Tuesday, November 1, 2011


Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.


Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.


Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.


Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.



“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.




Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.




“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.




Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.




Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.




“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.




Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.




“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,”


ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).



Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).


Confirm Milosuam fitnah!!!!Bodoh tahap gaban...Milosuam ni reti baca atau tidak?? Kalau nak cari populariti pun janganla sampai ke tahap memperbodohkan diri...Dah la cilok entry blog lain...lepas tu siap letak watermark lak tu...Tak malu ke dengan rakan-rakan blogger seperjuangan atau Milosuam ni berkulit b***.

Kalau mengikut laporan akhbar/tabloid tersebut, kat ceruk mana akhbar/tabloid tersebut sebut nama Rosmah?? Apa Milosuam ni ingat Rosmah sorang je ke yang hadir sebagai First Lady ke persidangan tersebut. Dah la confirm laporan tersebut menabur fitnah. Mana ada anak perempuan Najib pergi ke persidangan tersebut.

Lain kali kalau nak fitnah pun guna la otak dulu...jangan sampai makan diri....

EP harap Perdana Menteri akan megambil tindakan keatas akhbar/tabloid yang menfitnah keluarganya secepat mungkin termasuk blogger Milosuam kerana mengaitkan nama Datin Seri Rosmah dalam fitnah tersebut.
Nampaknya Anwar dan Lim Guan Eng cuba bermain kasar..buat fitnah terhadap anak najib kononnya boleh tutup cerita nenen Lim Guan Eng. Kiranya balas demdam la ni...Hahahahahaa....Tapinya yang pelik macam mana anak najib boleh belanja RM200,000.00 sedangkan dia tidak berada di Perth, Australia....
Lain kali kalau nak tipu agak-agak la...jangan laa tonjolkan kebodohan diri bila nak menipu. EP harap Najib akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu dan akhbar yang mengeluarkan fitnah tersebut...biar padan muka mereka....
Apa cerita anak pemimpin VVIP Pulau Pinang yang ramas nenen tu...takan diam saja....tak mau buat laporan polis ke?


Setelah kantoi dalam isu untuk fitnah dakwa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor beli cincin berharga RM24 juta,puak pembangkang terus tak boleh tidor malam mengigau nak cari apa lagi ‘cerita’ yang boleh buat orang ramai geram dan terbakar hati dengarnya.
Terbaru blog-blog pembangkang tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia yang melaporkan DIPERCAYAI anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth semasa ikut serta Datuk Seri Najib menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di situ minggu lalu.
Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan,puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah melenjit menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.
Isu utama di sini betulkan ada mana-mana anak Perdana Menteri ikut serta ke sidang CHOGM di Perth?
Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD 60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah) .
Che Gu Bard  & geng kenalah cepat-cepat cari tempat untuk sorok muka.Ini kerana satu sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily petang Isnin tidak ada seorang pun anak Perdana Menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.
Sumber itu sendiri hairan bagaimana fitnah ini boleh direka.
“Memamg tidak ada...baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” katanya.
Che Gu Bard yang galak bising dulu mengenai isu cincin 24 juta awal-awal lagi dalam blognya komen untuk sakitkan hati orangramai dengan berkata “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.
“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.
“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga.”
Isu cincin RM24 juta yang tidak betul itu sudahpun dijawab sendiri oleh Najib semasa dalam interbiu dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Agendadaily difahamkan semasa timbul isu cincin itu dulu,pejabat Perdana Menteri asalnya ‘malas‘ nak layan kerana sudah menjadi kebiasaan bila nafi ia diputar oleh pembangkang  dakwa itu tandanya betullah.
Dalam dakwaan terbaru ini anak perempuan Perdana Menteri dikatakan menyertai rombongan isteri-isteri dan anggotai delegasi CHOGM lain pergi membeli belah dan bersiar-siar disamping di luar jadual sidang berkenaan. AD
Cuba lihat gambar dibawah ni...
Tahun 2008

bandingkan dengan gambar ni...
Tahun 2011

Nampak tak perbezaannya...
burrrppppp..
Satu ketika dulu, Nik Aziz telah mendabik dada mengatakan beliau dan PAS akan 'tarbiah'kan kepimpinan DAP tentang Islam. Ramai yang percaya bulat-bulat dengan kenyataan tersebut memandangkan kenyataan tersebut keluar dari mulut Nik Aziz sendiri.

Tetapi rupa-rupanya, Nik Aziz sendiri didapati berbohong. Bukannya mereka berjaya meng'tarbiah'kan DAP tetapi DAP yang berjaya memurtadkan PAS. Apa yang terjadi sekarang ialah mereka pula yang terpaksa akur dan pasrah terhadap rakan politik mereka.

Yang terbaru ialah kenyataan cetek lagi bangang oleh seorang kafir DAP yang bernama Karpal Singh. Beliau cuba untuk mempersoalkan kebenaran tentang hukum hudud dengan mengambil separuh daripada hukum tersebut.

Dan kenyataan beliau itu benar-benar telah memalukan PAS dan Nik Aziz. Tetapi jika dilihat dari keadaan sekarang dimana PAS mengharapkan undi cina dan bantuan DAP, EP yakin sekali bahawa Nik Aziz dan kepimpinan PAS tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa merelakan kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh itu!

Sila baca kenyataan Karpal Singh di bawah yang ternyata memandai-mandai dan mengambil hanyaseparuh daripada keseluruhan hukum hudud yang sebenarnya turut melibatkan hukum takzir dan sebagainya.

Aloo bai...lu ingat lu boleh bodohkan Nik Aziz, kiranya lu boleh bodohkan umat Islam ke??Agak-agak sikit bila nak bercakap mengenai hukum Islam..

Biasa la orang PAS, bila duduk dengan UMNO saja ikut dasar perjuangan Islam kerana mereka sajalah satu-satunya parti yang menegakkan ajaran Islam tetapi bila duduk dengan DAP pula...lain jadinya. Dasar perjuangan pakatan haram menjadi agenda utama walaupun terpaksa menutup sebelah mata mengenai perjuangan Islam.

 
GEORGE TOWN, 31 Okt 2011 - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya kerana mustahil bagi pendakwa dapat membuktikan kes pendakwaan yang sewajarnya.
 
Beliau berkata syarat-syarat yang begitu ketat mahukan empat saksi dibawah perlaksanaan hudud bermakna kes jenayah perlu dibuktikan secukupnya tanpa sebarang kesalahan.

Video : Nurul Izzah menunjukkan kebodohannya...
Karpal turut menyentuh perlaksanaan hudud adalah bertentangan dengan norma sistem undang-undang jenayah semasa yang hanya memerlukan pendakwa membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Beliau menambah dibawah undang-undang perlaksanaan hukum hudud, keempat-empat saksi perlu bersih dari sebarang dosa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Karpal turut berkata pihak pendakwaan cukup sukar dalam menyediakan empat saksi bagi membuktikan berlakunya kes zina, sumbang mahram, rogol dan liwat.


“Penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes.


“Hudud akan menyebabkan penjenayah bebas dan kes jenayah pasti meningkat," kata Karpal kepada wartwan semasa membuat lawatan di kawasan parlimennya.


Karpal menolak cadangan bahawa undang-undang hudud ciptaan Tuhan bertujuan untuk mencegah jenayah dan menanamkan rasa takut dalam rakyat, dan menyifatkannya sebagai "kesalahfahaman konsep".


Beliau turut merujuk kepada deklarasi Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mengatakan hukuman mati adalah kejam dan zalim malah mempersoalkan betapa teruknya memotong kaki dan tangan di bawah undang-undang hudud. - KLPOS

Dr MiM

Dalam lawatan kempen Anwar ke Perak, antara yang selalu Anwar ungkapkan di dalam mesyuarat tertutup adalah keperluan PKR Perak menjadi lebih mantap dan menyaingi penerimaan rakyat terhadap parti DAP. 

Anwar mengingatkan jentera, kalau PKR menjadi terlalu kecil dan tidak berpengaruh, PKR Perak akan menjadi semakin tidak relevan dan mungkin pupus. Ingatan Anwar ini nampak ikhlas dan jelas. Perkukuh parti atau tenggelam dalam pengaruh DAP dan PAS di Perak.

Anwar sebenarnya sudah banyak kali melahirkan kekecewaan sebab PKR Perak tidak bergerak seperti yang dia harapkan. Slow. Progress tidak nampak. Payah nak menang kalau terus dengan momentum yang lemah begini. 

Kalangan Ketua Cabang di Perak telah menimbulkan masalah peruntukan. Jawapan Anwar ialah perlu tunjuk komitmen dan kesungguhan dahulu.

Secara keseluruhan lawatan Anwar ke Perak nampak malap. PKR Perak masih banyak bergantung kepada kemampuan DAP. Masih banyak dibantu oleh PAS. Anwar tidak suka situasi ini. PKR mesti take the lead. Bukannya jadi pak turut. 

Dalam satu pertemuan dengan kepimpinan Cabang di Sungai Siput; Anwar mengingatkan semua bahawa kalau momentum sama dibuat oleh Menteri Besar sekarang, PKR dan Pakatan Rakyat akan berdepan dengan masalah besar di Perak. 

Anwar ingatkan bahawa rasa marah pengundi Cina mengenai tindakan ambil alih jawatan MB tidak boleh bertahan lama sekiranya Zambry terus berjaya mendekati masyarakat Cina di Perak. Pendekatan ‘micro managing’ Zambry di kawasan-kawasan Parlimen dan DUN ini menyukarkan jentera PKR untuk bergerak secara keseluruhannya. 

Tapi sekarang kita tahu, kaedah dan gerakan Zambry di bawah memang memberi masalah kepada PKR Perak. Kalau Anwar pun dah akui…maknanya berada di momentum yang betullah tu. Cuma teruskan kerja kuat dan pastikan warlords di Perak ini lebih banyak memberikan komitmen. GA

Kisahnya, dalam satu ruangan gossip akhbar hujung minggu semalam, seorang penulis gossip yang menggunakan nama samaran Joyah menulis tentang perihal hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak.
Penulisan wartawan tersebut mempersoalkan tindakan Remy Ishak & Tiz Zaqyah yang sebelum ini merahsiakan hubungan mereka berdua — dan membuat andaian rambang yang mereka berdua takut jatuh saham di’kalangan peminat.
Lantas Remy Ishak menerusi akaun Twitter rasmi beliau (@remy_ishak) menjawab persoalan ‘jatuh saham’ yang di’timbulkan wartawan ini dan berkata hubungan mereka adalah peribadi & tidak ada kena mengena dengan apa apa saham diri.
Sila baca dari bawah ke’atas kerana Twitter memang sebegitu sifat semulajadi. Jadi, teguran ikhlas Remy Ishak ini telah mendapat reaksi yang bercampur campur dari pelbagai pihak — termasuk golongan wartawan sendiri.
Kalau anda berminat, anda boleh perhatikan & baca sendiri komen komen balas dari peminat yang menyokong teguran Remy Ishak ini — dan mereka yang berkata Remy Ishak terlalu sensitif.
Satu yang menarik minat kami adalah kenyataan terakhir Remy Ishak yang meminta Tun Mahathir untuk memberikan komen tentang fenomena gossip Malaysia yang di’sifatkan sebagai kolot & tidak membina. rk
YB DAP Seri Delima ni memang macam anak haram..Orang dikawasan DUNnya pun dah menyampah nak tengok muka barua ni terutamanya bekas penduduk Kampung Buah Pala yang ditipunya. Apa yang diberitahu dia bukan saja rasis terhadap kaum lain tetapi rasis terhadap kaumnya sendiri. Hanya kasta-kasta tertentu dalam kaumnya dapat bergaul dan berjumpanya. Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan untuk mewakili suara rakyat DUN Seri Delima??

Apa yang EP dengar, YB haram jadah ni telah ditugaskan oleh Lim Guan Eng untuk membuat provokasi perkauman di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung termasuk juga sidang DUN yang lepas terhadap BN. Tetapi malangnya pada kali ini usahanya untuk membuat provokasi gagal dan tidak dilayan oleh ADUN BN.


Kebanyakan Adun Barisan Nasional (BN) meninggalkan dewan persidangan sebaik sahaja RSN Rayer (DAP-Seri Delima) bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 semalam.

Rayer adalah pembahas pertama penyokong kerajaan selepas sesi perbahasan dimulakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga).


Sebelum meninggalkan dewan, Datuk Jasmin Mohamed (BN-SUngai Dua) bangun mencelah dengan berkata isu yang dikemukakan Rayer banyak menyentuh isu nasional dan tidak sesuai dibangkit peringkat Dun.


“Banyak isu yang tidak relevan. Kami tidak minat untuk mendengar dan mahu keluar,” katanya yang terus keluar bersama rakan-rakan lain.


Rayer lantas berkata ‘nak keluar, keluarlah’.


Ketika itu, hanya tinggal Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) dan Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) di dalam dewan.

Ketika ditemui di luar dewan, Jasmin berkata isu yang dibangkitkan oleh Rayer sepatutnya dibawa oleh Ahli Parlimen DAP ke Dewan Rakyat.
“Dia tidak faham peranan Dun. Di sini kita bincang isu rakyat atau yang berkaitan dengan pembangunan, masalah atau kemajuan Pulau Pinang.
“Kalau dok bangkit isu nasional, siapa yang boleh jawab. Janganlah buang masa dengan perkara yang tiada kaitan dengan isu negeri,” katanya.
Menurutnya, Adun BN keluar kerana tidak mahu melayan provokasi Rayer yang boleh mencetuskan isu perkauman jika bangun mencelah atau membuat penjelasan.
“Selama ini, apabila dia menyentuh isu-isu sensitif dan kami bangun memberi penjelasan, akhirnya kami yang dipersalahkan. Jadi lebih baik, biarkan dia bercakap seorang diri atau secara sehala tanpa gangguan,” katanya. SH

Pelakon Lisdawati semalam diberi ganti rugi RM50,000 selepas beliau menang dalam kes saman fitnahnya terhadap pelakon Nadia Mustafar.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali membenarkan saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadap Nadia, berhubung artikel yang disiarkan di majalah Media Hiburan enam tahun lalu.


Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi termasuk Lisdawati dan Nadia dan juga hujahan peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lisdawati dan Siti Julaini Mohd Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob yang mewakili Nadia.


Dalam keputusannya Yong Zarida memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar ganti rugi RM50,000, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam sehingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.


Bagaimanapun Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah.


Mengikut pernyataan tuntutan Lisdawati yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Nadia didakwa dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.


Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan pada keluaran mereka bertarikh 8 hingga 14 Jan 2005.


Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia yang dinamakan sebagai defendan.


Bagaimanapun, Nadia dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 18 Mei lalu menyatakan artikel itu tidak mempunyai unsur fitnah, sebaliknya meminta supaya orang yang berhutang menjelaskan hutangnya. SH

Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.

Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.

Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.

“Lori tangki itu dilaporkan cuba melintas laluan keretapi yang terletak berhampiran jalan besar dekat KKIA bagi menghantar minyak ke sebuah stesen terletak berhampiran dengan laluan keretapi tersebut.

“Namun ia dipercayai tidak sempat melintas dan menyebabkan dirempuh keretapi yang menuju ke Papar,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Menurut pemandu lori tangki itu yang ingin dikenali sebagai Pouleh Dansun, sebelum kejadian, dia terdengar hon kuat tetapi menyangka ia dibunyikan oleh kenderaan di belakangnya.

“Namun setelah ditoleh ke kiri sebuah kereta api menuju ke arah saya. Saya cuba memecut lori itu untuk melintas laluan keretapi tersebut tetapi gagal.

“Kereta api itu lalu merempuh bahagian belakang lori dan menyebabkan ia terbakar dan meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Menurut saksi, penumpang-penumpang dalam kereta api itu berjaya menyelamatkan diri selepas pelanggaran berlaku dengan melarikan diri ke bahagian belakang keretapi.

Mangsa-mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, lima kereta bomba dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu. 

Nampaknya Lady Gaga sekali lagi cuba untuk mencetuskan kontroversi apabila artis terkenal itu berpakaian separuh bogel ketika di konsertnya. Setiap kali membuat konsert, Lady Gaga sering memakai pakaian yang pelik dan unik bagi menarik perhatian penonton di setiap konsertnya. 






Lebih teruk lagi apabila Lady Gaga membuat aksi panas dengan melompat kearah para penonton dan mencium salah satu pemuda disitu.





Betul ke ini gambar pelakon Akma Hisyam sedang bercium dengan perempuan lain....??Hmm...sebelum ini pelakon ini ada mencetuskan kontroversi dengan berposing maut depan kamera..tak abis-abis dengan kontroversi pelakon ini..banyak lagi cara lain untuk mencari publisiti tetapi cara ini juga yang dipilihnya....


Monday, October 31, 2011

Dr Mohd Asri Zainul Abidin silap besar kerana mengaitkan Pemuda PAS dengan Taliban gara-gara tidak setuju mereka membantah konsert Elton John yang nak diadakan di Genting Highland pada 22 November ini.
Saya mengikuti polimek ini sejak dari awal Pemuda PAS bersuara tidak mahu konsert itu diadakan di negara ini.
Kalau rajin selak balik sejarah kita akan dapati ia sudah semacam satu rutin bagi pergerakan itu membantah konsert artis barat diadakan di negara ini.
Elton John boleh dikira seorang penghibur yang ‘ tertib’  diatas pentas tidak melalak gila-gila macam kumpulan penyanyi rock black metal dan sebagainya.
‘ Dosa’ Elton John ialah beliau seorang yang confirm gay dan mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005.
Saya tidak berhajat nak berdebat dengan Pemuda PAS bab sifat gay Elton John.Ini kerana ia memang bertentangan dari sudut Islam dan  budaya hidup rakyat negara ini.
Kita juga tidak boleh salahkan Pemuda PAS jika merasa bimbang pada bab gay Elton John boleh cetus pengaruh kurang sihat pada rakyat negara ini.
Saya kata Dr Asri silap kaitkan Pemuda PAS macam Taliban dalam bab ini kerana saya rasa mereka lebih sesuai disebut ‘ tikus mondok’ saja.
Ini kerana Taliban garang.Apa yang dirasanya tak betul dibelasahnya.
Ikut pandangan sayalah,Pemuda PAS ini lain sikit.Ia main pilih pilih.Senang cakap kuman di sebarang laut nampak tapi gajah lalu lalang depan mata tak nampak.
Siapa lagi kalau bukan tokoh besar mereka yang mendapat gelaran Anugerah Tuhan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tidak mahu menyentuh kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicara di mahkamah.Itu sama-sama kita tunggu keputusan hakim nanti.
Soalnya bagaimana tentang kes video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T?
Juga tentang rakaman perbualan berahi antara Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dengan Normah.
Pemuda PAS pun tahu rakyat Malaysia umumnya masih tertunggu-tunggu jawapan pasti pada dua pendedahan ini.
Bagi saya kalau nak melalak tentang Elton John saja atau konsert-konsert lain...itu bukan Taliban namanya.
Kalau Taliban ia tidak wajar kecut dalam menuntut kebenaran dan bukan macam sekarang  diam membisu sejuk beku tidak berani sentuh langsung hal besar yang melibatkan moral dua pimpinan besarnya sendiri.
Cuba tanya setiap anggota Pemuda PAS apakah mereka ikhlas setuju dan boleh terima kenyataan Haji Hadi yang kata video itu besi dan tidak boleh jadi bukti.
Kita ada video aksi seks yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin dan kita juga sudah lihat video CCTV aktornya naik turun lif apartmen lokasi dimana didakwa aksi itu berlaku.
Saya sendiri mempunyai rakan-rakan di kalangan anggota Pemuda PAS .Bila ditanya bab itu ada yang tersenyum malu-malu nak cakap banyak.Maklum sajalah bos atas dah cakap begitu.
Rasanya reaksi itu sudah cukup untuk agak-agak pandangan mereka tentang bab video besi.
Jadi bagi saya Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan tidak payahlah nak bercakap bergegar membelah bumi bagaimana mereka menentang kemungkaran.
Ini bab dakwaan moral rumahtangga sendiri pun boleh beres.
Kalaulah betul bagai didakwa apalah sangat Elton John yang jengah sekali ke negara ini berbanding hari-hari kita semua kena berdepan dengan dua orang 'aktor' sensasi yang dok berceramah sana sini macam pijak semut tak mati.
Soalnya beranikah Pemuda PAS mendesak diadakan siasataan terperinci bagi membersihkan nama dua tokoh besar mereka itu.
Kita tidak fikir Nasrudin ada darah Taliban bukan saja untuk bersuara tetapi bersungut.
Berani setakat minta haram konsert tu ‘ tikus mondok ‘ mana pun anytime sanggup ke depan.
Itu pun belum dengar lagi bisikan Pemuda DAP atau PKR yang berani backing Pemuda PAS sekat Elton John ke sini. AgendaDaily

Portal pro-pembangkang iaitu MalaysiaKini sememangnya terkenal dengan putar belitnya dan pembohong besar. Sehingga ke hari ini, mereka begitu bebas mengolah berita yang sengaja diputarbelitkan untuk menipu pembaca portal tersebut.

Ini bukannya kali pertama Malaysiakini ditangkap berbohong dengan memutar belit fakta tetapi sudah beratus kali portal ini melakukan sebegitu. Mangsa fitnah terbaru Malaysiakini ialah Ridhuan Tee Abdullah :

Ikuti penjelasan Ridhuan Tee....

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya. 

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira ‘kegagalan’ beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu. 

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam. 

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia? Kenapa kita tidak mempertikaikan sistem komunis yang dilaksanakan di China dan Korea Utara yang telah banyak mengorbankan ramai manusia? 

Saya amat bersetuju dengan kata-kata bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor, bahawa gerakan hak asasi manusia ini ibarat wabak komunis. Ramai yang berselindung di bawah gerakan ini melalui perancangan jahat untuk menghapus dan melunturkan kesucian agama Islam. Jika gerakan ini tidak dibendung, tidak mustahil nanti ia akan merosakkan sesebuah peradaban sesuatu bangsa dan negara, terutama negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini. Gerakan ini sedang berlaku di Malaysia. Atas nama kebebasan, mereka mahukan kita mengiktiraf apa jua yang dirasakan sesuai dengan cita rasa dan keseronokan manusia, termasuklah memurtadkan Melayu Islam yang dilindungi oleh perlembagaan. 

Sebab itu, beberapa kali telah saya tegaskan, dalam melaksanakan Islam, perlu ada penegasan. Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur. Jangan biarkah Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan diratah dan dimamah oleh perancangan gerakan ini. Percayalah, jika orang bukan Islam, sudah lembut dengan Islam, sudah tentu persepsi mereka terhadap Islam sudah mula kendur. Ini tidak, sebut sahaja Islam, akan ditentang daripada pelbagai sudut, sedangkan Islam tidak bersangkut-pautpun dengan mereka. Lebih-lebih lagi, kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka. Kenapa mereka begitu berani? Pasti ada gerakan lain di sebalik keberanian ini. 

Bukti-bukti menunjukkan, persepsi negatif terhadap Islam tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang. Saya mengambil contoh, saat yang paling baik untuk melaksanakannya adalah selepas peristiwa 13 Mei 1969. Saya katakan ‘by force’ kerana ternyata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berjaya mendisiplinkan rakyatnya secara paksaan. Saya bercakap dalam konteks selepas 13 Mei 1969. Malaysiakini dengan sengaja mensensasikan berita tersebut supaya saya diserang kiri dan kanan. Aziz Bari juga tidak faham kerana telah diperalatkan. 

Namun, saya tidak hairan, kerana semua yang membaca web tersebut adalah kalangan ultra kiasu, termasuk Melayu yang telah diultrakiasukan. Pemikiran ultra kiasu adalah pemikiran komunis. Jika ultra kiasu boleh memberikan pandangan sesuka hati dan menghina Islam serta sultan, kenapa saya tidak boleh memberikan pandangan saya sebagai seorang Islam?

Jika ultra kiasu ini benar-benar berani, berterus-terang dalam memberikan pandangan. Jangan berselindung menggunakan nama samaran. Saya secara tegas mengatakan bahawa dalam menegakkan kebenaran, isu bangsa sudah tidak penting. Apabila berlaku pertembungan, agama mesti diselamat dan dipertahankan.

Apa guna darjat bangsa terangkat jika agama dienjak-enjak oleh ultra kiasu. Saya rela tidak berbangsa, asalkan agama Islam tertegak. Lagipun, Allah SWT tidak akan bertanya akan bangsa saya di akhirat kelak. Beberapa kali saya tegaskan, antara mempercayai sesama bangsa tidak seagama dengan mempercayai sesama saudara seagama (Islam), tetapi tidak sebangsa, sudah tentu saya kena meletakkan kepercayaan terhadap saudara seagama walaupun tidak sebangsa, daripada saudara sebangsa tidak seagama.

Saya menyeru berulangkali, untuk mengembalikan kekuatan dan maruah Islam, UMNO dan PAS mesti bersatu. Kita tidak ada pilihan. Islam akan terus menjadi mangsa jika umat Islam tidak kuat. Lihatlah betapa berani mereka mencabar dan menghina agama Islam. Malangnya ada di sebahagian daripada kita yang terikut-ikut sama. Mengkritik raja-raja yang menjadi pelindung agama Islam secara terang-terang di khalayak tidak akan menguntungkan Islam. 

Belajarlah daripada politik orang lain, bagaimana mereka bersatu atas asas bangsa. Kepentingan mereka tetap terpelihara dan tidak boleh diusik langsung. Asasnya mudah, mereka cukup bersatu. Kenapa kita asyik berpecah, sedangkan kita tahu perpecahan itu amat merugikan kita. Lebih malang lagi, kita lebih mempercayai musuh daripada agama dan bangsa berlainan, daripada sesama saudara sendiri, sebangsa dan seagama. 

Jika laman Malaysiakini begitu berani memanipulasikan isu, terus terang saya katakan, laman web ini adalah musuh Islam, walaupun ada wartawan mereka yang beragama Islam. Mereka mengatakan bahawa tidak ada sesiapapun yang mendengar suara dan pendapat saya. Tidak mengapa, kerana saya tahu siapakah orang yang ditemuduganya. 

Penyelidikan yang dibuat amat kerdil. Mereka sengaja mencari musuh Islam untuk melawan apa yang saya hujahkan. Saya tidak pernah merasa gentar. Sama ada suara saya didengar atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting, Islam mesti dipertahankan. Saya mempunyai hak untuk bersuara seperti mana orang lain. Fikirkanlah, apakah saya lebih merbahaya daripada gerakan hak asasi manusia sedang cuba untuk menghapuskan agenda Islam dan Melayu? Ingatlah wahai saudaraku, sasaran gerakan hak asasi manusia ini yang terakhir adalah negara kita, setelah mereka berjaya melaksanakannya di negara-negara Islam yang lain. Masihkah kita mahu berdiam diri? Ridhuan Tee

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.