasiswa. Akhirnya kampus menjadi medan berpolitik dan akan menyimpang daripada matlamat asal pengajian tinggi.

Jika seksyen 15(5)(a) ini dimansuhkan maka pelbagai perkara buruk berlaku di dalam kampus. Provokasi dengan membawa bendera dan memakai baju parti akan mencetuskan keadaan kurang selesa di dalam kampus. Lebih teruk lagi jika provokasi ini membawa kepada fitnah dan pergaduhan. 

Jadi, kerajaan pada hari ini perlu membuat rayuan dengan membawa kes berkaitan dengan Seksyen 15(5)(a) ini yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Hal ini adalah demi kepentingan majoriti mahasiswa yang inginkan kampus mereka aman dan harmoni. 

Keseluruhannya, AUKU, Seksyen 15 dan Seksyen 15(5)(a) mempunyai kepentingan masing-masing dan kewujudannya memberikan ruang dan kebebasan kepada mahasiswa bukannya dizalimi atau disekat seperti dikata oleh segelintir pihak.UM

PANAS : AJK PAS LACURKAN GURU.....??

 
Melacurkan agama untuk kepentingan politik sudah menjadi kerutinan PAS sejak sekian lama. Kenyataan terbaru AJK PAS, Idris Ahmad yang tidak bersetuju dengan saranan kerajaan untuk menetapkan waktu bekerja 9 jam kepada guru adalah satu lagi francais pelacuran PAS, kali ini melibatkan guru-guru.

Ini kerana mereka yakin sokongan guru memihak kepada mereka dan cara terbaik adalah cuba 'berlakon' seprihatin mungkin dengan rakyat dalam profesyen itu.

Kementerian bukan membuat keputusan sesuka hati, tapi telahpun membuat kajian menyeluruh dan percubaan terperinci sebelum membuat sesuatu keputusan. Bukan kerajaan mahu membebankan golongan guru, tetapi mahukan guru menjalani waktu kerja tetap tanpa perlu merungut dengan tugasan yang diberikan di luar waktu kerja.

Itu keprihatinan kerajaan untuk memastikan guru juga dapat menikmati cuti hujung minggu seperti kakitangan kerajaan lain, tanpa perlu datang untuk sebarang aktiviti pada hari Sabtu atau Ahad bila segala urusan pasti boleh diselesaikan dalam tempoh bekerja 9 jam sehari.



 
Seperti biasa PAS cuma pandai berkokok demi serakah kuasa, tanpa sebarang reseach dan permodelan dari mana-mana sumber.

Golongan guru di Britain contohnya telah lama terbeban dengan waktu kerja melangkaui 50-60 jam seminggu... atau jika dicongak secara purata 5 hari, waktu berkerja mereka mencecah lebih 10 jam sehari

Britain's biggest teachers' union has voted unanimously for industrial action. in support of a shorter working week. The National Union of Teachers adopted the motion as part of a joint campaign with other teachers' unions.

Campaigners call for a 35-hour working week for teachers. Earlier, an independent review found that many teachers worked more than 50 hours a week in term time, with some exceeding 60.
- RUJUK DI SINI (KLIK)

Dan kajian menunjukkan, waktu kerja 9 jam sehari (45 jam seminggu) adalah jangkawaktu paling efisen untuk golongan guru berkhidmat. Seperti juga pernah diusulkan di Britain...KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA (TINGGALKAN SATU PELURU)

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Seperti katanya, menegur sudah, marah sudah dan menangis pun sudah, namun ternyata apa yang dihajati dan diharap belum sepenuhnya tercapai. Malah perpecahan dalam kalangan Melayu dilihat semakin berada pada tahap kritikal.

“Biarpun ada orang benci pada saya, ada orang marah pada saya, tapi saya perlu katakan itu...bahawa orang Melayu perlu bersatu.” kata Tun.


Paling kritikal dan penting pada waktu ini ialah perpecahan orang Melayu. Ia mesti diatasi segera. Ini Kerana Melayu kini sudah mempunyai pelbagai parti politik yang mereka boleh sokong. Dulu hanya Umno dan Pas, sekarang tidak lagi, Sudah ada KITA dan sebagainya. Jadi kita orang Melayu sudah berpecah menjadi tiga atau mungkin lebih.


Kita perlu sedar kita tidak lagi menjadi majoriti. Sedangkan untuk memerintah, kita bergantung kepada majoriti. Sekarang siapa yang menang itu yang kita sokong, jadi kita terpaksa menunggu keputusan mereka.


Sudah banyak kali saya katakan, orang Melayu kena bersatu. Tapi kita degil. Sebagai contoh Pas, mereka Melayu tetapi mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Sedangkan Umno minta kerjasama dulu tapi mereka tidak mahu, dengan DAP mereka mahu. Ini yang saya kata Melayu tidak mahu bersatu.


Dengan DAP mereka sanggup gugurkan Negara Islam. Pada pandangan saya mereka ini hanya bekerjasama untuk menang sahaja. Tentang prinsip perjuangan, mereka tidak peduli. Melayu yang sedar hari ini perlu kembali bersatu demi survival bangsa.


Rindu dengan cara pemerintahan Tun, semua boleh bersatu tidak kira apa bangsa, ekonomi meningkat, negara semakin maju, rakyat sudah mampu hidup mewah tapi semua sudah berlalu. Saya mendoakan kesejahteraan Tun agar dapat memberi buah fikiran yang bernas kepada pemerintahan DS Najib


Sedutan wawancara antara wartawan
Sinar Harian dengan Tun Dr Mahathir

Peringatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tentang anasir anti-establishment perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi memastikan ketenteraman dan keharmonian negara terus terpelihara.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sejak kebelakangan ini terlalu banyak cubaan untuk mengganggu gugat sensitiviti rakyat hingga ada yang sanggup mencabar institusi raja dan kedudukan agama Islam.

"Titah tuanku amat bertepatan sebagai sultan yang menjadi payung kepada rakyat dan negara, kerana jika berlaku anasir yang menggugat keharmonian maka musnahlah kerukunan dalam masyarakat dan Islam sebagai tunggak negara," katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Semalam, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan. 

Sultan Kelantan semalam menyeru semua pihak agar berhenti daripada bermain api dan bersikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.
Jamil berkata, rakyat negara ini perlu mempertahankan keharmonian negara yang dikecapi sejak kemerdekaan dan tidak terpengaruh dengan anasir yang memecahbelahkan masyarakat.

Menurutnya, jabatan agama Islam negeri-negeri juga sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya untuk memastikan kedudukan Islam tidak diganggu gugat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan agama Islam negeri dengan kerjasama pelbagai agensi juga giat mengambil beberapa pendekatan untuk membawa golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ke pangkal jalan.

Menurutnya, antaranya pendekatan itu ialah bertemu, berdialog, mengadakan ceramah kesedaran terhadap golongan sasaran secara berterusan.

"Saya sendiri ada bertemu dengan golongan ini dan memberi nasihat agar mereka boleh kembali ke pangkal jalan," katanya.

Menurutnya, cabaran masa kini semakin kuat apabila segelintir masyarakat terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat yang mudah diakses melalui teknologi terkini kerana sesetengah mereka tiada jati diri yang kuat. UTUSAN

GEMPAR : ANWAR BUKA STESYEN TV BARU...



Stesyen TV Berita Terbaru Malaysia - Membawa isu2 politik tanahair yg dikendalikan sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim

Sunday, November 13, 2011


Rakyat di negeri ini diminta membuka mata dan membuat penilaian secara objektif terhadap segala usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat bagi menarik pelabur ke negeri itu, meskipun ia berada di bawah pemerintahan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Kerajaan Pusat dan agensi di bawahnya telah mempromosikan Pulau Pinang di luar negara sehingga berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM12.2 bilion sepanjang tahun lalu ke negeri itu.

Malangnya, kata Nor Mohamed, kejayaan itu telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk meraih publisiti dan pujian, sedangkan kerja keras dilakukan Kerajaan Pusat.

"Hampir keseluruhan pelaburan RM12.2 bilion yang dicatatkan itu bukan hasil usaha kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya, hasil inisiatif Kerajaan Pusat.

"Namun, akibat tidak begitu jelas mengenai usaha yang telah dilakukan itu, rakyat merasa terpegun dan telah termakan dengan 'publisiti' yang dibuat mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang).

"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini. Kita tidak mahu segelintir pihak mahu mendapat nama atas usaha orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Selain membincangkan mengenai penjanaan ekonomi Pulau Pinang, mesyuarat itu turut menyentuh tentang persiapan menghadapi musim banjir secara berkesan.

Menurut Nor Mohamed, meskipun Pulau Pinang diperintah pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mendiskriminasikan negeri itu, sebaliknya, banyak projek besar telah dijalankan di negeri berkenaan.

"Tidak dinafikan pembangkang suka publisiti, setiap minggu buat sidang akhbar tentang kejayaan mereka, sedangkan apa yang dilakukan hanya sedikit.

"Sebaliknya, Kerajaan Pusat dan agensinya termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertungkus-lumus membawa pelaburan dan promosikan Pulau Pinang," katanya. - UM.

Video kompilasi menarik tentang ketakutan dan pembohongan Anwar Ibrahim tentang kes liwat terhadap Saiful Bukhari.

Di antaranya:

1. Anwar Ibrahim mengaku mempunyai cukup bukti dan alibi tetapi hakikatnya, tidak langsung alibi yang diketengahkan oleh peguambela Anwar Ibrahim.

2. Anwar Ibrahim berbohong besar mengatakan bahawa Hospital Pusrawi menafikan Saiful Bukhari di liwat tetapi doktor tersebuat tidak pernah mendiagnosiskan Saiful telah diliwat.

3. Doktor itu sebaliknya merujuk Saiful ke HKL.

4. Anwar Ibrahim pernah juga berkata bahawa jika suka sama suka, kenapakah beliau seorang sahaja yang didakwa meliwat?  **buat la report kata Saiful liwat lu...baru polis boleh jalankan siasatan, bodoh!!...


Pertemuan eksklusif UMNO-Online bersama Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak baru-baru ini memberikan peluang untuk mendalami pengalamannya yang pernah bersama dalam perjuangan DAP di Perak, sehingga beliau dipilih sebagai orang Melayu yang bertanding di Pilihan Raya Umum di DUN Bota Perak.



Pertemuan tersebut diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediaman Pak Ngah di sebuah hutan di pinggir daerah Bota, Perak.

Ngah Bin Mat Baki  atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong, mengakui pilihannya pada tahun 1978 untuk memasuki parti politik berhaluan kiri, DAP yang akhirnya membuka ruang kepadanya untuk menjadi calon DAP di DUN Bota, Perak.

“Ketika itu, memang DAP mula mahu mengembangkan sayap mereka, termasuk mahu mendapatkan pengaruh dari orang-orang Melayu. Ketika itu, DAP sedang menubuhkan Biro DAP di Luar Bandar dan kami sebagai calon ini secara automatik menjadi ahli jawatankuasa biro tersebut.

“Pada pilihan raya tersebut, saya telah kalah. Selepas itu, saya sedar perjuangan saya tidak betul dan saya perhatikan Perikatan (Barisan Nasional) di sini ketika itu sudah longgar kerana ada pengacau seperti saya di sini,” ujarnya dalam pertemuan eksklusif yang diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediamannya di dalam sebuah hutan di daerah Bota.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Pak Ngah Lengkong turut mengagumi ketokohan dan keperibadian Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan melihat Tun Mahathir sebagai patriotik kerana sepanjang masanya memikirkan hal dan masa depan anak bangsa.

Pak Ngah turut menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa ke jalan yang sesat. Walaupun Malaysia (Tanah Melayu) sudah aman damai dan merdeka, namun terdapat anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai ruang untuk merobohkan keharmonian negara ini.

“Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. Sebagai contoh, buku yang saya sedang baca sekarang ini, “Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia”, jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik.

“Dia memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu ini,” tambahnya.

Ikuti seterusnya temubual eksklusif UMNO-Online (Siri 1) bersama Pak Ngah Lengkong di dalam Youtube. -MediaUMNO.



Jangan jaga tepi kain orang...lagi-lagi menjaga ibadat orang lain...dah tak de kerja lain ke nak buat...tapi bagi media seperti Malaysiakini dan seangkatan dengannya..itu perkara biasa...setiap perkara yang mereka lakukan pastinya mempunyai niat jahat disebaliknya...Perkara yang benar diputar belitkan supaya orang keliru dan perkara yang salah akan diperbesar-besarkan supaya orang membenci...


Cayalah ustaz...jawapan yang terbaik....

Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.

Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.

Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.

Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya.

**Hati Ambiga bersih ke??

Secara jujur, saya tidak terkejut apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyokong hak kumpulan Seksualiti Merdeka atau lebih tepat seksualiti songsang, menyuarakan pandangan luar tabii mereka.
Saya petik apa yang Brother Anwar Bin Ibrahim beritahu kepada para pemberita di lobi parlimen:
“… Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?…”.
Seperti biasa, Anwar menyalahkan UMNO yang menurutnya menggunakan isu itu untuk memburuk-burukkan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, yang dijadualkan merasmikan pertemuan golongan dilaknat Allah itu.
Apabila Anwar berpendirian seperti itu maka terpadamlah imej Islamik beliau. Perlu apa lagi sokong pemimpin songsang begini?
Anwar sebagai Ketua pakatan pembangkang yang di dalamnya terdapat Pas tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengalakkan program sonsang tersebut.
Adalah lebih bijaksana Anwar melarang dan menasihati penganjur agar sedar diri bahawa mereka tinggal di Malaysia dan rakyat Malaysia yang majoritinya Islam, melarang amalan seks bebas, budaya gay dan lesbian.
Sebagai orang Islam, Anwar tidak sepatutnya menyokong hak berkelakuan luar tabii mereka tetapi menentang budaya songsang yang dilaknat Allah Taala.
Sedar dan insaflah wahai pendokong seks bebas. Depan belakang sama sahaja, sama rasa sama rata. Kebebasan ada batasan. Tidak ada kebebasan mutlak. Ada peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.
Adakah Anwar terdesak untuk meraih sokongan golongan homoseksual, gay dan lesbian di PRU 13 nanti.
Mungkin golongan pengundi sebegini mampu menjadi undi penentu Anwar siapa yang tahu?
Sebab itu Anwar terus membela golongan ini. Nauzubillah! -UO

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.