Saturday, October 1, 2011


Ini  bukan kali pertama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong dan mengelirukan rakyat. Sebelum ini isu rumah kos rendah yang sehingga kini masih belum berjawab dan kini timbul pula penafian tentang dakwaan beliau memburukkan negeri Johor di negara luar.

“Telah terbukti kenyataan Guan Eng memburukkan negeri Johor adalah benar. Saya kira ia perbuatan yang biadap yang dibuat oleh seorang Ketua Menteri kerana ia melambangkan satu kedangkalan dari segi memahami situasi semasa kerana penculikan dan jenayah berlaku di selruh dunia. Ia tidak berlaku di negeri Johor sahaja”.

Demikian menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai tindakan Lin Guan Eng memburukkan negeri Johor ketika menyertai mesyuarat bersama pertubuhan wakil asing FCA di Singapura pada 12 Ogos lalu.

Tegas beliau lagi, Lim Guan Eng tidak boleh mendabik dada kononnya dia membawa pelaburan ke Pulau Pinang kerana sebenarnya kerajaan pusat melalui agensi-agensinyalah yang telah membawa banyak pelaburan ke negeri Pulau Pinang.

Justeru beliau menyifatkan tindakan memburukkan negeri lain di negara luar satu perbuatan yang amat tidak patriotik.

“Kalau hal mengenai politik, kita  berdebat secara politik tetapi memburukkan sebuah negeri lain oleh seorang ketua menteri adalah satu perbuatan yang amat melampau, biadap dan tidak boleh dimaafkan.
“Sewajarnya Guan Eng memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Johor atas apa yang dilakukan itu”, katanya.

Pemimpin pembangkang tambah beiau harus mengambil contoh sikap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Perdana Menteri kerana apabila berkunjung ke luar negara mencari pelaburan, peluang perniagaan tidak pernah memburukkan negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

“Pemimpin pembangkang seperti Guan Eng dan Anwar Ibrahim apabila keluar negara langsung tidak ada sifat patriotisme pada diri mereka, sebab itu mereka tergamak memburukkan tanah air sendiri,” katanya.- MediaUMNO

Iklan Kesedaran Kanser yang agak lucah....

Friday, September 30, 2011


Isu pelaksanaan hukum hudud yang mahu dilakukan oleh Pas menjadi kontroversi sehinggakan semua pemimpin pakatan pembangkang diarah mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelaksanaannya dan kemudian membuat tuduhan pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan ia tidak berkait langsung.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang mengatakan bahawa kontroversi tersebut dimulakan oleh UMNO sebagai alat untuk melaga-lagakan Pas dengan DAP.

“Itulah perangai pembangkang, tiap kali ada isu yang kontroversi maka dia akan tuding jari pada orang lain, salahkan UMNO dan BN walhal diri sendiri buat onar, lakukan aib dan mahu tutup malu kerana dah terlajak kata maka itulah helah untuk selamatkan diri,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN menyelar sikap pembangkang yang gagal menangani krisis dalaman antara mereka sehinggakan terpaksa mengeluarkan arahan tutup mulut serta merta kepada anggota sekutu pembangkang.

“Memang memalukan apabila apa yang mahu dilaksanakan dapat tentangan secara berterusan dan dibuat dengan terbuka oleh kepimpinan tertinggi antara parti tetapi apa yang mahu dihairankan kerana antara DAP dan Pas sememangnya tidak ada persamaan, bukan hanya dari segi prinsip dan idealogi malahan sejak dari awal penubuhan kedua-dua parti ini langsung tidak pernah sehaluan apatah lagi jika berkait dengan Islam.”

Katanya, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dalam Muktamarnya pertengahan tahun lalu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen pakatan pembangkang dan bukannya Negara Islam maka secara tidak langsung ia telah ternyata lari dari landasan awal perjuangannya dan tunduk pada Dap.

“Inilah kononnya kepimpinan ulamak yang sebenarnya. Mereka sudah tak boleh lari kerana telah terikat dengan kawan-kawannya apatah lagi jika Pas mahu buat negara Islam dan laksanakan hudud maka kawannya iaitu DAP akan kata langkah mayat aku dulu, jadi apabila perkara berkaitan hudud ini diungkit kembali tentulah ada sebabnya,” katanya.

Jelasnya, ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang adalah sebuah parti yang tidak serius dengan agenda sendiri dan menjadikan politik sebagai bahan permainan.

“Mereka (Pas) bukan mahu bangunkan negara Islam dan bukan untuk menegakkan syiar Islam malahan kita boleh tanya balik pada mereka kerana selama mereka jadi kerajaan di Kelantan 20 tahun dan kemudiannya sekarang di Kedah, sudah berapa banyak surau atau masjid yang kerajaan mereka bangunkan?”

“Inilah bezanya dengan UMNO yang sememangnya parti Islam terbesar tetapi tidak pernah pergunakan Islam untuk dipolitikkan sebaliknya kita laksanakan kehendak-kehendak Islam dari segi pentadbiran negara, membawa keadilan antara kaum sebagaimana yang dituntut ajaran Islam iaitu apabila orang-orang yang bukan Islam ada dan duduk dalam negara maka kamu mesti jaga mereka. Itu yang UMNO lakukan.”

Tegasnya lagi, inilah tembelang pembangkang yang akan berterusan berdolak-dalik dalam menyatakan pendirian mereka berkaitan Islam, gagal mewujudkan sifat harmoni dan seringkali bertelingkah.

“Parti-parti pembangkang inilah sebenarnya yang melakukan banyak penyelewengan dan pengkhianatan kepada rakyat dengan melakukan penipuan demi penipuan untuk mengekalkan populariti di kalangan masyarakat,” ujarnya.

Katanya lagi, sewajarnya pakatan pembangkang ini tumpukan kepada pentadbiran sendiri dengan membuktikan kepada rakyat atas apa yang telah mereka janjikan dahulu termasuklah di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal membela masyarakat miskin malahan menipu rakyat dengan pelbagai helah.

“Nilai sahajalah asas dan hala tuju perjuangan antara tiga parti yang bersekutu membentuk sebuah negeri yang akhirnya menjadi kucar-kacir . Parti sedemikiankah yang akan didukung untuk anak bangsa dan generasi pewaris akan datang?”

Tegas Tengku Adnan lagi, agenda antara ketiga-tiga parti pembangkang tiada lain selain menjadikan rakan sekutu sesama mereka sebagai batu loncatan untuk angan-angan menumbangkan Kerajaan Pusat dan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam pentadbiran negara.

“Yang sedia ada pun runtuh dan yang bukan-bukan pula direncananya sedangkan untuk menjadikan sebuah negara maju seperti hari ini bukanlah dengan sekelip mata sebagaimana yang cuba dijampi pakatan campuran,” jelasnya merujuk kepada negeri-negeri tadbiran pembangkang.

Selaras dengan itu, beliau mengingatkan rakyat agar jangan terpengaruh dengan putar belit parti-parti pembangkang dalam usaha mereka memanipulasi isu dan mencipta pelbagai propaganda untuk kepentingan politik semata-mata. - MediaUMNO

Kelakar siot...anwar telah dikasi semasa menjalani pembedahan di Jerman???....jom layan
Kerana tidak berpuas hati dengan dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa suamninya Anwar Ibrahim sudah "mati pucuk" sehingga menyebabkan si isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini berada didalam keadaan yang serba tak kena serta sangat tertekan lalu dengan segera memaksa beliau untuk menghubungi doktor pakar yang bertanggungjawab ke atas kesihatan suamninya sepanjang Anwar Ibrahim menjalani pembedahan sakit tulang belakang di Munich, Jerman dalam tahun 2004 dulu.

Bagi mengetahui samada benar atau tidak dakwaan bahawa suaminya mengalami mengalami masalah "mati pucuk" maka Datin Seri Dr Wan Aziz terpaksa menebalkan mukanya bertanyakan kepada doktor pakar tersebut iaitu Dr Thomas Hoogland kerana bagi setiap isteri, mempunyai seorang suami yang mengalami masalah "mati pucuk" adalah paling memalukan serta lebih teruk dari seorang pesakit yang menigidap penyakit lumpuh seluruh badan atau ahmar.

Oleh kerana itu, Datin Seri Dr Wan Azizah terpaksa membuang jauh-jauh perasaan segannya itu dan terus menghubungi Dr Hoogland untuk mendapatkan kepastian mengenai status sebenar kesihatan Anwar. Jawapan Dr Hoogland ketika ditanya oleh Datin Seri Dr Wan Azizah mengenai perkara itu telah hampir membuat Presiden PKR itu jatuh pengsan kerana tidak menduga sama sekali kerana berdasarkan jawapan yang diberi oleh Dr Hoogland bahawa yang suaminya adalah merupakan seorang lelaki yang bermasalah kerana mengidap masalah "mati pucuk."

Lagi penjelasan oleh Dr Hoogland kepada Datin Seri Dr Wan Azizah bahawa mana-mana lelaki yang mempunyai masalah "mati pucuk" menyebabkan mereka kurang berminat dengan wanita tetapi nafsunya lebih condong dan mudah tertarik kepada pasangan sejenisnya iaitu lelaki-lelaki muda yang berwajah jambu dan tampan. Penjelasan Dr Hoogland mengenai perkara ini sekali lagi telah membuat Datin Seri Dr Wan Azizah hampir-hampir pitam akibat tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak.


Namun, Datin Seri Dr Wan Azizah masih lagi bertahan sebab beliau sedar bahawa beliau perlu menguatkan semangat demi untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan punca yang menyebabkan suaminya mengalami masalah "mati pucuk." Untuk itu Datin Seri Dr Wan Azizah terus bertanyakan kepada Dr Hoogland menerusi perbualan telefon mengenai perkara itu... Dr Hoogland menjawab bahawa kejadian itu tidak disengajakan namun percaya bahawa ianya satu kebetulan.

Datin Seri Dr Wan Azizah tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Dr Hoogland itu dan pakar bedah itu kemudiannya menjelaskan bahawa semasa proses pembedahan dijalankan ke atas Anwar, ada satu urat yang berfungsi dari bahagian tulang belakang Anwar telah dipotong namun boleh disambung semula pada bila-bila masa dan ianya bergantung kepada keadaan. Menurut Dr Hoogland lagi, urat tersebut berkait rapat dengan beberapa urat yang terdapat pada setiap deria seperti mata, otak, nafsu dan keinginan.


Tujuan utama urat tersebut dipotong menurut Dr Hoogland lagi ialah, bagi mengelak lebih ramai lagi anak-anak muda terutama sekali remaja-remaja lelaki yang memiliki rupa bentuk tubuh serta wajah yang menawan menjadi mangsa keganasan seks atau menjadi mangsa gangguan seksual oleh boss-boss yang jenis tak kenal depan belakang semua di bedal... Kesian, Datin Ser Dr Wan Azizah hanya mampu berdiam diri saat mendengar penjelasan oleh Dr Hogland itu.


Apa-apapun, nama Dr Hoogland kini dikata sudah termasuk kedalam senarai nama-nama mereka yang akan diliwat oleh Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat II peringkat pembelaan pada 3 sehingga 7 hb Oktober minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Harap Dr Hoogland segera sambung balik urat Anwar Ibrahim yang dipotong tu...kesian dia...pakai dia kencing rakyat saja benda tu...tak boleh pakai main amoi2 China, amoi2 Thailand dan jejaka2 jambu Malaysia hehehe... 

YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Bandar Baru Kulim berkata kebiasaannya Orang Kena Tuduh (OKT) yang diputuskan supaya membela diri dan dipilih pembelaan dari “kandang tertuduh” bermakna OKT itu tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan soalan balas daripada pihak pendakwa ataupun mahu melindungi sesuatu supaya tidak terbongkar lebih banyak lagi di mahkamah.

“Contoh dalam kes ini, Anwar mungkin tak boleh nak menjawab bukti, macam mana kesan air mani dia (boleh) ada dalam dubur Saiful. Apakah Saiful yang hanya seorang “pembancuh kopi” di pejabatnya boleh berada di kondominium tersebut?

“Juga mengapa dia membawa Saiful keluar negara, seperti ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura, apa (sebenarnya) pekerjaan Saiful ?

“Eh, banyak benda (yang) Anwar nak kena jawab dan perjelaskan, jadi ringkas cerita, tak payah angkat sumpah (semasa) bagi keterangan (iaitu beri keterangan dari kandang tertuduh)”, katanya dalam blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Menurutnya, dalam prosedur mahkamah, sebelum hakim memutuskan supaya OKT membela diri atau tidak, pihak pendakwa terlebih dahaulu mempunyai beban untuk membuktikan kes melalui keterangan lisan dan bukan lisan.

Katanya, dalam kes liwat II, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes bahawa terdapat asas, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan seks luar tabie dengan pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berdasarkan faktor utama, penemuan air mani lelaki Y yakni Anwar Ibrahim di dalam lubang dubur pengadu.

Berasaskan faktor ini, katanya, Anwar diperintahkan mahkamah untuk membela diri.

Zulkifli yang juga bekas salah seorang peguambela kes liwat I Anwar berkata pada peringkat ini OKT yakni Anwar mempunyai tiga pilihan dalam proses membela diri.

Pilihan pertama, membela diri dari “kandang saksi“, di mana OKT itu disyaratkan bersumpah sebelum memberi keterangan, keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwaraya dengan cara soal-balas.

OKT itu juga berhak membawa keterangan lain sama ada lisan dan bukan lisan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Pilihan kedua, membela dari “kandang tertuduh“, di mana OKT itu, tidak perlu bersumpah sebelum memberi keterangannya.

OKT yang memilih kaedah ini hanya perlu membaca kenyataan daripada “kandang tertuduh” di mana kenyataan yang dibaca itu tidak boleh dicabar atau disoal balas oleh pendakwaraya atau mahkamah.

Manakala pilihan ketiga adalah memilih untuk “berdiam diri“, di mana jika itu pilihan OKT, maka mahkamah akan mensabitkannya dengan pertuduhan serta memberi hukuman yang setimpal kepadanya.

Daripada ketiga-tiga pilihan di atas membela diri dari “kandang saksi” adalah paling kredibel.

Menurutnya, pemilihan Anwar membela diri dari kandang tertuduh bermaksud beliau menolak untuk bersumpah dan menolak untuk disoal balas oleh pihak pendakwa.

Dalam erti kata lain, Anwar boleh bercakap apa sahaja, termasuk boleh berbohong, kerana beliau tidak terikat dengan etika sumpah mahkamah.

“Kerana ia tidak dibuat melalui sumpah, OKT langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh mahkamah.

“Kalau bahasa kasarnya, OKT sekadar baca kenyataan syok sendiri. Perumpamaannya macam burung kakak tua bercakap, atau lebih canggih lagi, macam pasang CD saja dalam mahkamah.

“Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh OKT sebab tiada nilai perundangan”, katanya. AIDC
 
 
Eeee seronoknya...mesti orang yang tengok video ni pecah perut ketawa tanpa perlu di doa oleh Nik Aziz...Kalaulah time tu betul-betul kena cabut nyawa..baru pada muka...sempat tak nak buat lawak. Yang mamat duduk didepan tu siap pengang Al-Quran lagi...lepas tu boleh plak terkinja-kinja menari...lepas ni confirm Pemuda PAS nak jumpa pengarah video ni...Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan bahan lawak...lu fikirlah sendiri...

Thursday, September 29, 2011


Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.

Menurut Razali, beliau kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.

Mohamed Razali juga percaya Setiausaha Agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Guan Eng yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti dulu.

"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor.
"Saya yakin dia (Guan Eng) tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul,".

Mohamed Razali sebelum ini pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini.

Guan Eng dikatakan memburuk-burukkan Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dengan menganggap negeri berkenaan tidak selamat berbanding Pulau Pinang. - Utusan Malaysia

** Kalau setakat mengharamkan masuk Johor tak jadi masalah pada Guan Eng tapi kalau tangkap dan sumbat dalam lokap Johor....itu akan jadi masalah padanya...

ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN - meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah


NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun

apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah




Kurang Ajar!. Siapa dia untuk mempertikaikan sistem giliran Kesultanan Perak?. Lahir pun di Negeri Sembilan, mahu sibuk cerita pasal sultan negeri Perak?.
 
Kepemimpinan amat berkait rapat didalam pembentukan suatu motivasi serta suatu anjakan kepada penyokong atau pengikut dalam mencapai misi sesuatu organisasi. Dalam usaha mencapai matlamat ini, bersatu-padu , saling percaya, dan harga diri akan berkembang dimana sifat dan sikap pemimpin akan diterapkan kepada para penyokong atau pengikutnya. 

Seorang pemimpin yang baik akan membantu di dalam perkembangan nilai-nilai murni  sesebuah organisasi mahupun sebuah institusi, namun kegagalan seorang pemimpin dalam membina integriti akan meracuni semua kesatuan yang ada, menghancurkan kepercayaan sesama sendiri, dan mematahkan persatuan atau keutuhan organisasi.

Bercakap tentang integriti, skandal seks adalah salah satu aspek penting dalam pembentukan seseorang pemimpin . Jadi apabila menyebut dari segi zina atau skandal seks terutama pemimpin beragama Islam, maka persoalan yang akan timbul adalah 'layakkah penzina menjadi pemimpin? adakah beliau mempunyai integriti atau tidak?. K7L
 

Seorang pemimpin haruslah mempunyai standard integriti yang tinggi kerana 'Attitude Reflects Leadership'. Apa kata Ustaz Kazim Elias mengenai perkara ini....


Anwar Ibrahim harus bertaubat....jangan tau buat je....


 
Dahsyat betul Anwar....hanya bersarapan dengan kurma dan madu di kota bangkok...memang patutlah ada pengikut-pengikut PAS menyamakan anwar dengan sahabat Nabi iaitu Saidina Umar Al-Khattab....EP agak konpius Hotel di negara mana Anwar menginap di negara Timur Tengah ke atau di Bangkok...sebab ada menu kurma dan madu untuk sarapan???
 
 
...atau kurma dan madu ini hanya untuk pembuka selara...sarapan yang sebanarnya ialah TOMYAM DOLL??
Satu Malaysia telah digempar dengan kewujudan Video 18SX kedua yang telah dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Anwar dan ada yang mengatakan tempoh Anwar hilang ( tak Tweet) sama dengan masa Anwar diculik oleh geng TOMYAM semasa di Bangkok... Kehilangan Anwar telah menimbulkan banyak persoalan besar tetapi rakyat Malaysia hanya memerlukan jawapan yang amat mudah daripada Anwar Ibrahim. Itu sahaja. 
 
Di manakah Anwar Ibrahim semasa makan kurma dan madu pada pagi 13hb Januari 2011?  
 
A. Bersama Keluarganya ka??
B. Bersama Pakar Ekonomi ka??
C. Bersama TOMYAM Doll ka??
D. Tiada jawapan diatas....

Jika tiada jawapa diatas, sila nyatakan jawapan anda...................................
 
Sama-sama kita nantikan jawapannya.....



 

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.